Thursday 25 December 2014

Cuti Hari Krismas

Sekolah mula bercuti minggu ini sehingga 6 Januari 2015 sempena sambutan Krismas. Mama pun lega sikit dah cuti sekolah, sebab tak berapa sihat sejak minggu lepas lagi. Demam, selsema dan batuk. Demam dah ok tapi batuk tak hilang-hilang lagi...memang perit rasa kat tekak ni...

Dua minggu sebelum krismas, kat sekolah sibuk dengan macam-macam aktiviti. Mula-mula rasa agak resah bila baca newsletter sekolah pelajar Year 5 & 6 akan ada aktiviti nyanyian di church yang berhampiran. Plan awal nak pontengkan Aiman pada hari tersebut, tapi rupa-rupanya pelajar muslim dikecualikan. Aiman kata ada 6-7 orang pelajar muslim yang tinggal...jadi mereka diberikan kerja-kerja sekolah yang lain. Syukur pihak sekolah bertoleransi dalam hal macam ni...Selain tu ada juga persembahan nyanyian kat sekolah, Christmast Fayre, Santa Groto dll...

Hampir tiap hari budak-budak ni bawak balik kad krismas dari cikgu dan kawan-kawan. Hari terakhir sekolah, cikgu bagi hadiah kat diorang. Danish dapat goody bag yang berisi beberapa jenis coklat. Mia pun dapat hadiah dari cikgu kelas, Miss Brattle....



Dapat buku cerita Hansel & Gretel

Selain daripada tu Mia jugak dapat satu book bag. Kat dalam tu ada lagi dua buah buku percuma...Happy sangat dia dapat tambah koleksi buku cerita...Semua budak-budak kelas Mia dapat book bag percuma ni...



Hari ni orang-orang kat sini celebrate Krismas. Kami tak ke mana2 pun cuma layan movie kat tv. Tapi semalam landlady datang hantar present kat anak-anak. Dia tahu kami tak celebrate tapi saje nak bagi hadiah kat budak2, dia kata...macam tak percaya dia bagitau untuk krismas ni dia wrapped hampir 52 hadiah untuk family termasuk anak-anak sedara dia yang ramai...Mak aiii...banyak betul! Tu belum lagi belanja beli pokok krismas dengan lampu hiasan liplap bagai....

Pagi tadi pulak our neighbour datang, pun hulur kad dan goody bag satu sorang...haha..rezeki diorang lah!


Esok 26 Dis macam biasa Boxing Day kat sini....nak pergi shopping kat mana ye?Elaun Mr. Hubby hujung bulan Januari baru masuk...mampukah menahan godaan sale di sana-sini huhuhu.....

Wednesday 3 December 2014

Cornwall Part 2

Ini sambungan kisah perjalanan kami ke bahagian paling selatan England, iaitu di Cornwall.

Hari kedua (1 Nov 2014), selepas bersarapan nasi lemak di caravan kami ke St. Michael Mount yang terletak di pekan Marazion iaitu kira-kira 20 minit dari tempat penginapan. Sebenarnya saya salah info, saya tengok kat salah satu website (dah lupa yang mana) pada hari tersebut low tide (air surut) bermula pada pukul 9 pagi. Tapi bila sampai rupanya air masih pasang dan low tide dijangka pada pukul 3.30ptg. Istimewanya tempat  ini, apabila air surut akan membentuk laluan ke sebuah pulau kecil di tengah lautan. Kita boleh berjalan kaki melalui laluan tersebut sampai ke pulau. Di sana terdapat satu castle dan juga garden yang boleh dilawati. Tapi hari kami pergi tu (Sabtu) castle dan garden ditutup kepada pelawat. Jadi kami hanya berhenti sekejap meninjau-ninjau kawasan sekitar dan bergambar.


Semasa air pasang, boleh naik bot ini untuk ke St. Michael Mount.

Dari situ kami ke Minack Theatre di Penzane. Cuma 30 minit perjalanan dari St. Michael Mount (Postcode TR19 6JU). Minack Theater ni adalah open-air theatre yang di bina di kawasan tinggi mengunjur ke pinggir pantai. Untuk masuk, pelawat dikenakan bayaran gbp4.50 untuk dewasa dan 50p untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas. View di sini memang cantik sangat2..Subhanallah! Tak puas rasanya menatap laut yang kebiruan dari atas theatre ini..Juga perasaan kagum bagaimana orang-orang dulu boleh buat binaan sebegini pada tahun 1930-an dahulu!Boleh baca sejarah pembinaan theatre ini di SINI.





