Thursday 27 June 2013

Resepi Roti Canai & Kuah Dhal

Sambungan dari post saya sebelum ni di SINI dan permintaan rakan blogger, saya letakkan resepi roti canai dan kuah dhal di sini. Kedua-dua resepi ni sebenarnya diambil dari My Resipi. Terima kasih kepada kedua-dua penyumbang.

Roti Canai oleh Joayee

Bahan-bahan (12-16 biji):

550gm tepung gandum
*250gm air
*Sebiji telur
*3 tsp susu pekat manis
*1 tsp garam
*1 tsp butter/marjerin
1-2 tsp tepung gandum untuk ditambah kalau terlembik masa menguli

Cara:
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau hingga sebati
2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung
3. Uli hingga menjadi doh
4. Rehatkan doh selama 10 minit
5. Uli lagi selama 5 minit

** Ulang step No. 4 & 5 sebanyak 3 kali

6. Bentukkan bulat-bulat, sapu dengan marjerin sebelum disimpan.

#Kalau ikut resepi asal, simpan selama tiga jam atau lebih....tapi Mr. Hubby dan kawannya uli pada malamnya dan tebar keesokan pagi..Memang elok jer waktu tebar tak koyak..Roti pun lembut...

7. Masa nak tebar/kibar, penyekkan dulu sebesar tapak tangan, kemudian baru tebar...

Untuk menebar ni yang perlukan skill...kalau tak pandai boleh guna dulang besar yang diterbalikkan (teringat mak buat macam ni masa saya kecik-kecik dulu...)


Ni hasil sebelum kena goreng....cantik dan gebu:)


Kuah Dhal oleh S shamen

Bahan-bahan ( 6 orang )

1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat)
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
minyak untuk menumis
garam & gula sesedap rasa
Cara-cara

Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing 

.
.
.

Saya memang recommend resepi kuah dhal ni untuk first timer macam saya...sebab bahan-bahannya biasa jer, caranya mudah dan hasilnya memang tak mengecewakan...

Selamat mencuba!




Wednesday 26 June 2013

Mati Itu Pasti...

Bangun tidur pagi tadi menerima berita yang amat mengejutkan daripada whatsapp dan fb inbox..salah seorang rakan sepengajian asasi & MBBS di UM meninggal dunia dalam kemalangan ke tempat kerja...Terkejut dan rasa tak percaya! Arwah adalah pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan UiTM Kuala Pilah. Kebetulan beliau tinggal sama taman dengan saya di Nilai. Saya kenal baik dengan keluarga arwah...Malahan sebelum kami ke sini beliau sekeluarga sempat hadir ke majlis doa selamat di kediaman kami...Sedihhh...

Lebih menyedihkan arwah meninggalkan seorang isteri (guru) dan tiga orang anak lelaki..Isteri beliau sedang mengandung anak mereka yang ke-empat yang dijangka lahir pada bulan Ogos nanti...Semoga Allah tabahkan hati si isteri menghadapi dugaan yang maha hebat ini..

Setiap hari ada berlaku kematian, tapi kematian di kalangan orang yang kita kenal dan seusia amat berbekas di hati...terasa mati juga semakin hampir dengan kita...Ya Allah, cucurilah rahmat dan ampunilah dosa-dosa beliau...Amin.

Tuesday 25 June 2013

Student angkat

Minggu ni aku rasa macam tak cukup nafas sebab banyak keje menanti. First aku kena siapkan corrections untuk paper yang aku hantar ke journal termasuk script 'responds to reviewers'. Kena buat cepat sbb ada dateline. Dapat email from the editor yang inform paper aku diconsider for publication pun aku dah lega sangat2 coz journal ni impact factor nya 4 point lebih jugak...harap sangat2 paper aku ni diaccept nanti...

Pagi ni jugak dapat email dari supervisor aku bg comments untuk draft thesis aku...banyak jugak lagi la commentnya rasa nak pitam jugak tengok...dia masih kurang berpuas hati especially kat chapter Discussions tu...still need more in-depth discussion kate nyer...padahal rasa kepala aku dah nak tepu dah...

