Saturday 21 December 2013

Kad Krismas Bahasa Melayu

Hari ini bermula Winter Holiday. Sekolah bercuti dua minggu sehingga 6 Januari 2014.

Sepanjang minggu lepas, sekolah anjurkan macam-macam aktiviti sempena Krismas. Sudah tentu lah kan, ini perayaan mereka yang paling besar. Kat sekolah anak-anak dapat banyak kad ucapan krismas dari teachers dan kawan-kawan. Walaupun kita tak celebrate, dah orang bagi terima je la kan....tapi dalam banyak2 kad, kad ni paling saya tertarik....


Menarik sebab kad ditulis dalam Bahasa Melayu!

Kad ini diberikan oleh kawan Aiman yang sama team bola dengan dia - Louis.
Semasa tunggu Aiman training bola hari tu sempat berbual dengan ibu Louis, Sarah. Katanya Louis nak tulis kad dalam bahasa yang Aiman guna..jadi dia guna Google Translate.....sebab tu lah 'Merry Christmas' jadi 'gembira Christmas'.....hehehe...terima kasih Louis kerana berusaha!

Hari Rabu Mia dan kawan-kawan Nursery & Reception semuanya terlibat dengan persembahan 'Christmas Twinkling Star'. Pelajar2 Reception buat lakonan, budak2 Nursery pulak dapat watak senang jer....semua kena jadi 'stars' semasa nyanyi lagu 'twinkle-twinkle little star' - tapi lirik ditukarkan kepada 'christmas star'. Macam biasa parents cuma boleh menonton tapi tak dibenarkan ambil gambar. Tapi teacher dah tolong ambik gambar siap-siap individual photo untuk simpanan ibu bapa. First time Mia berdiri di depan orang ramai. Nasib baik dia ok jer....

Mia semasa jadi 'star'

Lepas buat persembahan semua dapat sijil..



Kemudian hari Khamis ada Christmas fancy dress party di Nursery. Mia suka sangat dapat pakai baju princess dia pegi school...suka tengok budak-budak pakai baju macam2 fesyen, ada yang pakai baju Santa, Cinderella, fairy dan macam-macam lagi....

 Mia main dengan best friendnya Nayli.

Semalam (Jumaat) pula non-school uniform day, semua boleh pakai baju biasa dan digalakkan pakai Christmas jumpers atau apa-apa baju yang kaler merah. Kelas Aiman pula dapat award kedatangan penuh minggu lepas, jadi kelas dia diberikan 'privilege' untuk pakai pyjamas ke sekolah untuk hari ini...yang ni lawak sikit. Sekolah kat sini memang macam ni. Ada hari tertentu diorang kena pakai pyjamas termasuk dengan cikgu-cikgu kelas sekali....Mama sempat snap gambar Aiman sebelum ke sekolah...


Mia sibuk nak enterframe juga...



Friday 20 December 2013

Danish & Reading Recovery Programme

Aqil Danish anak saya yang ketiga sekarang berusia 5 tahun dan berada di Year 1. Oleh kerana sistem persekolahan di sini bermula bulan September, dia cuma sempat berada di Reception (pra-sekolah) selama lebih kurang empat bulan selepas kami tiba di sini, kemudian terus ke tahun satu.

Bila dia naik Year 1 saya bertambah risau sebab dia belum boleh menulis dan membaca, tidak seperti rakan-rakan sekelas yang lain. Ini kerana diorang berada di foundation stage selama dua tahun (Nursery & Reception). Awal term yang lalu, saya menerima surat dari pihak sekolah memaklumkan bahawa Danish (nama panggilan di rumah) dipilih ke program 'Reading Recovery' iaitu boleh dikatakan kelas pemulihan kepada pelajar-pelajar yang lemah membaca dan tidak mencapai target. 