Ini di bahagian tepi teater...ada laluan kecil untuk ke tepi pantai. Yang ni tak payah bayar. Tapi curam sangat, tak berani nak bawak anak-anak ke sana.

Kemudian kami sambung perjalanan ke Land's End. Tak jauh pun, cuma 12 minit berkereta. 



Boleh ambik gambar kat sini dan pilih nak tulis apa kat signpost tu, tapi kena bayar. Yang official photographer akan hantar ke rumah. Tapi dah alang-alang bayar kami ambik gambar sendiri sesuka hati:)


Melompat je keje diorang ni:)
 Pastu kena jalan kaki nak ke rumah paling hujung tu...tapi ok jer jalan2 sambil tengok view yang sangat cantik!



Kat sini ada playground. Sebelum balik diorang mintak nak main kat playground dulu sambil makan bekalan yang di bawa...

Oleh kerana ada masa lagi, kami ke St. Michael Mount semula sebab teringin nak tengok time air surut....


Kalau time air surut, laluan ni lah yang digunakan untuk ke castle dan garden kat sana tu...Tapi sebab lambat sangat nak tunggu air surut sepenuhnya, lagipun hari kami pergi tu castle & garden x buka, so anak-anak just main2 kat tepi pantai je sebelum balik ke caravan...



Tuesday 2 December 2014

Young Writers Award

Hari Rabu minggu lepas, semasa ambil anak-anak dari sekolah teacher serahkan dua pucuk surat sambil mengucapkan tahniah. Alhamdulillah, dengan izin Allah Aiman dan Danish terpilih dalam 'Young Writers' national writing competition'.  Rupa-rupanya pihak sekolah menghantar penyertaan2 dari pelajar dan dua orang pemenang dipilih dari setiap kelas. Aiman adalah salah seorang yang terpilih bagi Year 5 & Danish pula bagi Year 2. Sebelum surat ini diserahkan kepada ibubapa, para pemenang telah diraikan dalam majlis kecil dimana surat-surat yang mengandungi sijil disampaikan oleh headteacher, Mrs Ward kepada mereka. Poem Danish bertajuk 'Titanic', Aiman pula 'Fly, Swim, Hop'. Poem-poem yang terpilih akan diterbitkan dalam buku 'Out of This World - The West Midlands'. 


Sijil yang diterima...Aqil = Danish

Nama pemenang dalam newsletter sekolah. Selain Aiman & Danish, Fiqri (Y5) pun anak org Malaysia juga:)

Pastilah Mama happy sangat-sangat dengan pencapaian ini. Walaupun masa mula-mula datang sini diorang agak struggle dengan bahasa Inggeris, terutamanya Danish...tapi syukurlah nampaknya diorang dah mampu bersaing dengan kawan-kawan di sini. Tahniah Aiman & Danish!..Mama doakan anak-anak mama akan terus berjaya di dunia dan akhirat. Cukuplah ini sebagai hadiah yang bermakna untuk birthday mama yang ke 36 pada 27 November yang lalu...erk...usia dah makin meningkat. Cuma empat tahun jer lagi nak ke 4 series huhuhu.....

Terima kasih Mr. Hubby & anak-anak atas kad yang cantik ni...



Juga kad handmade anak-anak yang menyentuh hati....


Mia tak buat kad, cuma tumpang conteng kat kad Abg. Danish

Mama tahu mama tak perfect, tapi mama akan usaha untuk jadi ibu terbaik untuk kalian...Sayang semua!

Sunday 23 November 2014

Selamat Pengantin Baru, Adikku...