Sebelum ni aku memang berazam nak submit sebelum datang ke UK, dan memang bersungguh2 nak siapkan...tapi sekali tu waktu aku hantar draft yang ketiga dah kot chapter Results aku tu...boleh pulak dia suruh tambah variables dan re-analyse balik guna different method....huh memang aku rasa frust tahap gaban masa tu....kenapa la dia tak address mende tu masa baca aku punya 1st draft ke...boleh la aku betulkan awal2...ni aku dah buat sampai discussion baru dia suruh ubah...bunyi macam senang tambah a few variables tapi maksudnya aku kena re-analysed balik dan semua chapter2 lain aku kena amend dan restructure balik ikut results yang baru....huhuhu...memang menangis tak berlagu la..tapi sejak awal jadi student lagi lecturers dah ingatkan kitorang "never blame your supervisor"...ikut jer la kan dengan harapan itu yang terbaik untuk thesis kita...so sekarang keje buat corrections, corrections, corrections...sampai sv puas hati...

Comic ni memang kena sesangat dgn batang idung aku hehe...


Bila dah sampai sini, macam yang aku jangka memang susah sket la nak siapkan keje. Tau je  la jadi housewife keje rumah x abis2 nak layan anak2 lagi....lagipun kalau buat keje kat rumah banyak betul distractions. Macam2 benda lain dok pikir nak buat. Tapi hari ni Mr. Hubby izinkan aku g uni dia supaya aku boleh fokus kat keje2 aku. Dia yang jaga Mia dan ambik anak2 di school. Tapi aku dah prepare lunch siap2 la sebelum keluar...Memula ingat nak g main library, tapi ada member bagitau kalau aku dok study kat library di Prayer Hall pun ok...so sepanjang hari ni aku jadi student angkat University of Warwick:)

Aku suka dengan prayer hall uni ni. Bersih, kemas dan terjaga...Complete dengan tempat ambik wuduk, toilet (yang ada paip) dan kitchen pun ada. Tak sure la sama ada semua uni kat UK ni ada Islamic prayer hall macam ni ke?

 Pintu masuk. Pinjam student card Mr. Hubby untuk masuk sini

 Ruang solat muslimah

 Kitchen area


Mini library...tempat aku bertapa hari ni...:)



Friday 21 June 2013

Roti Canai made in UK

16 June 2013 (Ahad)

Alhamdulillah setelah tiga bulan lebih kami di sini, kami mengadakan sedikit jamuan bagi meraikan kawan-kawan Malaysia di Warwick/Coventry...pada asalnya Mr. Hubby dan member2 dia la pakat nak makan roti canai, dan kebetulan Mr. Hubby memang penebar roti canai yang 'berjaya' sejak kecil hehe....nanti kalau rajin next time aku citer pasal 'Mr. Hubby dan roti canai'...Oleh kerana memahami roti canai adalah barang limited edition di UK ni jadi finally kitorang decide panggil jer semua family postgrads makan2 sambil mengeratkan silaturrahim:)...memikirkan tak kan la nak makan roti canai jer kan...so aku buat nasi lemak + sambal ikan bilis + ayam goreng dan kawan2nya yg lain sebagai menu tambahan.

Nasi lemak tu ok la memang dah biasa masak cuma this time kena melipat-gandakan  jumlah hidangannya. Tiga round aku tanak nasi sebab rice cooker ada sebijik jer...tapi nak buat kuah dhal untuk roti canai tu ni la first time dalam hidup aku...jadi perantau baru la sibuk nak cari resepi buat kuah dhal kan...kalau kat Msia takde maknanya nak buat kuah dhal sendiri. Kat Nilai tu aje pun bersepah-sepah ada kedai mamak...so agak berdebar la jugak dengan percubaan pertama dahtu nak kena buat dengan amount yang banyak...google2 resepi kat internet tengok satu resepi ni nampak senang dan ramai yang bagi review kata sedap...so aku pun copy-paste jer la...syukur la kuah dhal aku menjadi dan tetamu pun kata sedap hehe...(makan free ko.... berani kata x sedap hahaha..). Untuk roti canai tu Mr. Hubby uli dengan sorang kawan dia so selamat sikit tenaga aku kat situ...Kawan dia ni jugak yang buat teh tarik kaw istimewa masa jamuan tu....memang sedap rasa teh tarik dia. Aku tengok dia masak fresh milk atas dapur. Tapi sebab sibuk melayan tetamu x sempat nak belajar betul2. Nanti nak kena mintak resepi dengan dia....

