Sunday 5 October 2014

Aston Villa vs Manchester City

Hari ini Mr. Hubby berlepas ke Prague, Czech Republic untuk menghadiri conference dan paper presentation. Good luck papa! Maka tinggallah kami lima beranak selama seminggu ni. Semoga Allah permudahkan urusan dan semuanya baik-baik sahaja sepanjang ketiadaan ketua keluarga kami.

Semasa Aiman sambut hari jadinya yang ke-10 pada bulan September lepas, dia buat permintaan untuk menonton perlawanan bola sepak di stadium sebagai hadiah hari jadinya. Kebetulan juga semalam (4/10) Mr. Hubby memang nak bawa kawannya dari Malaysia yang mempunyai hajat yang sama. Oleh kerana stadium Aston Villa yang terletak di Birmingham adalah stadium yang paling dekat dengan rumah, jadi Mr. Hubby telah belikan tiket untuk diorang menonton bersama-sama. Happy sangat Aiman kerana hajatnya tertunai..biasanya tengok bola di kaca televisyen je, tapi semalam dapat rasakan sendiri kehangatan perlawanan bolasepak Inggeris di depan mata. Mereka menonton perlawanan Aston Villa menentang Manchester City. 

 Simpan tiket buat kenangan




Datang awal, so boleh posing-posing dulu sebelum game mula

Memang puas hati la sebab ambik seat depan sekali (row 1). Siap bagitau family kat Malaysia supaya tengok tv sebab Aiman nak keluar kat tv. Auntie Aiman pula buat screenshot bila nampak Aiman kat tv hehehe...  




Semoga jadi kenangan yang bermakna buat Aiman dan beri lebih semangat untuk Aiman main bola bersungguh-sungguh. 

Saturday 4 October 2014

Eid al-Adha 1435H

Salam hari raya Aidiladha buat keluarga dan kawan-kawan.

Kami di Coventry beraya hari ni 4 Oktober 2014.

Malam tadi kami masak bersama-sama. Untuk sambutan kali ini kami buat pembahagian ikut kawasan untuk sediakan menu 1Malaysia lah kononnya...Di Coventry ni ada empat kawasan utama yang didiami oleh Malaysian family. Kawasan kami (Tile Hill) ditugaskan untuk menyediakan Laksa Sarawak. Kawasan lain; Canley - Pasembor, bubur ayam,  Earlsdon - Nasi dagang, gulai ayam/ikan, acar dan Coventry City - Lontong, sambal tumis dll. Disamping itu Tuan Mayor kami (Abg. Fuad dan Kak Idah) bermurah hati memasak butter rice dan kari kambing. itu juadah-juadah utama. Ada lagi juadah lain dan desserts yang dibawa secara potluck.

Gotong-royong memasak di rumah Haz

Sambutan hari raya pada kali ini dibuat di Koco Resource Centre. Semua pelajar Malaysia undergraduates & postgraduates, dan Malaysian yang memang bekerja di sini atau yang 'kebetulan' berada disini memeriahkan sambutan. Acara dimulakan dengan solat sunat Aidiladha, khutbah dan sedikit ucapan aluan oleh Penghulu MCS. Kemudian kami menjamu selera sambil bertanya khabar dengan kawan-kawan.







Antara ramai-ramai yang hadir, tak sangka bertemu dengan seorang kawan lama sewaktu saya di Asrama Felda Kuala Lumpur, iaitu Zarina. Kami tinggal sedorm dari Form 1 sampai Form 3. Selepas menerima keputusan PMR masing-masing berpindah ke MRSM dan dah tak pernah jumpa.  Mula-mula nampak dia teragak-agak nak tegur sebab tak sangka boleh jumpa dia kat sini. Takut silap orang tapi gamble jer gi tegur hehe..nasib baik betul. So berjejak-kasih la kami di pagi raya..Sekarang Za tinggal di Real Madrid, Spain dan sekarang dia datang melawat kawan dia semasa di MMU, Faezah yang saya kenal kat sini.

Alhamdulillah..dapat makan sedap-sedap dan jumpa ramai-ramai...

* Gambar dok dalam kamera Mr. Hubby bawak pegi tengok bola di stadium Aston Villa , so pinjam gambar kawan-kawan dulu...mintak halal ye, hehe...

Thursday 2 October 2014

#Throwback2: Alton Towers Theme Park

Walaupun penat seharian berjalan pada hari sebelumnya, tapi pagi Jumaat (6/6/2014) anak-anak semangat bangun sebab tak sabar nak ke Alton Towers. Alton Towers ni adalah antara theme park yang terbesar di England. Ia terletak di Staffordshire (ST10 4 DB).

