Saturday 18 June 2016

Europe Trip Day 4: Mount Titlis-Lucerne-Stuttgart

Sebenarnya inilah 'highlight' Europe Trip kami. Anak-anak nak sangat main snow sebelum kami balik ke Malaysia. Tambahan pula anak-anak Nije &Rosma belum pernah ada pengalaman bermain snow. Jadi ini agenda wajib trip kami. Lagipun bila dah ke Switzerland wajiblah ke salah satu puncak di Banjaran Alps.

Pagi-pagi lagi anak-anak  dah excited bangun dan bersiap. Saya dan Rosma siapkan sarapan pagi juga bekalan untuk makan tengahari. Di apartment ni tak ada dapur, kami cuma gunakan rice cooker untuk panaskan Nasi Goreng Kampung Brahim dan packkan dalam bekas makanan satu untuk setiap seorang. Senang nak makan nanti.

Selepas selesai sarapan dan berkemas, kami check out dari apartment. Sebelum tu kami bergambar di sekitar apartment. Pemandangan bandar di kaki gunung Titlis ini sememangnya cantik sangat dengan gunung-ganang sebagai latar belakang. Perjalanan ke Titlis hanya 20 minit dari tempat penginapan kami.






Tiba di Titlis, kami ke kaunter pembelian tiket. Terdapat tiga jenis cable car untuk sampai ke puncak Titlis. Yang pertama ialah gondola yang boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk ke ketinggian 1800meter. Kami sekeluarga naik satu gondola dan family Rosma naik satu gondola yang lain.






View yang sangan cantik semasa naik cable car



Cable car kedua naik beramai-ramai dan berdiri jer. Yang ketiga pula dipanggil Titlis Rotair...cable car yang boleh berputar 360°..katanya the first rotating cable car in the world..jadi penumpang boleh menikmati pemandangan di sekeliling yang amat menakjubkan!





Tiba di stesen teratas di ketinggian 3020meter, kami ke Glacier Cave..macam masuk dalam igloo house dengan cahaya lampu kebiruan. 'Cave' ini sepanjang 150 meter dan berada 20 meter di bawah permukaan glacier.




Keluar dari stesen kami disambut oleh Shahrukh Khan dan Kajol!!




Hehe...cuma poster mereka sebagai tanda penggambaran mereka dalam filem Dilwale Dulhania La Jayenge yang dibuat di sini..


Salji memutih melitupi permukaan gunung...signboard pun x boleh nak baca semuanya diliputi snow. Anak-anak yang mula-mula excited menggigil kesejukan walaupun dah dilengkapi winter coats, gloves & boots. Cuaca hari itu agak mendung tak nampak sinaran matahari..salji yang lebat memedihkan mata buat Mia give up dan menangis...Haishh, beli tiket mahal2 dia ajak dok kat dalam pulak huhu...selepas dipujuk lama-lama dia ok..bila dia sejuk sangat kami masuk ke stesen untuk panaskan badan sekejap.










Along, Aiman & Nash tak sabar2 nak sliding...Mr. Hubby bawa diorang naik ke kawasan yang lebih tinggi dan slide guna jacket!hahaha....Nije & anak-anak pun join sama...berulang kali lah diorang naik ke atas dan sliding kat situ sampai penat!



Bila dah kepenatan dan kesejukan...mula lah terasa lapar. Kat dalam stesen Rotair ada restoren tapi tau sahaja lah di Swiss semuanya mahal...kami masuk untuk panaskan badan sambil makan bekalan makanan yang dibawa seperti roti dan biskut untuk mengalas perut. Bagi diorang peluang terakhir untuk main snow sebelum kami turun ke bawah. Sebelum balik tanya dulu semua dah puas hati tak?hahaha...sejuk beku dah semua orang. Nak sangat main snow kan?!

Kami naik semula gondola untuk turun ke bawah. Tiba di bawah, kami bergambar buat kali terakhir di kawasan sekitar dan kemudian ke kawasan parking. Oleh kerana semua dah kelaparan, saya dan Rosma keluarkan nasi goreng yang kami sediakan seorang sebekas sebelum bertolak pagi tadi..enaknya makan nasi goreng time lapar-lapar begitu di kaki gunung titlis..




Selepas makan, agenda seterusnya adalah untuk ke Lucerne yang terletak kira-kira 40 minit dengan kereta dari Engelberg.



Lucerne adalah bandar yang terkenal dengan keindahannya dan antara tempat wajib dikunjungi jika ke Switzerland. Walaupun dalam itinerary dah masukkan poskod2 untuk parking, tiba di sana parking penuh walaupun selepas buat beberapa kali pusingan dalam bandar. Rupanya pada hari tersebut ada konsert Iron Maiden. Patutlah ramai orang. Lagipun di luar hujan renyai-renyai jadi kami ambik keputusan untuk terus ke Stutgart sahaja..ambil gambar Chapel Bridge, landmark bandar Lucern pun dari dalam kereta jer. Chapel Bridge adalah jambatan kayu berbumbung yang dibina sekitar tahun 1365. Ia merentasi Tasik Luzern yang kemudiannya mengalir ke Sungai Reuss.