Walaupun aku sediakan dua menu utama jer tapi memang style kat sini kalau ada jamuan masing2 bawa potluck...jadi turned out meja picnic kat backyard aku tu penuh jugak dengan pelbagai makanan lain. Ada yang bawak mee hoon goreng, popia, red velvet cake, sausage roll, donat, buah-buahan dll...Alhamdulillah murah rezeki.....

Seperti yang dijangkakan roti canai 5kg tepung (lebih kurang 80 biji) dan seperiuk kuah dhal sold out! Puas hati jadi tuan rumah macam ni..:)

  Sebelum digoreng

 Roti telur pun ada...

   Mamak UK

Jejaka misteri tolong tebar roti jugak!

  Sebahagian tetamu yang datang

 Rumah kecik so kena solat jemaah kat luar

Makan...sembang...makan

Geng2 ladies makan sambil bergossip kat dalam rumah.....tak masuk gambar kat sini.

Monday 17 June 2013

Shopping Makanan Asia di Birmingham

Di Birmingham ada satu superstore yang menjual pelbagai jenis Asian and oriental food iaitu di Wing Yip. Memang besar kedai ni.....macam2 barang dari Asia termasuk yang dari Malaysia pun ada. Kat sini la tempat kami beli stok2 barang utk masakan....Selain di Birmingham, Wing Yip ada jugak branch di Manchester.


*promosi percuma*

Kebetulan rempah kari daging kat rumah yang dibawa masa mula2 datang dah abis; tu yang aku ajak Mr. Hubby datang sini. Nak tunggu family poskan, kos postage lebih mahal rasanya....Oleh kerana jarak ke Birm dalam 45minit dari Coventry jadi bila datang tu memang borong banyak2 sebab malas nak datang banyak kali....sesetengah barang mcm kicap kipas udang dan sos cili Maggi, di kedai cina coventry pun ada...tapi rempah kari from Malaysia tak ada kat situ. Di Wing Yip ada jual rempah kari Adabi (Babas tak de), kicap Adabi, sos nasi goreng Nona, Sardin Ayam Brand. Kat sini juga kalau nak cari daun pandan, lengkuas, agar2 kering, pau kukus (made in Malaysia), telur masin, tauhu dan lain2...

Yang tak ada kat sini ialah daun kunyit..Jadi kpd kawan2 yang baru nak datang UK dan suka masak guna daun kunyit, sila bawak banyak2 untuk buat stok (frozenkan). Lada kering kat sini pulak pedas giler...dulu kawan dah pesan sebelum datang, jadi kami bawak seguni lada kering..ha ha..lebih kurang 5kg. Tapi ok lah sebab lada kering bukan berat pun...Lagi satu ikan bilis pun elok buat stok banyak2 sebab susah nak cari dan kalau ada pun kualiti tak sama macam yang kat Malaysia....penting tu nak makan dengan nasi lemak! :)

Sesetengah barang pula macam santan Chaokoh, harganya lebih murah di sini berbanding di kedai2 di Coventry...jadi kami terus borong satu kotak (26 tin) untuk buat stok...kami dah try macam2 brand lain untuk santan, tapi rasanya santah Chaokoh yg paling elok nak guna utk masak...

Penuh satu troli borong barang makanan kat sini. Yang tak bestnya kalau shopping kat Tesco, satu troli pun biasanya GBP50-60 jer, atau mungkin kurang drpd tu...tapi kalau kat Wing Yip ni penuh troli confirm la lebih GBP100 punya...memang la harga mahal sket dari barang tempatan di sini, tapi dah memang tekak dan selera Malaysia nak buat macam mana kan?...tak larat pulak nak makan spagetti, cheese hari2...