Hari ni adik saya yang kedua bongsu, Amiruddin melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Adibah Syarwani. Gembira untuk dia tapi sedih tak dapat bersama keluarga meraikan hari yang istimewa ini...Walaupun dapat juga menyaksikan majlis melalui rakaman video, tapi manalah sama dengan kita berada kat sana kan? Seronoknya tengok family semua berkumpul, termasuk mak/bapa saudara, sepupu-sepapat dan nenek2 saudara pun ada....7 Disember nanti kenduri di rumah kami pula, pasti bertambah meriah walaupun tanpa kehadiran kami sekeluarga dan adik yang bongsu di Southampton tu. Ni yang tak best bila duduk merantau ni...

Untuk Amir & Adibah, tahniah! Semoga rumahtangga diberikan keberkatan oleh Allah Taala, dan bahagia hingga ke Jannah. Sebelum ni memang tak pernah jumpa Adibah, adik ipar saya ni...nampaknya dua tahun lagi la baru boleh jumpa...waktu tu ntah2 dah ada anak sedara pun....


Selepas acara akad nikah..


Selamat datang ke keluarga besar kami...

Saturday 22 November 2014

Along accident

Oleh kerana Along dah ke sekolah menengah dan sekolah yang berlainan dengan adik-adik yang lain, dia ke sekolahnya dengan basikal. Sekolah along,Westwood Academy jauh sedikit dari sekolah rendah, dan tak ada bas yang melalui rumah kami untuk ke situ. Jadi dia tiada pilihan lain. Dia lagi suka berbasikal daripada jalan kaki sebab ada geng dengan kawan-kawan yang tinggal berhampiran rumah.

Selalunya dia baik-baik aje, except ada sekali jatuh sebelum ni sebab jalan licin. Tapi pada hari Khamis 20/11/2014, perkara yang saya risau-risaukan berlaku. Along accident dengan kereta, tak jauh dari rumah. Dia baru jer keluar dari rumah untuk ke sekolah pagi tu; tiba-tiba jiran sebelah ketuk pintu dan bagitau Along accident!. Nak luruh jantung saya. Oleh kerana saya pun tengah kalut siapkan anak-anak yang lain nak ke sekolah, Mr. Hubby bergegas pergi tengok keadaan dia. Saya turut selepas tu. Rupanya Along nak cross jalan tiba-tiba ada kereta masuk simpang dan dia tak sempat nak brake. Mungkin dia tak perasan ada kereta bagi signal nak masuk. Syukurlah dia cuma langgar bahagian tepi kereta. Kalau kena bahagian depan, mungkin lebih teruk agaknya. 

Waktu saya sampai, dia sedang ditenangkan oleh beberapa orang yang ada kat situ. Ada darah sikit dari hidung dan bibir. Saya pun tak tahu siapa yang buat panggilan, polis dan ambulans sampai kat tempat kejadian. Mungkin jiran saya tu agaknya. Along kata kepala dia tak ada terhantuk kat mana-mana..ok, lega banyak. Cuma dia mengadu sakit bahagian kiri dada dan kaki..sebab dia jatuh di bahagian situ. Lepas tu paramedik bawa dia naik ambulans dan minta saya ikut sekali. So saya pun naik ambulans dengan sehelai sepinggang dan tak mandi. Nasib baik baju agak proper juga sebab tak expect pun nak ke mana-mana, just nak tengok keadaan Along jer. Mr. Hubby pulak balik untuk hantar anak-anak yang lain ke sekolah.

Dalam ambulans saya cuba tenangkan Along, sementara paramediks tu dok periksa keadaan dia. Macam biasa check blood pressure, oxigen saturation dll. Dan tanya history berkaitan kemalangan yang berlaku tadi. Muka Along nampak terkejut. Mestilah agak trauma dengan kejadian tu...kesian dia:(

Ambulans bawa kami ke University Hospital of Coventry. Sebab baru umur 11 tahun jadi dia dihantar ke Children's Emergency Department. First time datang ke hospital ni. Of course first time jugak naik ambulan kat sini. Sakit-sakit pun sempat posing dalam ambulans...



Lepas di'triage', lama jugak laa menunggu giliran untuk berjumpa dokter. Sebab keadaan dia tak serius, jadi mesti la dokter tengok case2 lain yang lebih serius..dah la ramai budak2 kecik dan baby...Naik boring jugak menunggu...lepas dua jam kot (mungkin lebih) baru dapat jumpa dokter. Lepas diperiksa semuanya dan dokter puas hati, dia bagi Along balik...rehat kat rumah untuk hari ini. Tak ada kecederaan yang serius, cuma lebam sana-sini. Dia bagi ubat tahan sakit jer...

