Hari ketiga perjalanan, kami check-out dari Ibis Budget Troyes. Di sini juga kami ambil Triple Room, layout yang sama macam Ibis Budget sebelum ni tapi biliknya lebih luas. Di bandar Troyes ni ada McArthur Glen Designer Outlets. Perancangan awal memang nak singgah ke sana before check in hari sebelumnya, tapi oleh kerana sampai di Troyes pun dah agak lewat dan hampir kesemua 'peserta' rombongan dah keletihan, makanya kami terus ke hotel. Nak pegi pagi tu pun tak jadi sebab bila check opening time, outlet mula dibuka pada pukul 10 pagi. Rugi masa pulak nak tunggu kedai buka sebab kami bakal melalui perjalanan yang panjang untuk ke Switzerland, jadi terpaksalah tangguhkan niat untuk ke outlet sebaliknya kami teruskan perjalanan menuju ke Swiss.
Di Switzerland, kami akan menginap di sebuah apartment di Engelberg. Perjalanan ke sana dari Troyes mengambil masa lebih kurang 6 jam setengah. Semasa membuat itinerary, kami merancang untuk singgah di beberapa bandar termasuk Bern, Thun dan Interlaken sebelum tiba di Engelberg. Sebenarnya Mr. Hubby ada masalah dalam memandu jarak jauh ni, sebab dia cepat mengantuk kalau terlalu fokus pada pemanduan. Tapi baik juga motorway di France ada banyak sangat R&R atau diorang panggil 'Aires'. Motorway services yang besar menyediakan stesyen minyak, cafe/restoren, tandas dan ada juga yang ada meja picnic dan playground untuk anak-anak. Kemudahan yang disediakan di setiap services dipaparkan di signboard2 sebelum sampai ke services tersebut. Contohnya kalau driver mengantuk dan perlukan coffee, cari signboard 'Aires' yang ada gambar 'cawan'. Begitu juga kalau nak berhenti makan sambil anak-anak boleh bermain, cari Aires dengan signboard yang paparkan gambar 'meja piknik' dan playground. In between motorway services yang besar ini pula ada services yang lebih kecil, anggaran setiap 25km. Services yang kecil ini pula biasanya cuma ada pam minyak, toilet & cafe dan ada juga yang cuma ada toilet & parking area untuk pemandu berhenti rehat sebentar. Again, kena tengok pada signboard kalau nak tau apa facilities yang ada. Sepanjang road-trip kami ni, cuma France yang mengenakan bayaran tol. Kami kena bayar tol sebanyak EUR22 dalam perjalanan menuju ke sempadan Switzerland.

Selepas bayar tol
Selepas beberapa kali berhenti rehat di Services, masa perjalanan pun bertambah. Kami batalkan plan ke Bern sebaliknya terus ke Thun. Bern adalah ibu negara Switzeland (bukan Zurich ye!). Mr. Hubby memandu berpandukan Tomtom yang menunjukkan arah. Entah mengapa keluar dari motorway A39 Tomtom bawa kami ke jalan-jalan kecil yang berbukit-bukau. Agak merisaukan sebab hampir sepanjang jalan hanya hutan di kiri kanan. Oleh kerana melalui jalan 'kampung', ada juga jalan yang ditutup nak kemudian kami terpaksa melalui diversion yang dicadangkan. Kami berdoa cepat-cepatlah keluar dari jalan macam ni...takut juga jadi apa-apa di tengah jalan yang sunyi macam ni. Kami bernasib baik sebab lalu ketika masih siang. Kata Mr. Hubby, tak logik jalan utama nak masuk Switzerland macam ni!. Personally, kami memang tak recommend kepada kawan-kawan yang ada plan nak buat road-trip ikut route ni. Apatah lagi kalau ada anak-anak kecil. Kami cadangkan dari France pergi ke Geneva dahulu kemudian baru ke Bern/Thun. Biar lambat asalkan selamat...
