Friday 19 August 2016

Throwback: Aidilfitri 1437

Walaupun Syawal dah berlalu pergi, tapi nak buat juga entry pasal raya sebab ini Aidilfitri terakhir kami di sini. Walaupun tanpa sanak-saudara, Aidilfitri disambut meriah dengan kawan-kawan.

Kami menyambut 1 Syawal sama seperti di Malaysia iaitu pada 6 Julai 2016. Sambutan kali ini diadakan di rumah keluarga 'Tuan Mayor' iaitu Abang Fuad & Kak Idah. Sehari sebelum hari raya, tugas-tugas penyediaan makanan dibahagikan mengikut kawasan. Kawasan kami di Tile Hill ditugaskan untuk membuat Lontong & Sambal Tumis. Menu lain yang disediakan oleh kawasan lain termasuk steamboat, bihun sup, nasi impit & kuah kacang, Aktivi rewang pula dibuat oleh kaum bapa di rumah Abang Fuad pada petang sebelum Aidilftri untuk memasak nasi butter, daging dendeng, lemang, rendang dan lain-lain.

Di sini Aidilfitri atau 'Eid' bukan public holiday, jadi saya telah memohon cuti daripada sekolah melalui surat supaya anak-anak dapat sama-sama bersolat raya. .Di pagi Syawal, kami sekeluarga ke rumah Abang Fuad untuk solat sunat Aidilfitri.  Ada juga kawan-kawan yang bersolat raya di Prayer Hall, Warwick Uni dan kemudian ke rumah Abang Fuad selepas selesai solat. Kami bersalaman dan menikmati juadah-juadah yang ada sambil berbual-bual bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim. Anak-anak pula bermain riang dengan kawan-kawan.

Gambar raya kami...credit to semua photographer pelbagai sumber.










Selain jamuan utama pada 1 Syawal, di hujung minggu sepanjang bulan Syawal pula dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka. Dah macam kat Malaysia pula. Personally, saya rasa tahun ini yang paling banyak kawan-kawan buat rumah terbuka, hampir penuh setiap Sabtu & Ahad sepanjang Syawal. Mungkin sebab pertambahan warga Malaysia di Coventry. Alhamdulillah kami sempat merasa 'kemeriahan' ini. Terima kasih kawan-kawan yang menjemput. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kalian dan keluarga..

Gambar-gambar kenangan di jamuan raya kawan-kawan...

Azrin jemput kami sebab dia nak balik Malaysia beberapa bulan untuk collect data. So lepas ni tak jumpa dia dah di Coventry...

Rumah Alifah...raya + birthday party Alya
Dari kiri: Lina, Afiqah, Alifah, Ria, Wani, Kak Idah & Erni








Sunday 7 August 2016

Breakfast Raya 2016

Assalamualaikum w.b.t....

Fuh lamanya tak update blog. Dari mula puasa sampai dah habis Syawal!. Sebenarnya sekarang tengah sibuk packing barang dan pelbagai urusan lain sebelum berangkat pulang. Sedang mengira hari, dah tak sampai sebulan pun lagi kami bakal meninggalkan tanah ratu yang banyak menyimpan kenangan buat kami sekeluarga.

Bagi meraikan kawan-kawan yang banyak membantu dan dah umpama keluarga sepanjang tiga tahun setengah  di sini, kami telah mengadakan sedikit jamuan pada 30 Julai 2016 yang lalu. Kalau masa mula2 datang tahun 2013 dulu buat Jamuan Roti Canai untuk salam perkenalan dengan warga Coventry/Warwick, sekarang tibalah jamuan untuk farewell pula. Oleh kerana ketika itu masih di dalam bulan Syawal, maka terbitlah nama 'Breakfast Raya'.

Jemputan kat WA group - gambar kenangan tahun 2013

Selepas tiga tahun, warga Coventry/Warwick dah semakin bertambah. Meriah sekarang ni. Kami cuba jemput hampir semua Malaysian yang ada sebab ini mungkin jamuan terakhir kami di sini. Sebelum ni kalau nak jemput makan kena jemput kecil-kecilan by badges, sebab rumah sempit huhu..Kebaikan buat jamuan musim summer, kita boleh guna halaman rumah dan backyard untuk berkumpul ramai-ramai. Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut pun baik. Menu utama Roti Telur, tapi saya buat juga bihun sup supaya tetamu yang tunggu giliran untuk roti telur boleh makan hidangan lain dulu. Selain daripada tu ada juga juadah-juadah lain yang dibawa oleh kawan-kawan. 

 Penebar roti sedang beraksi

 Dengan 'The Crews'

 Antara kawan-kawan yang hadir.
Dari kiri: Ria, Sakinah, Syai, Ikin, Kak Idah, Aireen, Syamra, Wani, Misrah, Shima
Kat belakang: Nfarahin, Alifah, Afiqah

**Letak nama maklumlah umur dan semakin meninngkat ni...kalau tengok gambar ni balik harap boleh ingat lagi nama sorang2..


 Dengan adik-adik yang cantik-manis - Syamra (atas) dan Aireen

 Tak cukup kerusi kat luar, kesian diorang ni makan atas carpet je
Dari kiri: Haz, Kak Shilla, Aishah, Syuria, Wanie, Mon, Kak Fitri

Terima kasih kawan-kawan..
Wani, Kak Fitri, me, Mon, Kak Shilla & Syikin 

Bersama Mon, Wani & Ria

 Dah sakit pinggang menebar katanya...berhenti rehat kejap



 Anak-anak bagi main kat backyard, supaya mak ayah dapat makan dengan tenang hehe..





  Jemput makan semua...


 Lagi tetamu yang hadir
Abg. Fuad, Putera, Faris, Syai, Kak Idah, Siti, Aidi, Faiz, Adam (4 org ni anak Kak Idah/Abg Fuad), Harin & Wan. Kat belakang yang baju merah - Ustaz Zahid


Yvonne & family serta Zul. Yvonne kata dia dah rindu sangat nak makan roti canai. Dia & hubby makan tiga keping sorang :)

Tq Misrah, tolong Kak Isma buat persiapan malam sebelum tu...Masa jamuan pun Mis banyak tolong top-up makanan/minuman yang dah berkurang

Faris - 'Anak angkat' kami, sempat datang dan tolong2 apa yang patut walaupun dah nak ke Heathrow pukul 12 tengahari tu utk balik Malaysia. Faris dah habis buat degree in Accountancy

Kredit gambar-gambar untuk Nik selaku jurugambar tak rasmi, juga ada yg di forward oleh kawan2. Tuan rumah busy tebar roti dan layan tetamu, tak sempat nak pegang kamera.

Ini pula video Breakfast Raya yang diupload oleh Azfar di Youtube. Thanks Azfar!. Letak sini juga untuk kenangan...




Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan yang hadir dan memeriahkan majlis kami. Mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga ukhwah yang terjalin ini berterusan meskipun kami telah kembali ke tanahair.