Walaupun dimasukkan ke 'kelas pemulihan' namun sebenarnya saya bersyukur Danish berada di dalam program ini. Saya dipanggil untuk bertemu dengan teacher yang akan mengajar Danish iaitu Mrs. Borrell. Dia bagi penerangan tentang program ini dan maklumkan apa pula yang di'expect' dari parents di rumah. Maknanya parents pun kena sama2 bekerjasama untuk membaiki prestasi anak. Menurut Mrs. Borrell juga, ini adalah program di bawah Institute of Education, University of London. Malahan beliau dipinjamkan ke sekolah ini untuk membantu pelajar-pelajar yang terpilih. Pada masa saya bertemu Mrs. Borrell, katanya hanya empat orang di sekolah tersebut di bawah kendalian beliau. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Kelas diadakan secara 'one-to-one' dengan special teacher yang terlatih (Mrs. Borrell) iaitu selama setengah jam sehari. Selain dari itu, setiap hari juga Danish akan membawa pulang folder ini untuk kerja-kerja tambahan di rumah.


Jom kita tengok apa yang ada dalam folder ni:


  
Setiap hari Danish akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu story book (kadang-kadang sampai tiga) untuk dibaca dengan saya. Pada peringkat awal, buku yang dibekalkan adalah dalam kategori 'mudah' dimana satu mukasurat cuma ada ayat yang mengandungi beberapa patah perkataan. Lepas baca parents kena tandatangan kat dalam buku rekod yang kuning tu....



Sebenarnya semalam kami menemankan Aiman training bola di Woodland Sport Centre. Dia ada training setiap minggu pukul 6-7mlm. Oleh kerana cuaca di luar sejuk saya kesian kat Danish dan Mia nak tunggu di tepi padang. Jadi gunakan masa ini untuk sudahkan homework Danish. Kami lepak di cafe yang disediakan di Sport Centre ni. Sambil lepak-lepak tu yang terfikir nak share pasal program ini.


 
Along candid gambar Mama dengar Danish membaca.

Selain dari storybook, kat dalam folder ini juga ada dua sampul. Sampul yang pertama mengandungi beberapa patah perkataan yang perlu Danish susun berdasarkan cerita yang dah dibaca. Macam buat puzzle. Masa nak susun tu, teacher tak bagi tengok apa yang tertulis pada envelope. Perkataan2 ni perlu ditampal di dalam buku yang disediakan yang dinamakan 'My homework story book'. Glue-stick pun teacher dah bagi siap2 dalam folder ni.


Perkataan-perkataan yang dikeluarkan dari envelope. 


Contoh sentences yang telah ditampal dalam buku.

Selepas selesai kerja menampal, ada lagi satu envelope untuk dibuka....


Dalam ni ada banyak perkataan yang perlu ditunjukkan pada Danish setiap hari sampai dia boleh kenal/baca. Macam flash-card lah. Tapi ini yang dibuat sendiri oleh Mrs. Borrell, iaitu perkataan-perkataan penting yang perlu Danish tau.

Hasil dari program ni, surprisingly Danish dah mula boleh membaca. Buku yang kat atas tu (In Ravi's Den) dia boleh baca tanpa perlu bantuan saya. Saya ada rekodkan video tapi tak boleh pula nak upload kat sini.

Hakikatnya, kalau nak anak-anak cepat membaca memang perlukan kerjasama guru dan ibu bapa. Waktu Aliff dan Aiman dulu saya akui tak dapat berikan sepenuh perhatian pada mereka. Belikan satu set buku Grolier bersekali dengan rak buku tapi akhirnya cuma jadi tempat menadah habuk. Bila pandang rak buku dok berazam nak baca bed-time story untuk diorang tapi selalu jer tak jadi.....Teruknya Mama!!! Banyak serahkan kepada guru-guru di tadika/sekolah. Sedar-sedar je diorang dah tau baca...huhuhu.. 

Sekolah di sini memang menggalakkan anak membaca. Setiap hari semua murid (termasuk Aliff dan Aiman) perlu membawa pulang sekurang-kurangnya satu buku untuk dibaca dan ibu/bapa perlu sign di dalam 'reading diary'. Bukan itu sahaja, ibu bapa digalakkan berbincang dengan anak-anak tentang apa yang dibaca oleh mereka. Ini untuk membantu pemahaman mereka disamping dapat membantu mereka memilih perkataan/ayat yang baik semasa membuat karangan.