Tiket memang dah beli siap-siap. Untuk ke sini, sebenarnya saya beli tiket yang dijual di ebay. Tiket asal agak mahal iaitu lebih kurang £40 seorang. Tiket online boleh dibeli kat sini. Of course kalau beli online tiketnya lebih murah dari beli di kaunter. Oleh kerana nak bawak Nije dan familynya sekali, saya pun cuba google2 kalau ada cara untuk dapatkan tiket yang lebih murah. Rupanya ada dijual di Ebay. Tiket yang dijual ini sebenarnya adalah tiket free yang dikeluarkan oleh surat khabar The Sun untuk mereka yang mengumpul kupon. Ramai pulak tu yang jual tiket free ini kat ebay. Kita cuma perlu pastikan bila tarikh nak pergi dan cari tiket yang bertarikh hari tersebut. Agak mencabar juga sebab saya perlu 'bid' untuk sembilan tiket pada hari yang sama. Saya pilih hari Jumaat dengan harapan tak ramai orang pada hari tersebut...Akhirnya saya berjaya mengumpul kesemua tiket dengan purata harga £10 untuk satu tiket. Sudah tentu jauh lebih murah dari harga asal...Cuma yang perlu diingat, pastikan beli tiket yang tidak menunjukkan barcode. Sebab saya ada baca review yang mengatakan kalau tiket ada barcode pihak Alton Towers dapat mengesan dan akan membatalkan tiket tersebut. Nanti tak boleh masuk kerana pada tiket free ni memang jelas dinyatakan 'non-transferable'.

Posing dulu lepas check-out

Owh...sebelum ke Alton Towers, bawa mereka ke Portmeirion Factory Outlet dulu. Dah alang-alang kat Stoke tak complete pula kalau tak melawat kedai pinggan yang famous ni...tak sia-sia bawak diorang ...memang banyak memborong! Walaupun dah tak banyak sale, tapi ada juga beberapa item yang dijual dengan potongan harga up to 75%...

Cantik-cantiknyaaa....lah hai!

Selesai memborong pinggan-mangkuk kami terus ke Alton Towers. Rupanya dah ramai giler orang walaupun bukan hari cuti. Dari tempat parking, kami berjalan ke stesyen monorail (percuma) yang akan membawa kami ke dalam Alton Towers. Walaupun beratur agak panjang tapi cepat juga sampai giliran. Kemudian beratur lagi untuk masuk ke dalam. Kat sini saya yang paling berdebar, takut-takut kalau tiket dah dicancelkan....Memang dah standby kalau nak kena beli tiket lain. Syukur sangat-sangat semuanya lepas!

Kat dalam ni, luas sangat rupanya kawasan dia. Satu hari memang tak sempat nak cover semua. Tempat pertama yang dituju ialah Cbeebies Land. Cbeebies Land ni baru sahaja dibuka pada awal tahun 2014. Sebelum datang lagi tiap-tiap hari Mia sebut nak ke sini, maklumlah kat rumah hari2 dok mengadap Channel Cbeebies. Ada macam-macam rides & attractions dan activities macam live shows dan boleh jumpa dengan Cbeebies characters. Oleh kerana beratur untuk satu ride pun dah sejam lebih, makanya sempat naik 'Get set go tree top adventure' sahaja hukhuk....


 Cbeebies Land Photo studio...boleh ambik gambar dengan Cbeebies friends. Tapi sbb kena bayar ambik gambar kat luar je lah hehe...

Muka Mia yang cuak, mama pulak nampak terlebih excited...



Selepas ke Cbeebies Land kami tengok maps nak cari tempat mana nak dituju lepas tu. Memandangkan masa untuk beratur di satu2 ride pun agak lama, dijangkakan tak banyak rides yang kitorang boleh naik. Along nak naik roller coaster yang tinggi2 tapi Aiman pula tak nak sebab dia gayat...jadi kami memlih untuk main Congo River Rapids sebab boleh naik sefamily...

Dalam perjalanan ke sana, berlaku peristiwa yang tak dapat dilupakan...Mia tiba-tiba hilang!Panik sangat rasa nak luruh jantung Mama...semasa berjalan kaki ke sana tu saya nampak dia dipimpin oleh Mr. Hubby. Jadi saya yang berjalan dahulu di depan teruskan perjalanan dengan Along, Aiman, Ana sambil meminpin tangan Danish...yang besar2 ni jalan laju tak sabar nak main..tak nak lah diorang pergi sendiri2 so saya kejar dari belakang. Bila sampai kat tempat nak queue, kami tunggu semua samapai. Terus tanya Mr. Hubby mana Mia sebab Mia dah tak ada dengan dia....Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan saya masa tu...terus panic dan rasa tak tahu nak buat apa2...risau sangat2 sebab orang memang sangat ramai, macam mana nak cari???Mr. Hubby suruh saya tunggu di situ sementara dia patah balik mencari Mia di sepanjang laluan kami ke sini. Saya tak henti2 berdoa supaya ditemukan dengan Mia..memang rasa salahkan diri sangat2 kenapa saya tak pimpin sendiri tangan Mia huhuhu....

