Awal bulan June yang lalu kami menerima tetamu istimewa dari Malaysia. Nije, kawan baik Mr. Hubby merangkap member sekolah kitorang kat MRSMKT dulu datang bercuti bersama isterinya Rosma dan tiga orang anak mereka. Nije ni Presiden BWP kitorang masa zaman sekolah dulu. Lepas habis sekolah, Mr. Hubby dan Nije masih berkawan baik dan kami memang saling kunjung-mengunjungi especially bila ada kenduri/makan-makan or kelahiran baby baru.
Diorang sampai lebih kurang pukul 4 petang hari selasa 3 June 2014 di Heathrow Airport, London. Mr. Hubby pergi jemput diorang kat sana. Plan asal keesokan hari nak terus round London tapi bila tengok weather forecast cuaca hujan. Macam tak sesuai nak berjalan. Mr. Hubby terus bawa balik rumah kitorang. Terharu sangat sebab diorang bawak sekotak besar stok2 makanan dari Malaysia...macam-macam ada - keropok ikan, nasi impit, bunga kantan, sos cili Kimball (hubby slalu complaint sos cili sini tak pedas), ikan bilis, rempah kerutub, nise@gula melaka yang dibawa khas dari klate dan banyakkk lagi...Syukur la tak kena tahan kat airport...
Malam tu bagi diorang dinner dan berehat sebab keesokan harinya nak berjalan sakan. Ketiga-tiga anak diorang, Ana, Auffa dan Akif ok pulak tak jetlag. Cergas je sepanjang masa.
Program pertama hari Rabu ialah ke Warwick Castle. Mr. Hubby jer yang bawak sebab anak-anak semua bersekolah. Aku pulak kena la tunggu untuk ambik diorang. Hari tu pulak memang cuaca kat Coventry pun hujan so kena buat program indoors jer. Lepas habis 'tawaf' Warwick Castle, Mr. Hubby bawa diorang ke Coventry City Centre dan bershopping di Primark..
Kalau ikut jadual asal, kami nak ke Liverpool dan Manchester pada hari Sabtu. Dah booked pun dua family room di Premier Inn Chester. Tapi sebab cancel plan nak ke London hari Rabu tu jadi program dah lari sikit. Anak-anak dok merengek nak ikut sama berjalan, sanggup nak ponteng sekolah padahal pagi tu dah siap beruniform sekolah...seronok sebab ada kawan datang. Akhirnya kami decided ke Liverpool dan Manchester pada hari Khamis dan cari bilik untuk bermalam sebelum ke Alton Towers pada hari Jumaat.
Kebetulan cuaca sangat baik pada hari Khamis tersebut. Selesai sarapan dan siapkan anak-anak (last minute plan) termasuk pakaian untuk bermalam, kami bertolak ke destinasi pertama - North Wales. Family kami satu kereta dan family Nije satu kereta. Kami ke Llangollen sebab hasil pencarian di Google, tempat ni cantik dan tak jauh dari laluan untuk ke Liverpool. Tarikan utama di sini ialah River Dee. Memang sangat cantik view kat sini..dengan air sungai jernih berlatar belakang bukit-bukau yang kehijauan...macam gambar kat dalam kalendar. Kat sini juga ada stesyen keretapi lama yang dibuka untuk pelancong. Ramai juga pengunjung di sini walaupun bukan cuti sekolah....
Gift & souvenir shops di sepanjang jalan
Jumpa bendera Malaysia kat sini!
River Dee at the background
Nije and family
Llangollen Heritage Railway Station
Mia nak pegi mana tu??
Geng bas sekolah!
Dari Llangollen, kami singgah di Cheshire Oaks Designer Outlets sebab Nije dan family nak shopping kasut Clarks. Banyak jugak kasut dan beg yang diorang borong...Kerana kesuntukan masa, tak sempat nak masuk semua kedai kat sini...Next destination ialah Albert Dock, Liverpool...Dalam perjalanan tu la baru saya dok mencari bilik. Kalau tak ada nampaknya kena tidur kat Services (R&R) laaa huhuhu...Oleh kerana cari last minute, banyak bilik dengan harga berpatutan dah fully booked....Bilik-bilik kat Manchester pula kebanyakannya lebih dari budget. Akhirnya dapat bilik di Travelodge di Stoke. Kami ambik keputusan bermalam kat sini sebab dah tak jauh dengan Alton Towers.
Dari sini kami meneruskan perjalanan ke Manchester. Oleh kerana hari dah hampir gelap, kami cuma sempat bergambar di Stadium Old Trafford. Kedai souvenir pun dah tutup....Cepat-cepat cari masjid untuk bersolat jama' Zohor & Asar. Masjid pertama kami pergi, tak ada ruang solat untuk wanita. Memang kebanyakan masjid kat UK ni macam ni. Ni bukan kali pertama. ada sesetengah masjid pula tak benarkan kanak-kanak masuk ke dalam. Syukurlah ada insan yang baik hati menunjukkan jalan ke masjid lagi satu yang ada ruang solat wanita untuk saya dan Rosma (wife Nije) bersolat.
Selesai solat kami berhenti makan di restoren Afghan. Set Sultani kat sini memang sedap...kena dengan selera saya dan Mr. Hubby...siap bungkus lagi satu set, untuk sarapan esok hari. Untuk anak-anak pula kami bungkuskan nasi dengan kebab. Hampir jam 12 malam agaknya baru sampai ke hotel. Risau juga Mr. Hubby dan Nije masing-masing drive dalam keadaan penat dan mengantuk. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai..Tak sabar-sabar nak rebahkan badan ke katil...penatttt....
Bersambung....
Bersambung....
No comments:
Post a Comment