Walaupun tak semua perkara di UK ni saya suka, tapi saya memang patut puji sistem pendidikan mereka. Saya suka sistem pendidikan di sini yang tidak membiarkan pelajar-pelajar yang lemah terus ketinggalan. Semua pelajar diberi peluang yang sama tanpa mengira siapa mereka..Walaupun kita dianggap foreigner, tapi tidak pula mereka memberi priority hanya kepada 'orang' mereka untuk mengikuti program sebegini.

Thursday 19 December 2013

Nottingham-Derbyshire-Buxton

Dua-tiga hari lagi dah mula cuti sekolah (Winter Holiday) tapi Mama baru nak citer pasal jalan-jalan semasa autumn holiday yang lepas. Dah lewat sebulan lebih tapi nak citer jugak nanti tak lengkap pulak catatan perjalanan di bumi England.

Kebetulan masa autumn holiday awal November lepas kawan se-office  Mr. Hubby - Mas & Syed datang ke London untuk menghadiri conference. Conference tamat hari Jumaat tapi flight diorang pada hari Isnin. Jadi masa yang terluang kami jemput datang ke rumah dan bawa mereka berjalan-jalan. Mas tinggal di rumah Kak Shilla (juga ofis-mate Mr. Hubby yg sama2 belajar di Warwick Uni) manakala Syed pula bermalam di rumah kami. Keesokan paginya (Sabtu - 2 Nov) selepas selesai sarapan kami bertolak bersama-sama ke Nottingham.

Sebenarnya jadual percutian ni diatur oleh Kak Shilla, kami just follow aje...Destinasi pertama kami ke Wollaton Hall and Deer Park di Nottingham. Wollaton Hall, yang kini dijadikan Natural History Museum ni terletak di atas bukit, jadi kena berjalan naik bukit sikit dari tempat parking. Di sini adalah tempat penggambaran cerita Batman- The Dark Knight Rises. Nak masuk ke bangunan ni percuma jer...berhampiran dengan pintu masuk adalah kedai souvenier.

Kat dalam ni ada pelbagai galeri seperti birds, insects dan Africa gallery. Di dinding2 pula dipamerkan lukisan-lukisan yang telah berusia dan diframekan cantik-cantik....




 View dari tingkap atas Wollaton Hall








Kat luar sana tu ada Nottingham Industrial Museum dan Deer Park, tapi kami tak sempat nak masuk. Cuma nampak deers dari jauh jer....

Dari sana kami bawa Mas & Syed bershopping di East Midlands Designers Outlet, di Mansfield Road, Derbyshire (DE55 2JW). Macam2 lah diorang beli untuk buah tangan kepada keluarga tersayang dan kawan2. Saya pun sempat beli sepasang kasut di outlet Clarks untuk hadiah konvo Abang Long saya. 



Destinasi seterusnya kami ke Buxton, salah satu tempat yang popular dan dianggap 'pintu masuk' kepada Peak District National Park. Di sana, ada kawan Kak Shilla yang menyewa 3-storey homestay dan ajak Kak Shilla bermalam bersama di sana. Mereka akan meneruskan perjalanan ke Manchester dan Liverpool keesokan hari, manakala kami sekeluarga pula akan balik ke Coventry sebab ada hal lain pada hari Ahad. Untuk petang itu, kami ke rumah tersebut untuk tumpang solat dan makan bekalan makanan yang dibawa.

Plan asalnya nak melawat-lawat kawasan sekitar Buxton tapi kerana hari dah mulai gelap terpaksa dibatalkan. Homestay ini adalah rumah tiga tingkat yang cantik & selesa. Ada dapur yang lengkap untuk memasak dan ruang tamu di tingkat bawah, 2 bilik tidur dan 1 bilik air di tingkat tengah dan satu lagi bilik paling besar di top floor. Di bilik paling atas (top floor) ada tiga katil single. Oleh kerana Mr. Hubby leka berbual2 dengan ofis-matenya tu, sedar2 hari pun dah lewat malam. Diorang ajak tidur sekali di sana dan kami balik selesai solat Subuh.