Selepas beberapa minit menunggu, nampak Mr. Hubby datang semula ke arah kami...syukur Alhamdulillah Mia ada bersama dia! Terima kasih Ya Allah selamatkan anak kami. Rupa-rupanya dia ralit tengok budak-budak main water gun sampai tak sedar dia lepaskan tangan Papa...yang papa pulak ingat Mia jalan dengan mama...adoiiiii....bila dia sedar semua orang dah tak ada dia mula menangis dan ada orang awam bawa dia ke gerai yang berhampiran (ada gerai-gerai jual minuman & makanan kat tepi2 tu). Rasanya diorang memang dah ada standard procedure untuk budak-budak hilang macam ni. Staff2 kat situ akan maklumkan kat management dan diorang akan aktifkan 'alert' supaya semua staff2 tahu...waktu Mr. Hubby jumpa Mia, dia kata Mia sedang ditenangkan oleh salah seorang staff dan beberapa pengunjung lain....Bila nampak papa dia terus peluk papa kuat2..mesti dia rasa takut sangat-sangat...kesian Mia...

Habis cerita Mia hilang...

Kemudian kami beratur untuk naik Congo River Rapids...beratur boleh tahan panjang tapi tak lah lama macam kat Cbeebies Land tadi...memang seronok sangat naik ni sampai basah2 baju...dalam perjalanan ada beberapa camera yang capture gambar kita dan boleh dibeli lepas main tu dengan harga £10 ....bolehlah, simpan untuk kenangan...

Gambar yang kami beli kat situ..

Untuk lepaskan hajat Along nak naik roller coaster, kami naik Runaway Mine Train. Sebaba yang ni semua lepas naik termasuk yang peserta yang kecil sekali, Akeef..ok la, best juga...yang sebenarnya saya memang suka naik roller coaster. Semasa belajar di asasi sains (UM) dan belajar di uni, hampir setiap kali habis exam saya dan kawan2 baik akan ke tempat2 yang ada roller coaster macam di The Mall, Leisure Mall dll sebagai salah satu cara nak releasekan stress hehehe...menjerit kat sini tak ada orang marah!Antara kenangan yang best adalah di Tokyo Disneyland pada tahun 2006 dahulu. Sekarang usia pun dah meningkat nak naik yang tinggi-tinggi dah kurengggg sikit...

Oleh kerana kanak-kanak riang-ria memang suka main air, jadi kami habiskan masa petang tu di 'Battle Galleons'. Kat sini boleh naik kapal pirates dan main tembak-tembak air...masa kat atas rides tu, orang yang kat tepi-tepi tu pun boleh tembak-tembak...memang basah lencun semuanya tapi diorang main macam tak nak berhenti....tapi sebab lepas ni memang dah nak balik so lantak korang lah, main la puas2....

Kami keluar awal sikit dari waktu tutup Alton Towers sebab tak nak berebut-rebut naik monorail. Kalau tanya budak-budak ni memang la masih tak puas main dan mintak nak datang lagi huhuhu...Petang tu kami balik semula ke Coventry sebab nak 'kejar' Aiman punya dinner dengan football team dia pukul 7 malam...yang ni kena buat entry yang lain pulak nanti..

**Gambar tak banyak sebab gambar2 yang save kat dalam PC hilang masa PC buat hal....







#Throwback1: Trip Wales-Liverpool-Manchester

Awal bulan June yang lalu kami menerima tetamu istimewa dari Malaysia. Nije, kawan baik Mr. Hubby merangkap member sekolah kitorang kat MRSMKT dulu datang bercuti bersama isterinya Rosma dan tiga orang anak mereka. Nije ni Presiden BWP kitorang masa zaman sekolah dulu. Lepas habis sekolah, Mr. Hubby dan Nije masih berkawan baik dan kami memang saling kunjung-mengunjungi especially bila ada kenduri/makan-makan or kelahiran baby baru.

Diorang sampai lebih kurang pukul 4 petang hari selasa 3 June 2014 di Heathrow Airport, London. Mr. Hubby pergi jemput diorang kat sana. Plan asal keesokan hari nak terus round London tapi bila tengok weather forecast cuaca hujan. Macam tak sesuai nak berjalan. Mr. Hubby terus bawa balik rumah kitorang. Terharu sangat sebab diorang bawak sekotak besar stok2 makanan dari Malaysia...macam-macam ada - keropok ikan, nasi impit, bunga kantan, sos cili Kimball (hubby slalu complaint sos cili sini tak pedas), ikan bilis, rempah kerutub, nise@gula melaka yang dibawa khas dari klate dan banyakkk lagi...Syukur la tak kena tahan kat airport...

