Oleh kerana Along dah ke sekolah menengah dan sekolah yang berlainan dengan adik-adik yang lain, dia ke sekolahnya dengan basikal. Sekolah along,Westwood Academy jauh sedikit dari sekolah rendah, dan tak ada bas yang melalui rumah kami untuk ke situ. Jadi dia tiada pilihan lain. Dia lagi suka berbasikal daripada jalan kaki sebab ada geng dengan kawan-kawan yang tinggal berhampiran rumah.
Selalunya dia baik-baik aje, except ada sekali jatuh sebelum ni sebab jalan licin. Tapi pada hari Khamis 20/11/2014, perkara yang saya risau-risaukan berlaku. Along accident dengan kereta, tak jauh dari rumah. Dia baru jer keluar dari rumah untuk ke sekolah pagi tu; tiba-tiba jiran sebelah ketuk pintu dan bagitau Along accident!. Nak luruh jantung saya. Oleh kerana saya pun tengah kalut siapkan anak-anak yang lain nak ke sekolah, Mr. Hubby bergegas pergi tengok keadaan dia. Saya turut selepas tu. Rupanya Along nak cross jalan tiba-tiba ada kereta masuk simpang dan dia tak sempat nak brake. Mungkin dia tak perasan ada kereta bagi signal nak masuk. Syukurlah dia cuma langgar bahagian tepi kereta. Kalau kena bahagian depan, mungkin lebih teruk agaknya.
Waktu saya sampai, dia sedang ditenangkan oleh beberapa orang yang ada kat situ. Ada darah sikit dari hidung dan bibir. Saya pun tak tahu siapa yang buat panggilan, polis dan ambulans sampai kat tempat kejadian. Mungkin jiran saya tu agaknya. Along kata kepala dia tak ada terhantuk kat mana-mana..ok, lega banyak. Cuma dia mengadu sakit bahagian kiri dada dan kaki..sebab dia jatuh di bahagian situ. Lepas tu paramedik bawa dia naik ambulans dan minta saya ikut sekali. So saya pun naik ambulans dengan sehelai sepinggang dan tak mandi. Nasib baik baju agak proper juga sebab tak expect pun nak ke mana-mana, just nak tengok keadaan Along jer. Mr. Hubby pulak balik untuk hantar anak-anak yang lain ke sekolah.
Dalam ambulans saya cuba tenangkan Along, sementara paramediks tu dok periksa keadaan dia. Macam biasa check blood pressure, oxigen saturation dll. Dan tanya history berkaitan kemalangan yang berlaku tadi. Muka Along nampak terkejut. Mestilah agak trauma dengan kejadian tu...kesian dia:(
Ambulans bawa kami ke University Hospital of Coventry. Sebab baru umur 11 tahun jadi dia dihantar ke Children's Emergency Department. First time datang ke hospital ni. Of course first time jugak naik ambulan kat sini. Sakit-sakit pun sempat posing dalam ambulans...
Lepas di'triage', lama jugak laa menunggu giliran untuk berjumpa dokter. Sebab keadaan dia tak serius, jadi mesti la dokter tengok case2 lain yang lebih serius..dah la ramai budak2 kecik dan baby...Naik boring jugak menunggu...lepas dua jam kot (mungkin lebih) baru dapat jumpa dokter. Lepas diperiksa semuanya dan dokter puas hati, dia bagi Along balik...rehat kat rumah untuk hari ini. Tak ada kecederaan yang serius, cuma lebam sana-sini. Dia bagi ubat tahan sakit jer...
University Hospital Coventry & Warwickshire...gambar ihsan Google
Dah siap semua Mr. Hubby datang ambil kitorang. Dia bagitau Head Teacher sekolah Along ada call tanya keadaan Along macam mana. Mulanya hairan juga macam mana Head Teacher boleh tahu, sebab belum pun inform sekolah lagi. Rupa-rupanya prosedur kat sini, kalau ada pelajar sekolah kat Children's Emergency Dept tu, diorang akan terus hubungi dan maklumkan sekolah...Yang lucu, cikgu sekolah Templars pun call juga tanya keadaan Along. Katanya sebab dia nampak Aiman risau dan tak berapa nak concentrate dalam kelas. Jadi Aiman bagitau apa yang jadi kat Along pagi tadi dan dia tertanya-tanya macam mana keadaan Along. Owh, sayang juga Aiman kat abang dia yang sorang ni walaupun kat rumah manjang nak cari kes jerr...;)
Hari Jumaat Along dah ok, pergi ke sekolah macam biasa. Oleh kerana basikal dah rosak teruk dan tak boleh nak guna lagi, kena laa cari basikal baru. Untuk hari semalam (Jumaat) Along ke sekolah dengan papa. Harap-harap Along dah tak serik naik basikal lagi selepas ni.
No comments:
Post a Comment