Perjalanan balik pagi tu dapat lihat pemandangan yang sangat cantik di Peak District ni...tambahan pulak masa tu matahari baru nak naik..dengan pokok-pokok autumn yang berdaun kuning-keemasan, dan sesetengahnya dah luruh meninggalkan hanya dahan2 dan ranting2....ditambah dengan pancaran cahaya matahari, Subhanallah.. memang cantik...di kiri kanan pula adalah kawasan padang yang menghijau, rasanya mungkin padang ragut tapi kerana masih awal pagi belum kelihatan haiwan-haiwan yang berkeliaran. Walaupun nak balik cepat, rasa macam rugi pulak kalau tak berhenti ambik gambar...so kami berhenti 2-3 kali posing-posing dulu kat tepi jalan sambil menahan kesejukan huhuhu...













Kami kesuntukan masa pada hari tersebut. Tapi InsyaAllah kalau panjang umur dan ada masa lagi kami akan kembali ke sini untuk menjelajah Peak District.



Tuesday 17 December 2013

Arts & Crafts di Nursery

Ini cerita minggu lepas...sibuk dengan macam-macam benda, nak update blog pun asik tertangguh...Mungkin sebab waktu siang dah makin pendek, jadi masa terasa amat cepat berlalu.

12 Dec 2013.

Kelas Mia (Nursery) buat 'Arts Morning'. Ibu bapa dijemput sama buat aktiviti dengan anak-anak. Seronok dapat spent masa dengan Mia kat kelas dia buat macam-macam kerja tampal menampal dengan mengunakan colour papers, glitters dll. Selalunya cuma dapat tengok kerja2 arts and crafts Mia yang dia bawak balik ke rumah, hari ni dapat buat sama2 dengan Mia. Kalaupun ada aktiviti sebegini di taska anak-anak di Malaysia, Mama memang tak dapat join sama sebab sibuk dengan kerjaya...Peluang Mama jadi surirumah di sini memang kena gunakan sebaik mungkin.

Ini antara gambar-gambar Mia dengan hasil kerjanya...

 Tampal menampal di glass candle holder....habis comot baju sekolah..

 Hasil kerja Mia dan kawan-kawan

 Buat apa pulak tu?


 Berapa marks nak bagi ni?

 Tak nampak pulak gingerbread man tu...




Monday 9 December 2013

School Potrait 2013

Kat sekolah ada sesi fotografi untuk ambik gambar sorang-sorang atau dengan siblings. Gambar individual mmg diorang akan ambik utk setiap murid, diorang akan bagi proof then kalau nak beli boleh order dengan photographer tu secara online or through school office. Gambar dengan siblings pulak optional. Memandangkan tahun ni tahun terakhir Along (Aliff) di primary school, jadi kitorang ambik gambar masa family session tu...


Tahun ni jer yang empat-empat orang bersekolah di sekolah yang sama...tahun depan Along dah ke secondary school. Photographer tu macam terkejut tengok empat orang yang nak ambik gambar sekali..hahaha..agaknya aku ler juara anak paling ramai bersekolah kat sini tahun nie...Susah giler nak ambik gambar dengan budak2 ni..sorang senyum, sorang tak senyum...ni kira hasil yang paling baik dah ni...

Sebenarnya sesi ni untuk ambik gambar adik-beradik jer...Tapi Mama dgn Papa pun sibuk nak enterframe..hehehe...si photographer tu pun ok jer layan kerenah kitorang...apa dia kisah, janji bayar, kan?...


Tengok si Danish tu..dah tak senyum pulak..

Gambar kenangan Mama dan Papa dengan anak-anak yang bersekolah kat England. Mama dulu sekolah kampung aje. Pergi sekolah kalau musim hujan kasut habis berselut sebab jalan tanah merah...Syukurlah anak-anak dapat peluang macam ni, yang tak pernah Mama mimpi....

Ini pula individual photo.