Siap shopping kami lunch nasi Arab di Mindi House. Kemudian beli ayam halal dan beberapa keperluan lain di Al-Halal Store, Small Heath, Birmingham...Sebelum balik kami ke kedai buku di Coventry Road untuk beli Al-Quran besar utk anak2. Yang kami bawa dari Msia saiz kecik, susah sket diorang nak baca.....Di Coventry Road ni memang byk kedai2 middle east esp. Pakistan...sbb tu Mr. Hubby gelar area ni sbg 'Karachi UK':)..

Sunday 16 June 2013

Sekolah di serang lanun!!!

Hari Khamis lepas (14/6/2013) Templar's Primary School di serang lanun!



Haha..tak de apa2 pun..saje buat gempak!

Sebenarnya diorang buat Pirate's Day bagi Reception Class, iaitu kelas Aqil Danish (5 thn).

Semua murid dan cikgu2 dressed-up as a pirate. Sebelum ni diorang dah belajar macam2 pasal pirates...maps,treasures,island,ship dll...pada hari ni all dads,granddads,uncles, brothers (maksudnya family members yg lelaki jer) dijemput datang utk join...tp oleh kerana mama Aqil ni terlebih excited so mama pun datang sekali...sebab tak tau mana nak cari costume pirate tu, makanya Aqil Danish tak pakai baju pirate..cuma ada topi jer...kesian dia huhu



Macam-macam activities ada macam face-painting, buat biskut, colouring gambar2 yang berkaitan dgn pirates, pirates party dll...sebelum balik teacher bacakan lagi story book yang bertemakan pasal pirates nih...Mia pun sama2 nyebok join activities kat sini...

  face-painting

 buat biskut

dah siap:)

 dengan papa

 nyibuk jugak budak nie..


story telling

Monday 10 June 2013

Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan Kerajaan

Mungkin ada yang tak tahu, kalau kita (penjawat awam) ambil cuti tanpa gaji mengikut pasangan yang sambung belajar atas tajaan kerajaan, kita boleh mohon untuk penangguhan bayaran pinjaman perumahan kakitangan kerajaan.

Rujuk sini: http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=130&Itemid=220&lang=en

Ye, syaratnya ialah kita ambil cuti tanpa gaji dan tempoh penangguhan minimumnya adalah setahun. Tapi kalau pegawai yang sedang belajar tu sendiri (eg: my hubby) tak boleh mohon penangguhan sebab bergaji penuh dan ada scholarship.

Caranya ialah macam ni:

1. Dapatkan surat kelulusan cuti tanpa gaji daripada majikan.

2. Pergi ke Bahagian Pinjaman Perumahan, di Presint 2 Putrajaya beserta dokumen2 ini:

i) surat kelulusan cuti tanpa gaji
ii) surat mohon penangguhan bayaran balik - buat sendiri
ii) surat tawaran belajar pasangan
iii) surat tawaran biasiswa/HLP pasangan

3. Submit semua dokumen. Mereka akan proses dan buat pengiraan bayaran insurans tambahan.

4. Selepas 21 hari (anggaran), BPP akan hantar surat Tuntutan Insurans Tambahan dan maklumkan berapa jumlah insurans yang kena bayar.

5. Buat bayaran di pejabat insurans dengan membawa surat dari BPP. Saya punya insurans Etiqa Takaful, jadi bayaran dibuat kat pej diorang juga di Kompleks Kementerian Kewangan tapi di Aras 2.

6. Serahkan resit ke kaunter BPP.

Selesai.

Saya tak sure macam mana diorang calculate jumlah insurans tambahan, tapi untuk saya yang buat pinjaman RM200k dgn bayaran bulanan RM1000 sebulan, serta bercuti tanpa gaji selama 3 tahun, saya kena bayar RM700+.

Of coz ini adalah pilihan. Kalau korang nak teruskan bayaran pun takde masalah.

Sebenarnya kalau saya nak terus bayar pun ok jer sebab rumah yang kitorang tinggalkan tu disewakan for 1.5k/month. Tapi lepas buat kira2 kasar saya rasa kalau tangguhkan pun orait jugak sbb RM1.5k/month kalau setahun dah 18k....baik gi invest kat lain hehe...Paling tidak pun standby kalau ada emergency di negara orang. Maklumlah sekarang family kami dah single income, dah tu anak ramai pulak...Ada kemudahan baik kita gunakan..kalau loan bank jangan harap la boleh nak tangguh2 macam ni...betul tak?