Malam itu kami akan bermalam di Karlsruhe, jadi kami merancang untuk singgah di Stuttgart dalam perjalanan ke sana. Lucerne ke Stuttgart mengambil masa kira-kira 3 jam. Anak-anak tidur di sepanjang perjalanan kerana masih lagi keletihan.

Sewaktu melepasi sempadan Swiss-Germany, kami terpinga-pinga tiba-tiba kereta-kereta meluncur laju, berbeza betul dengan corak pemanduan di Swiss. Barulah terperasan..owh..kita di Autobahn rupanya…lebuhraya Jerman yang tak ada speed limit. Mr. Hubby pun nampaknya lepas gian tekan pedal minyak…meninggalkan Nije jauh di belakang. Haishh…kita yang co-pilot ni pulak yang dok ‘menekan brek’. Terus hilang mengantuk dia huhu..Ok lah tu…dapat merasa pengalaman memandu di Autobahn…

Border Swiss-Germany




Kami tiba di Stuttgart lewat petang…sebagai peminat kereta (Mr Hubby dan Nash) kena lah melalui tempat kelahiran kereta Mercedes ni. Headquaters kereta-kereta hebat seperti Mercedes & Porshe berada di sini...begitu juga museum-museum mereka. Kami tak berkesempatan melawat ke tempat-tempat menarik di sini kerana kekangan waktu...ditambah pula ada construction jalanraya yang menyebabkan sat nav divert beberapa kali..sesat dalam bandar Stuttgart huhu...hari pun dah hampir gelap jadi kami teruskan pemanduan ke destinasi terakhir hari itu iaitu hotel di Karlsruhe.












Friday 17 June 2016

Europe Trip Day 3: Troyes - Thun - Lauterbrunnen - Engelberg

Hari ketiga perjalanan, kami check-out dari Ibis Budget Troyes. Di sini juga kami ambil Triple Room, layout yang sama macam Ibis Budget sebelum ni tapi biliknya lebih luas. Di bandar Troyes ni ada McArthur Glen Designer Outlets. Perancangan awal memang nak singgah ke sana before check in hari sebelumnya, tapi oleh kerana sampai di Troyes pun dah agak lewat dan hampir kesemua 'peserta' rombongan dah keletihan, makanya kami terus ke hotel. Nak pegi pagi tu pun tak jadi sebab bila check opening time, outlet mula dibuka pada pukul 10 pagi. Rugi masa pulak nak tunggu kedai buka sebab kami bakal melalui perjalanan yang panjang untuk ke Switzerland, jadi terpaksalah tangguhkan niat untuk ke outlet sebaliknya kami teruskan perjalanan menuju ke Swiss.

Di Switzerland, kami akan menginap di sebuah apartment di Engelberg. Perjalanan ke sana dari Troyes mengambil masa lebih kurang 6 jam setengah. Semasa membuat itinerary, kami merancang untuk singgah di beberapa bandar termasuk Bern, Thun dan Interlaken sebelum tiba di Engelberg. Sebenarnya Mr. Hubby ada masalah dalam memandu jarak jauh ni, sebab dia cepat mengantuk kalau terlalu fokus pada pemanduan. Tapi baik juga motorway di France ada banyak sangat R&R atau diorang panggil 'Aires'. Motorway services yang besar menyediakan stesyen minyak, cafe/restoren, tandas dan ada juga yang ada meja picnic dan playground untuk anak-anak. Kemudahan yang disediakan di setiap services dipaparkan di signboard2 sebelum sampai ke services tersebut. Contohnya kalau driver mengantuk dan perlukan coffee, cari signboard 'Aires' yang ada gambar 'cawan'. Begitu juga kalau nak berhenti makan sambil anak-anak boleh bermain, cari Aires dengan signboard yang paparkan gambar 'meja piknik' dan playground. In between motorway services yang besar ini pula ada services yang lebih kecil, anggaran setiap 25km. Services yang kecil ini pula biasanya cuma ada pam minyak, toilet & cafe dan ada juga yang cuma ada toilet & parking area untuk pemandu berhenti rehat sebentar. Again, kena tengok pada signboard kalau nak tau apa facilities yang ada. Sepanjang road-trip kami ni, cuma France yang mengenakan bayaran tol. Kami kena bayar tol sebanyak EUR22 dalam perjalanan menuju ke sempadan Switzerland.