University Hospital Coventry & Warwickshire...gambar ihsan Google

Dah siap semua Mr. Hubby datang ambil kitorang. Dia bagitau Head Teacher sekolah Along ada call tanya keadaan Along macam mana. Mulanya hairan juga macam mana Head Teacher boleh tahu, sebab belum pun inform sekolah lagi. Rupa-rupanya prosedur kat sini, kalau ada pelajar sekolah kat Children's Emergency Dept tu, diorang akan terus hubungi dan maklumkan sekolah...Yang lucu, cikgu sekolah Templars pun call juga tanya keadaan Along. Katanya sebab dia nampak Aiman risau dan tak berapa nak concentrate dalam kelas. Jadi Aiman bagitau apa yang jadi kat Along pagi tadi dan dia tertanya-tanya macam mana keadaan Along. Owh, sayang juga Aiman kat abang dia yang sorang ni walaupun kat rumah manjang nak cari kes jerr...;)

Hari Jumaat Along dah ok, pergi ke sekolah macam biasa. Oleh kerana basikal dah rosak teruk dan tak boleh nak guna lagi, kena laa cari basikal baru. Untuk hari semalam (Jumaat) Along ke sekolah dengan papa. Harap-harap Along dah tak serik naik basikal lagi selepas ni. 

Wednesday 19 November 2014

The Sun's Holiday di Cornwall

Ni cerita mid-term break yang lepas. Kitorang ke Cornwall iaitu bahagian paling selatan tanah England. Oleh kerana keinginan yang membuak-buak nak ke sana sebab dengar cerita kengkawan kat situ viewnya teramatlah cantik, maka saya mula mengusha pakej caravan yang murah. Hasil dari meng'google' terjumpa website Holiday Pirate ni yang kongsikan semua tujuh codes The Sun Holiday.

Akhbar The Sun memang tiap2 tahun buat promosi percutian caravan yang murah serendah GBP9.50 seorang pada musim spring & autumn. Kalau masa summer kalau tak silap GBP15 per head. Caranya ialah dengan mengumpul token dari surat khabar The Sun. Maksudnya kena beli suratkhabar tiap2 hari (kalau tak silap) dan kumpul semua codes termasuk bonus code. Kemudian isi borang, kita boleh pilih beberapa destinasi percutian dan tarikh nak pegi. Poskan borang & payment, dan kemudian tunggu jawapan dari diorang. Diorang akan bagi tempat yang kita pilih tu ikut kekosongan.

Tapi bila ada orang kongsi codes ni secara online, so ada short-cut la sikit. Tak payah nak kumpul token tu. Just pegi website Sun Holidays, masukkan codes yang dah ada ni dan kemudian pilih destinasi, tarikh dan buat payment semuanya secara online. Lagi cepat!Cuma sebelum buat tu dah kena get ready dgn destinasi dan tarikh nak pegi. Bila dah settle semuanya, tunggu confirmation email dari Holiday Park yang kita dapat tu. Dan pastikan kita buat pembayaran kalau park tu ada service charge sbb takut diorang cancel pulak nanti kalau kita tak bayar...

Masa saya isi borang online tu dah last minute. Nak pegi pulak time cuti sekolah, memang banyak holiday park yang dah fully booked. Akhirnya dapat Riviere Sands Holiday Park. Belasah je lah, asalkan still harga GBP9.50 per head untuk 4D3N. Tapi Riviere Sands ni ada charge tambahan pulak GBP20 untuk service charge diorang (bergantung pada park yang nak pegi). Ni utk cover electricity, gas dll. Tapi of course still berbaloi2. Memula ajak adik yang belajar kat Southampton tu pegi sekali, tapi last minute dia tak jadi ikut pulak..banyak assignment katanya....