Bila dah jumpa jalan besar semula, barulah lega perasaan kami. Kami meneruskan perjalanan ke sempadan France-Switzerland. Boleh terus masuk je tak perlu cop passport.
Sempadan France-Switzerland di Vallorbe, Switzerland
Untuk memandu di Switzerland, setiap kereta perlu membayar road tax/vignette berharga CHF40 dan perlu tampalkannya di cermin hadapan kereta. Kami beli vignette ini di stesyen minyak BP yang terletak di sebelah kiri jalan, beberapa meter daripada Border Crossing Station ini. Vignette ini valid untuk tempoh setahun.
Dah masuk bumi Switzerland, kami terpegun dengan keindahan muka buminya. Kalau sebelum ini cuma mendengar cerita, Alhamdulillah kami diberi peluang menikmati keindahan cipataan Allah dengan mata kami sendiri. Perjalanan diteruskan hingga ke Thun.
Masuk sahaja bandar Thun, dah nampak Lake Thun mengalir cantik dengan air berwarna turqoise. MasyaAllah...cantik sangat dan teruja tengok warna air macam tu...kerana terlebih excited cepat-cepat je nak cari tempat parking walaupun kat satnav set tempat lain. Kami sepatutnya nak park berhampiran dengan castle Schloss Schadau iaitu di Seestrasse 45, tapi kat sini pun ok lah! Kebetulan ada kekosongan di car park Aare Zentrum yang terletak cuma bertentangan dengan tasik yang mengalir di tengah bandar ini.
suka sangat2 tengok warna air ni...
Tasik yang merentasi bandar Thun
Tengok map - Ooo...castle tu kat situ....
Plan nak ke castle kena skip, kami teruskan perjalanan. Dalam itinerary memang banyak tempat nak pegi kan...tapi kena sesuaikan dengan masa. Dalam perjalanan ternampak pula view yang cantik tepi jalan, dan ada tempat parking. Mr. Hubby ajak berhenti kejap kat situ. sebenarnya tempat parking untuk restoren Lido da Elio di tepi tasik tu, tapi kami berhenti untuk menikmati pemandangan yang indah dan of course untuk bergambar hehe.. Ini Lake Thun (Thunersee) yang besar, air dari tasik besar ni lah yang melalui bandar Thun tadi.
Mr. Hubby & Nije
Kasi can lah!
Hari dah semakin gelap, dalam gambar tak nampak sangat air tasik yang kehijauan berlatar belakangkan gunung-ganang. Dari sana sepatutnya nak ke Interlaken dan Lake Brienz, tapi entah macam mana ter lencong ke Lauterbrunnen pulak. Pemandangan alam semulajadi sepanjang perjalanan memang memukau mata. Sungai yang mengalir, air terjun di celah-celah gunung..cantik sungguh!
Sampai kat sana hujan pulak...jadi tak dapat bergambar banyak sangat. Nak tengok puncak Jungfrau pun tak nampak.
Tiup dandelion
Keluar semula dari Lauterbrunnen, Mr. Hubby kata tak payah singgah mana-manalah sebab hari pun dah hujan..kami meneruskan perjalanan ke apartment yang dibooking di Engelberg.
Oleh kerana bentuk muka bumi Swiss yang berbukit-bukau ni, ada banyak sangat tunnel kat sini.
Jalan macam ni pun ada...tak ingat kat mana ni..
Lagi pemandangan dalam perjalanan...
Kami tiba di Engelberg dah hampir Maghrib. Semua dah kepenatan dan kelaparan. anak-anak request nak makan Maggi. Bawak Maggi untuk standby tapi makanan larangan tu lah yang paling disukai. Malam tu kenduri makan Maggi...suka sangat lah diorang tu. Sebelum ni duduk hotel, bilik lain-lain dengan Nije & family. Di sini kami sewa apartment dua bilik jadi anak-anak happy sangat dapat makan dan main bersama kat ruang tamu.
No comments:
Post a Comment