Malam tu bagi diorang dinner dan berehat sebab keesokan harinya nak berjalan sakan. Ketiga-tiga anak diorang, Ana, Auffa dan Akif ok pulak tak jetlag. Cergas je sepanjang masa.

Program pertama hari Rabu ialah ke Warwick Castle. Mr. Hubby jer yang bawak sebab anak-anak semua bersekolah. Aku pulak kena la tunggu untuk ambik diorang. Hari tu pulak memang cuaca kat Coventry pun hujan so kena buat program indoors jer. Lepas habis 'tawaf' Warwick Castle, Mr. Hubby bawa diorang ke Coventry City Centre dan bershopping di Primark..

Kalau ikut jadual asal, kami nak ke Liverpool dan Manchester pada hari Sabtu. Dah booked pun dua family room di Premier Inn Chester. Tapi sebab cancel plan nak ke London hari Rabu tu jadi program dah lari sikit. Anak-anak dok merengek nak ikut sama berjalan, sanggup nak ponteng sekolah padahal pagi tu dah siap beruniform sekolah...seronok sebab ada kawan datang. Akhirnya kami decided ke Liverpool dan Manchester pada hari Khamis dan cari bilik untuk bermalam sebelum ke Alton Towers pada hari Jumaat.

Kebetulan cuaca sangat baik pada hari Khamis tersebut. Selesai sarapan dan siapkan anak-anak (last minute plan) termasuk pakaian untuk bermalam, kami bertolak ke destinasi pertama - North Wales. Family kami satu kereta dan family Nije satu kereta. Kami ke Llangollen sebab hasil pencarian di Google, tempat ni cantik dan tak jauh dari laluan untuk ke Liverpool. Tarikan utama di sini ialah River Dee. Memang sangat cantik view kat sini..dengan air sungai jernih berlatar belakang bukit-bukau yang kehijauan...macam gambar kat dalam kalendar. Kat sini juga ada stesyen keretapi lama yang dibuka untuk pelancong. Ramai juga pengunjung di sini walaupun bukan cuti sekolah....



 Gift & souvenir shops di sepanjang jalan

Jumpa bendera Malaysia kat sini!

River Dee at the background


Nije and family

 Llangollen Heritage Railway Station

Mia nak pegi mana tu??

Geng bas sekolah!

Dari Llangollen, kami singgah di Cheshire Oaks Designer Outlets sebab Nije dan family nak shopping kasut Clarks. Banyak jugak kasut dan beg yang diorang borong...Kerana  kesuntukan masa, tak sempat nak masuk semua kedai kat sini...Next destination ialah Albert Dock, Liverpool...Dalam perjalanan tu la baru saya dok mencari bilik. Kalau tak ada nampaknya kena tidur kat Services (R&R) laaa huhuhu...Oleh kerana cari last minute, banyak bilik dengan harga berpatutan dah fully booked....Bilik-bilik kat Manchester pula kebanyakannya lebih dari budget. Akhirnya dapat bilik di Travelodge di Stoke. Kami ambik keputusan bermalam kat sini sebab dah tak jauh dengan Alton Towers.

Bersiar-siar di Albert Dock sebelum ke Manchester.






Albert Dock, Liverpool Waterfront

Dari sini kami meneruskan perjalanan ke Manchester. Oleh kerana hari dah hampir gelap, kami cuma sempat bergambar di Stadium Old Trafford. Kedai souvenir pun dah tutup....Cepat-cepat cari masjid untuk bersolat jama' Zohor & Asar. Masjid pertama kami pergi, tak ada ruang solat untuk wanita. Memang kebanyakan masjid kat UK ni macam ni. Ni bukan kali pertama. ada sesetengah masjid pula tak benarkan kanak-kanak masuk ke dalam. Syukurlah ada insan yang baik hati menunjukkan jalan ke masjid lagi satu yang ada ruang solat wanita untuk saya dan Rosma (wife Nije) bersolat.







Selesai solat kami berhenti makan di restoren Afghan. Set Sultani kat sini memang sedap...kena dengan selera saya dan Mr. Hubby...siap bungkus lagi satu set, untuk sarapan esok hari. Untuk anak-anak pula kami bungkuskan nasi dengan kebab. Hampir jam 12 malam agaknya baru sampai ke hotel. Risau juga Mr. Hubby dan Nije masing-masing drive dalam keadaan penat dan mengantuk. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai..Tak sabar-sabar nak rebahkan badan ke katil...penatttt....

Bersambung....