Tercapai ler impian nak bercaravan holiday dgn family. First time ni. Kat caravan ni memang dah fully furnished. Ada 2 bilik, ada living room yg complete dengan sofa & tv,  kitchen pun complete dengan cooker, oven, mikrowave, fridge, toaster, pinggan-mangkuk semua ada laa...Jadi sebelum pegi dah plan siap2 nak makan apa kat sana, and bawak bahan2 untuk masak-memasak...jimat wehh..lagipun kat sini macam susah jer nak cari kedai halal...Sebelum nak ke mana2 memang mama ler yang paling penat, nak packing bagai...nak kena jugak fikir menu apa nak makan kat sana. Sebagai persediaan, dah buat siap2 sambal tumis untuk dimakan dengan nasi lemak, nanti cuma tambah ikan bilis jer...rebus juga telur siap2 supaya tak kalut nanti. Selain tu rebus ayam untuk dibuat tomyam, sayur2 pun semua dah siap dipotong. Nanti cuma mix aje dengan tomyam paste. 

Kami bertolak ke sana pada 31 Okt 2014. Sebelum ke caravan tempat nak menginap tu, kami ke Tintagel Castle dulu. Perjalanan mengambil masa empat jam dari Coventry. Tintagel Castle ni tinggalan istana King Arthur. Dari tempat parking, nak kena jalan kaki...penat jugak la tapi bila dah sampai kat situ terus terpegun tengok laut yang membiru..Subhanallah, cantik sangat2...King Arthur castle tu dok kat atas cliff yang agak tinggi dengan laluan yang agak curam bertangga-tangga..macam tak konfiden pulak nak bawak budak2 ni naik sampai ke atas sana....jadi kami cuma ke bahagian datarannya jer lepas tu budak2 sibuk nak main kat pantai walaupun sejukk...

Pekan Tintagel




Laluan nak ke castle





 King Athur's castle nun kat atas bukit sana tu....


 sejuk-sejuk pun nak main air
Ada air terjun jugak...cantik kan?

Selepas solat jama' Zohor & Asar kat tempat parking, kami meneruskan perjalanan yang berbaki sejam setengah lagi ke Riviere Sand Holiday Park...


Ni caravan tempat penginapan kami. Dari luar macam rumah kongsi je kan?

Kitchen and living area..a bit messy sbb ambik gambar masa hari dah nak balik




Ada option untuk include bed linens (duvet cover & pillow cases) sekali dalam bil dengan tambahan caj GBP10 untuk satu bilik atau bawak sendiri...sebagai langkah-langkah penjimatan, kitorang bawak sendiri jer hehe....

Oleh kerana musim sekarang ni hari cepat gelap..so petang dan malam tu lepas makan kami just lepak2 kat caravan....esoknya baru sambung jalan2...



Sunday 5 October 2014

Aston Villa vs Manchester City

Hari ini Mr. Hubby berlepas ke Prague, Czech Republic untuk menghadiri conference dan paper presentation. Good luck papa! Maka tinggallah kami lima beranak selama seminggu ni. Semoga Allah permudahkan urusan dan semuanya baik-baik sahaja sepanjang ketiadaan ketua keluarga kami.

Semasa Aiman sambut hari jadinya yang ke-10 pada bulan September lepas, dia buat permintaan untuk menonton perlawanan bola sepak di stadium sebagai hadiah hari jadinya. Kebetulan juga semalam (4/10) Mr. Hubby memang nak bawa kawannya dari Malaysia yang mempunyai hajat yang sama. Oleh kerana stadium Aston Villa yang terletak di Birmingham adalah stadium yang paling dekat dengan rumah, jadi Mr. Hubby telah belikan tiket untuk diorang menonton bersama-sama. Happy sangat Aiman kerana hajatnya tertunai..biasanya tengok bola di kaca televisyen je, tapi semalam dapat rasakan sendiri kehangatan perlawanan bolasepak Inggeris di depan mata. Mereka menonton perlawanan Aston Villa menentang Manchester City. 

 Simpan tiket buat kenangan




Datang awal, so boleh posing-posing dulu sebelum game mula

Memang puas hati la sebab ambik seat depan sekali (row 1). Siap bagitau family kat Malaysia supaya tengok tv sebab Aiman nak keluar kat tv. Auntie Aiman pula buat screenshot bila nampak Aiman kat tv hehehe...  




Semoga jadi kenangan yang bermakna buat Aiman dan beri lebih semangat untuk Aiman main bola bersungguh-sungguh.