Saturday 8 June 2013

Puding Roti Pelangi

Aku ada mention pasal aku menang pertandingan dessert semasa Family Day MCS kat sini.

Macam yang aku bagitau, aku memang tak jangka pun nak menang sebab kawan2 kat sini handal2 memasak....aku just buat sebab semua family digalakkan bawa satu dessert. Puding roti ni aku memang selalu buat kat rumah sebab anak2 suka makan. Lagipun aku selalu nak elakkan membazir tepi2 roti yang dibuang waktu prepare bekal mereka ke sekolah..Anak2 aku ni memang jenis tak makan bahagian keras tepi roti tu....Cuma kali ni aku tambah kaler2 nak bagi nampak menarik sket...aku rasa sebab tu pun puding ni terpilih. sebab kalau nak ikutkan dessert yang lain2 tu lagi hebat. Ada fruit tart, brownies, tiramisu dan macam2 lagi....aku tau buat kuih yang senang2 jer hehehe....




Resepinya aku tak ingat ambik dari mana. Tapi memang banyak resepi puding roti ni kat internet...asalnya ialah puding roti marble tapi aku dah warnakan sesuka hati....

Bahan2:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu butter/marjerin
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko atau apa2 pewarna ikut citarasa...

Cara2:
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula.

2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan). Masukkan ke dalam periuk agar2 yang dah larut tadi.

3. Masukkan butter/marjerin - kacau sampai mendidih.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian sama banyak mengikut warna yang nak dibuat - aku buat 4 kaler (biru, kuning, merah dan warna asal). Kena kacau cepat2 hingga kaler semua dah rata...

5. Sendukkan ke dalam bekas secara berselang-seli. Ulang sampai habis. Kena buat cepat2 sebab puding ni cepat mengeras.

6. Untuk buat corak tu aku guna pencungkil gigi yang bersih, tarik dari tengah ke tepi pada setiap penjuru.

7. Dah siap simpan dalam peti sejuk sampai betul2 keras/membeku.



Ni la hadiah yang aku dapat....;)

Owh..kalau guna agar2 tali yang kering tu...petua sukatan air untuk agar2 tali ialah macam ni (mak aku ajar):

Rendam agar2 tali hingga lembut.
Toskan agar2 tu kemudian sukat guna bekas yang sesuai (aku selalu guna gelas).
Sukatan untuk masak agar2 adalah 3 kali bekas yang sama.
Contohnya kalau agar2 yang dah rendam/ditoskan tu 1 gelas, maka air untuk masak adalah 3 gelas (yang sama).


Friday 7 June 2013

Sekolah di UK - Enterprise Week

Hari ni hari terakhir Enterprise Week di Templars Primary School. Enterprise Week ni bertujuan untuk develop skill pelajar2 termasuk team work, creative thinking, marketing dll.

Sepanjang minggu ni macam-macam aktiviti dibuat di sekolah. Hari Selasa lepas adalah Dress Up Day. Budak2 ni dikehendaki pakai pakaian mengikut apa cita2 diorang bila besar nanti...Seronok tengok bermacam ragam datang sekolah pakai baju doktor, nurses, bomba, army, footballers dll...Yang budak girls pulak ramai yang datang pakai baju princess...hahaha...tapi mama pulak lupa bawak phone pd hari Selasa tu so x dapat nak capture gambar2 diorang.....

Untuk minggu ni juga diorang kena reka cipta sesuatu untuk dijual pada hari terakhir (hari ni). Jadi tiap2 kelas kena merancang aktiviti, design, buat dan iklankan produk2 mereka di bawah bimbingan guru kelas masing2. Iklankan tu maksudnya buat posters la...macam2 poster digantung/tampal di sekeliling kawasan sekolah. Sehari sebelum hari jualan ibu bapa dijemput datang gerai2 di setiap kelas...dapat tengok hasil kreativiti diorang....

