Salam hari raya Aidiladha buat keluarga dan kawan-kawan.
Kami di Coventry beraya hari ni 4 Oktober 2014.
Malam tadi kami masak bersama-sama. Untuk sambutan kali ini kami buat pembahagian ikut kawasan untuk sediakan menu 1Malaysia lah kononnya...Di Coventry ni ada empat kawasan utama yang didiami oleh Malaysian family. Kawasan kami (Tile Hill) ditugaskan untuk menyediakan Laksa Sarawak. Kawasan lain; Canley - Pasembor, bubur ayam, Earlsdon - Nasi dagang, gulai ayam/ikan, acar dan Coventry City - Lontong, sambal tumis dll. Disamping itu Tuan Mayor kami (Abg. Fuad dan Kak Idah) bermurah hati memasak butter rice dan kari kambing. itu juadah-juadah utama. Ada lagi juadah lain dan desserts yang dibawa secara potluck.
Gotong-royong memasak di rumah Haz
Sambutan hari raya pada kali ini dibuat di Koco Resource Centre. Semua pelajar Malaysia undergraduates & postgraduates, dan Malaysian yang memang bekerja di sini atau yang 'kebetulan' berada disini memeriahkan sambutan. Acara dimulakan dengan solat sunat Aidiladha, khutbah dan sedikit ucapan aluan oleh Penghulu MCS. Kemudian kami menjamu selera sambil bertanya khabar dengan kawan-kawan.
Antara ramai-ramai yang hadir, tak sangka bertemu dengan seorang kawan lama sewaktu saya di Asrama Felda Kuala Lumpur, iaitu Zarina. Kami tinggal sedorm dari Form 1 sampai Form 3. Selepas menerima keputusan PMR masing-masing berpindah ke MRSM dan dah tak pernah jumpa. Mula-mula nampak dia teragak-agak nak tegur sebab tak sangka boleh jumpa dia kat sini. Takut silap orang tapi gamble jer gi tegur hehe..nasib baik betul. So berjejak-kasih la kami di pagi raya..Sekarang Za tinggal di Real Madrid, Spain dan sekarang dia datang melawat kawan dia semasa di MMU, Faezah yang saya kenal kat sini.
Alhamdulillah..dapat makan sedap-sedap dan jumpa ramai-ramai...
* Gambar dok dalam kamera Mr. Hubby bawak pegi tengok bola di stadium Aston Villa , so pinjam gambar kawan-kawan dulu...mintak halal ye, hehe...
Salam Aidiladha buat kak Isma dan keluarga....
ReplyDeleteMeriahnya sambutan raya kat sana...
Ramai M'sian kat sana rupanya....
Salam Aidiladha buat Nur juga..
ReplyDeleteAlhamdulillah warga Coventry semakin bertambah, jadi raya pun makin meriah...