Selepas bayar tol

Selepas beberapa kali berhenti rehat di Services, masa perjalanan pun bertambah. Kami batalkan plan ke Bern sebaliknya terus ke Thun. Bern adalah ibu negara Switzeland (bukan Zurich ye!). Mr. Hubby memandu berpandukan Tomtom yang menunjukkan arah. Entah mengapa keluar dari motorway A39 Tomtom bawa kami ke jalan-jalan kecil yang berbukit-bukau. Agak merisaukan sebab hampir sepanjang jalan hanya hutan di kiri kanan. Oleh kerana melalui jalan 'kampung', ada juga jalan yang ditutup nak kemudian kami terpaksa melalui diversion yang dicadangkan. Kami berdoa cepat-cepatlah keluar dari jalan macam ni...takut juga jadi apa-apa di tengah jalan yang sunyi macam ni. Kami bernasib baik sebab lalu ketika masih siang.  Kata Mr. Hubby, tak logik jalan utama nak masuk Switzerland macam ni!. Personally, kami memang tak recommend kepada kawan-kawan yang ada plan nak buat road-trip ikut route ni. Apatah lagi kalau ada anak-anak kecil. Kami cadangkan dari France pergi ke Geneva dahulu kemudian baru ke Bern/Thun. Biar lambat asalkan selamat...

Bila dah jumpa jalan besar semula, barulah lega perasaan kami. Kami meneruskan perjalanan ke sempadan France-Switzerland. Boleh terus masuk je tak perlu cop passport.

Sempadan France-Switzerland di Vallorbe, Switzerland

Untuk memandu di Switzerland, setiap kereta perlu membayar road tax/vignette berharga CHF40 dan perlu tampalkannya di cermin hadapan kereta. Kami beli vignette ini di stesyen minyak BP yang terletak di sebelah kiri jalan, beberapa meter daripada Border Crossing Station ini. Vignette ini valid untuk tempoh setahun. 



Dah masuk bumi Switzerland, kami terpegun dengan keindahan muka buminya. Kalau sebelum ini cuma mendengar cerita, Alhamdulillah kami diberi peluang menikmati keindahan cipataan Allah dengan mata kami sendiri. Perjalanan diteruskan hingga ke Thun.



Masuk sahaja bandar Thun, dah nampak Lake Thun mengalir cantik dengan air berwarna turqoise. MasyaAllah...cantik sangat dan teruja tengok warna air macam tu...kerana terlebih excited cepat-cepat je nak cari tempat parking walaupun kat satnav set tempat lain. Kami sepatutnya nak park berhampiran dengan castle Schloss Schadau iaitu di Seestrasse 45, tapi kat sini pun ok lah! Kebetulan ada kekosongan di car park Aare Zentrum yang terletak cuma bertentangan dengan tasik yang mengalir di tengah bandar ini. 

 suka sangat2 tengok warna air ni...



Tasik yang merentasi bandar Thun

  Ada kedai Bata


Jalan-jalan di sekitar bandar

Tengok map - Ooo...castle tu kat situ....

Plan nak ke castle kena skip, kami teruskan perjalanan. Dalam itinerary memang banyak tempat nak pegi kan...tapi kena sesuaikan dengan masa. Dalam perjalanan ternampak pula view yang cantik tepi jalan, dan ada tempat parking. Mr. Hubby ajak berhenti kejap kat situ. sebenarnya tempat parking untuk restoren Lido da Elio di tepi tasik tu, tapi kami berhenti untuk menikmati pemandangan yang indah dan of course untuk bergambar hehe.. Ini Lake Thun (Thunersee) yang besar, air dari tasik besar ni lah yang melalui bandar Thun tadi.







 Mr. Hubby & Nije



Kasi can lah!

Hari dah semakin gelap, dalam gambar tak nampak sangat air tasik yang kehijauan berlatar belakangkan gunung-ganang. Dari sana sepatutnya nak ke Interlaken dan Lake Brienz, tapi entah macam mana ter lencong ke Lauterbrunnen pulak. Pemandangan alam semulajadi sepanjang perjalanan memang memukau mata. Sungai yang mengalir, air terjun di celah-celah gunung..cantik sungguh!













Sampai kat sana hujan pulak...jadi tak dapat bergambar banyak sangat. Nak tengok puncak Jungfrau pun tak nampak.

Tiup dandelion

Keluar semula dari Lauterbrunnen, Mr. Hubby kata tak payah singgah mana-manalah sebab hari pun dah hujan..kami meneruskan perjalanan ke apartment yang dibooking di Engelberg. 

Oleh kerana bentuk muka bumi Swiss yang berbukit-bukau ni, ada banyak sangat tunnel kat sini.



Jalan macam ni pun ada...tak ingat kat mana ni..


Lagi pemandangan dalam perjalanan...



 


Kami tiba di Engelberg dah hampir Maghrib. Semua dah kepenatan dan kelaparan. anak-anak request nak makan Maggi. Bawak Maggi untuk standby tapi makanan larangan tu lah yang paling disukai. Malam tu kenduri makan Maggi...suka sangat lah diorang tu. Sebelum ni duduk hotel, bilik lain-lain dengan Nije & family. Di sini kami sewa apartment dua bilik jadi anak-anak happy sangat dapat makan dan main bersama kat ruang tamu.