 Kelas Danish (Reception) buat play doh ice cream & placemat 


 Kelas Aiman buat Danglers

Kelas Aliff buat car-stickers

 Aiman dgn poster yang dia buat


 Door hangers


Hari ni diorang kena datang sekolah wearing their best dress sbb nak berniaga...So kena bagi good impression la kononnya....Jual kat kawan2 sekolah juga..tapi at the end of the day parents dijemput datang tengok dan boleh juga beli barang2 jualan. Diorang buat bersungguh2 sebab pada perhimpunan hari Isnin nanti akan diumumkan kelas yang dapat kutipan paling banyak....



 Aliff beli ni untuk papa..."Number 1 Dad"...


Danish di stall kelas dia...

Kelas sape la yang menang agaknya ye?..:)

Thursday 6 June 2013

Print dari Mendeley

Korang pakai reference manager apa untuk simpan papers/articles? Dulu2 aku guna Endnotes tapi kemudian aku bertukar kepada Mendeley sebab rasa Mendeley lebih user friendly.

Siapa yang tak tahu lagi, Mendeley Desktop boleh didownload di http://www.mendeley.com/ secara percuma. Kalau nak tahu lebih details pun blh masuk ke website ni.

Aku cuma nak buat notes di sini, untuk peringatan aku dan panduan kat siapa2 yang memerlukan. Setakat ni kalau nak print PDF tak boleh print directly daripada Mendeley Desktop tu....

Jadi caranya adalah macam ni:-

1. Open "All document"

2. Select paper yang kita nak print tu.

3. Right click kat situ.

4. Select " Open file externally"

5. Bila dah buka PDF file kat luar boleh la print macam biasa....

Contoh:



Monday 3 June 2013

Family Day MCS

1 Jun 2013

Hari Sabtu lepas kami Malaysian Coventry Society (MCS) telah mengadakan family day atau 'Fabuloves Day' bertempat di Coombe Abbey Park, Coventry. Ini salah satu program utama MCS...pada hari ni keluarga postgraduates dan adik2 undergraduates berkumpul bersama. Ramai juga adik2 undergraduates yang tak dapat datang sebab skrg tgh musim exam...tapi yang hadir tu dah cukup untuk memeriahkan program ni....

First time dapat jumpa ramai2 Malaysian mcm ni kat sini...ada juga 3-4 family yang mmg bekerja dan telah menetap kat sini berbelas tahun. Kami family post-graduates bahagi2 tugas untuk menyediakan makanan...macam2 menu dari meehoon goreng, nasi goreng, mee goreng, kuah kacang, nasi impit, sup, bubur nasi, pasta, nuggets dan macam-macam-macam lagilah termasuk bbq....memang best sangat2 dapat berkenalan dan berborak sakan. Paling best sebab dapat makan masakan org lain coz rasa macam dah jemu hari2 mengadap makanan yang dimasak sendiri hehehe....Desserts pun semua sedap2 dan cantik.kuih moden dan tradisional sumer ada.....







Selain dari acara makan2 dan BBQ, kami juga aktiviti sukaneka. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari family postgrads+adik2 undergrads....antaranya main baling dart kat belon pastu kena teka2, cari gula2 dalam tepung, galah panjang, lambung belon isi air ke belakang dan acara kemuncak tarik tali......akhirnya majlis penyampaian hadiah oleh director Edu. Malaysia Prof Madya Dr. Anizu yang dtg dari London...yang kelakarnya tak disangka2 puding yang aku buat dipilih sebagai pemenang pertandingan desserts...hahaha lawak jer aku rasa sbb mmg x terfikir nak menang pun....






Ribuan terima kasih kat AJK MCS yang bertungkus-lumus memastikan event ni berjaya...semoga ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan...

Sunday 2 June 2013

Jalan-jalan ke Cambridge

29 Mei 2013

Kebiasaannya setiap hari Selasa adalah hari Mr.Hubby bertemu sv untuk bagi report sepanjang minggu lepas dan sv pula akan bagi task baru untuk Mr.Hubby...untung giler dapat sv yang  mmg bg full guidance...aku dulu dari cari tajuk proposal, buat proposal semua kena brainstormed sendiri..discuss ngan dia cuma untuk dapat feedback ok ke tak..kalau x ok tukar...buat lagi literature view, pikir lagi proposal baru sampai berasapppssss....eh bukan ni aku nak cerita, tu la bila start menulis mula la nak merapu...yang aku nak cakap, the next day tu (hari Rabu) hubby kata dia rasa nak legakan kepala lepas jumpa sv and before start a new task...so dia ajak kitorang g Cambridge. Lagipun sekarang anak-anak sedang cuti sekolah....