Gambar Along tak ada sebab pada hari tersebut dia balik awal tak sempat nak bergambar sebab tak sihat. Teacher call untuk ambik dia di sekolah. Pagi tu nampak ok jer...mujur lah ambik family photo..... ada jugak gambar dia. Untuk gambar2 individual ni, tak beli pun..just simpan yang 'proof' aje. Kalau nak order package paling murah pun dah £8.50 untuk satu gambar...kalau convert dah 40 hengget lebih dah tuu.......yg ni pun dah cukup sekadar untuk kenangan...

Friday 6 December 2013

Banjir

Sedih dan sebak melihat banjir besar yang melanda Kuantan dan Kemaman. Kuantan ibu negeri tempat saya membesar, manakala Kemaman pula tempat lahir saya..:( Takziah buat semua mangsa-mangsa yang terlibat. Ramai juga kawan-kawan dan saudara-mara yang menjadi mangsa.

Syukurlah mak dan abah tinggal di Jengka, Pahang. Rumah masih selamat tidak dinaiki air. Salah seorang kawan yang buat PhD di sini (Uni of Warwick) diberikan ujian oleh Allah Taala. Rumah yang ditinggalkannya di Kuantan terlibat dengan banjir dan hampir tenggelam. Kesian betul kat dia, dah la rumah penuh dengan barang-barang, perabot, dokumen2 penting, gambar-gambar perkahwinan etc...cuma mampu mendengar dan melihat gambar2 yang dihantar oleh jiran tetangga dari jauh. Semoga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk dia dan mangsa-mangsa yang lain.

Air yang mencurah dari atas bangunan mahkamah Kuantan, dah macam air terjun.
Sumber: Facebook



Di masjid bandar Rompin, tempat abang sulung saya bertugas.

Rumah sepupu di Indera Mahkota, Kuantan.


Rumah ibu saudara di Kemaman...selepas dua hari ditinggalkan, air dah surut sedikit tapi masih di paras peha.


Jambatan di Bandar Chukai, Kemaman.

Jambatan yang retak ni berada hampir dengan klinik pak cik saya di bandar Chukai. Walau pun klinik tidak terjejas, tapi terpaksa juga ditutup kerana staff klinik tidak dapat datang bekerja akibat terputus hubungan. Banyak jalan-jalan ditutup. Selain tu, sehingga semalam bekalan elektrik dan air pun tak pulih lagi...Kemarau di musim banjir..huhuhu....kesian kat penduduk2 yang tak sihat di musim macam ni pasti sukar mendapatkan rawatan. Klinik/hospital kerajaan rasanya mesti penuh dengan pesakit dan pasti masa menunggu pun lama...Tambahan pulak ramai kakitangan kesihatan yang kena bertugas di pusat2 pemindahan banjir. Bila berlaku situasi banjir macam ni, penyakit berjangkit macam diarrhea/cirit-birit, tifoid (demam kepialu), taun (cholera), dan leptospirosis (kencing tikus) boleh meningkat kerana bekalan air telah tercemar. Begitu juga penyakit2 yang berkaitan dengan saluran pernafasan seprti batuk dan selsema...

Sekalung penghargaan kepada kawan-kawan dan para sukarelawan yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Salah seorang rakan yang baru balik dari sini dan dapat dihubungi oleh Mr. Hubby memaklumkan dia turut membantu mendapatkan minyak-minyak diesel untuk bot-bot pergi menyelamatkan mangsa. Orang-orang kampung walaupun mempunyai bot tapi tak boleh bergerak kerana stesyen minyak yang berhampiran ditutup atau turut terjejas dengan banjir. Jadi mereka terpaksa membantu dengan mendapatkan diesel dari kawasan lain yang agak jauh. Juga terharu dengan usaha-usaha lain seperti aktiviti memasak beramai-ramai oleh kaum ibu untuk di pack dan dihantar ke pusat2 pemulihan banjir. Cara begini lebih bersih dan selamat untuk mangsa. 

Semoga sahabat2 yang diuji bersabar dan tabah. Doakan yang terbaik untuk mereka.