Monday, 4 April 2016

Burger & Lobster

Sambungan cerita bercuti di London semasa winter holiday...

Asalnya Mr. Hubby nak ajak kawannya Rafiq untuk ke Billingsgate Market lagi untuk membeli lobster. Sebaliknya Rafiq dan Norle cadangkan kami untuk mencuba hidangan lobster di restoren 'Burger & Lobster' kerana katanya sedap dan yang penting dah tak payah susah2 nak masak. ada beberapa cawangan Burger & Lobster di London, tapi ke restorennya yang terletak di Harvey Nichols.

Dari Royal Albert Hall kami turun di bus stop Knightsbridge untuk ke bangunan Harvey Nichols. Turun dari bas, semasa berjalan kaki ke sana anak-anak tertarik dengan ruang pameran kereta McLaren ni...berhenti sekejap cuci mata...







Berangan nak kereta macam ni

 Kat belakang tu bangunan Harvey Nichols


Restoren Burger & Lobster terletak di Tingkat 5 bangunan ini. Ketika kami sampai, dah ramai orang yang beratur untuk masuk sebab table dah penuh.


Staff yang menunggu di pintu mengambil order dan kemudian kami diberikan device seperti kat bawah ni..


Device ini akan 'buzz' apabila sudah ada table untuk kami. Sementara menunggu, kami window2 shopping kat dalam bangunan ni sehinggalah kami dipanggil.

Satu set berharga £20. ada lobster, fries dan salads...Ini yang grill


Lobster boleh pilih samada nak yang steam atau gril..


Hmmm...sedap!!

No comments:

Post a Comment