Oleh kerana kitorang g balik hari, so aku dah study awal2 mana tempat nak parking and yang nak kena pergi supaya senang sikit nak jalan2 dan tak buang masa. Cambridge ni  adalah bandar yang menempatkan University of Cambridge, antara university yang terulung di dunia. Universiti ni telah dibina sejak tahun 1920-an lagi…lama kan?

Pagi tu aku bangun siap2kan makanan untuk bekalan. Masak simple2 jer goreng fish fingers and nasi putih dengan sambal telur...lepas breakfast dan settlekan anak2 bersiap lebih kurang pukul 10.00am kami bertolak dari Coventry... Kami bercadang nak parking di Grand Arcade, tempat parking bertingkat yang terletak kat tengah2 bandar. Jadi kami set kat tomtom untuk ke CB2 3BJ...perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit .

Sebelum sampai ke Grand Arcade akan lalu kat Fitzwilliam Museum, iaitu di Trumpington Street..... jadi kitorang ke situ dulu. Kebetulan ada parking kosong betul2 di depan muzium tu jadi kami park kat situ dan masuk ke muzium. Muzium ni menyimpan khazanah2 lama arts and antiques dari hampir seluruh dunia. Duit lama semasa zaman kesultanan Johor dulu pun ada! Aiman agak excited tengok barang2 perang dulu2 sebab dia dapat tengok live apa yang dia belajar tentang the Romans, yang aku citer sebelum ni….segala macam armours, helmets, swords dll yang bermacam jenis dan bentuk ada dipamerkan….tapi kat dalam galeri ni tak dibenarkan untuk ambik gambar...Jadi kami bergambar kat luar je lah...

Fitzwilliam Museum kat belakang kami...






Muzium ada dua tingkat, kami sempat ronda2 yang di tingkat bawah jer…sebab after about an hour pusing2 kat dlm tu, anak2 mula merengek lapar...aku memang dah agak dah...walaupun tak sempat nak pusing habis, tapi InsyaAllah ada masa dan peluang nanti mungkin kami boleh ke sini lagi. Kemudian kami ke Grand Arcade, parking kat sana utk ke destinasi seterusnya..selepas sesi isi perut dengan bekalan makanan yang dibawa, kitorang ronda2 dengan jalan kaki mengelilingi bandar Cambridge yang penuh dengan bangunan-bangunan klasik…

Kami melalui Market Square untuk ke King's College...iaitu kolej yang paling lama kat Cambridge. kalau ikut apa yang aku baca biasanya boleh masuk melawat kat dalam kolej ni ada exhibition dll...tapi hari ni tak boleh masuk pulak jadi kami tengok dari luar jer lah...walaupun boleh tengok luaran jer, tapi senibina bangunan2 kat sini memang mengagumkan...

 Market square


King's College, Cambridge

Kami terus berjalan sambil tengok bangunan2 yang lain...banyak lagi college2 di sepanjang jalan ni...

Grasshopper Clock...satu lagi tarikan kat sini


Sayangnya cuaca hari ni tak berapa baik…hujan renyai2 tapi kami belasah jalan jugak…pelancong2 lain pun ramai jugak walaupun hari ni hari bekerja. Mungkin sebab cuti sekolah agaknya…tapi kerana cuaca tak berapa baik kami tak ber’punting’ iaitu aktiviti utama pelancong yang dating sini…’punting’ ni adalah naik sampan yang dikayuh dengan buluh…tiket boleh dibeli di tourism centre atau kat tempat punting tu pun ada dijual….tapi pemandangan kat sini sangat laaa cantik…..





Mathematical Bridge..jambatan kayu yang dibina menggunakan konsep matematik,
 tanpa bolts or nuts

Sambil berjalan sambil bagi ceramah percuma kat anak-anak...aku harap diorang dapat inspirasi untuk belajar bersungguh2 hingga ke universiti yang hebat macam ni....