Wednesday 13 January 2016

Shopping Boxing Day di Bicester Village

Throwback Boxing Day 26 Disember 2015.

Memandangkan ini kali terakhir nak 'berboxing day' jadi kami gigih ke Bicester Village (BV) walaupun tahu mesti pengunjung tersangat ramai pada hari tersebut. Tahun-tahun sebelum ni kami ke outlet lain sebab Mr. Hubby memang tak boleh tahan kalau jalan jem dan susah dapat parking. Itu situasi yang digambarkan oleh kawan-kawan pada hari boxing day di BV. Awal-awal lagi kami booked bilik di Travelodge berhampiran, lebih kurang 10 minit perjalanan ke BV. Book juga bilik untuk kawan saya Shimah yang akan pergi bersama-sama kami.

Petang 25/12 kami dah bertolak ke Bicester dan bermalam kat sana. Pagi tu bangun awal buat tuna sandwich untuk bekal. Sebenarnya ada bawa nasi tapi bangun awal pagi semua tak selera nak makan. Macam nak sahur pulak. So sarapan minum teh/kopi je. Tunggu Subuh masuk jam 6.06am then terus bersiap-siap dan check-out. Ada kawan yang sampai BV lebih awal bagi laporan pengunjung dah mula sampai tapi parking masih banyak.

Kami tiba di BV kurang 10 minit pukul 7.00 pagi. Itupun dah mula jem bila hampir sampai di roundabout nak ke BV. Kalau sampai lambat sikit dah tentu lebih panjang jemnya. Polis trafik yang menjaga lalulintas divert kami untuk park di area Tesco. Mulanya agak frust sebab ingatkan jauh nak berjalan kaki ke BV, rupanya ada short-cut. Jalan kaki sikit jer dah masuk ke BV yang kat di penghujungnya ada Prada. Kebetulan masih bercuti Krismas jadi Tesco tutup pada hari tersebut dan parkingnya digunakan untuk pengunjung2 BV yang ramai tuu...

Jalan dah start jem

Pada hari tersebut semua outlet mula di buka jam 7 pagi. Waktu kami sampai masih gelap lagi tapi orang dah mula beratur di outlet Prada dan beberapa outlet lain. Join beratur jugak nak tengok manalah tahu ada offer yang menarik. Kiranya badge pertama jugak lah yang masuk haha...tapi harga macam sama jer dengan harga yang ditengok sebelum-sebelum ni...

Waktu mula sampai

Keluar dari situ pengunjung makin ramai. Oleh kerana datang awal dapatlah masuk ke beberapa outlet yang memang dah 'aim' sebelum ni. Nak masuk satu-satu rasanya tak mampu sebab ramai sangat orang. Kalau nak datang untuk boxing day kena dah target nak masuk kedai mana. Outlet Polo Ralph Lauren baik Mens/Women/Children semuanya beratur yang sangat panjang tak kuasa nak beratur sama. Outlet lain macam Kate Spade (murah agaknya tapi tak sempat masuk), Burberry, Coach, Hackett, Ted Baker, Pandora pun orang dok beratur juga tapi tak la sepanjang queue kat kedai Polo.


The crowd

Dapatlah beberapa hasil tangkapan pada hari tu termasuk hadiah anniversary dari Mr. Hubby. Terima kasih yang tak terhingga....Shimah pun happy sangat dapat beli beg idaman hati. Juga belikan backpack Cath Kidston untuk Mia dan kasut Clarks untuk Nash ganjaran temankan mama dan papa menyopping hari ni haha...Yang bestnya Shimah ada jadi kami pun tumpang claim VAT sekali. Swiss tak termasuk EU countries so dia boleh claim lah.


 Kenangan dengan Shimah di BV

Nasib baik bawak bekal. Cafe/stall dah la tak banyak kat sana dahtu sah-sah la ramai yang menunggu. Nash dan Mia dah lapar sangat jadi cari je spot untuk buka bekal dan bagi diorang makan untuk alas perut.

Dah habis round satu BV kami balik semula ke Coventry...




Nash Dah 8 Tahun

Alhamdulillah usia Nash meningkat setahun lagi hari ni. Di sini Nash berada di Year 3 sebab lahir di awal tahun.

Semalam sewaktu Mama tanya Nash nak mama buat kek apa untuk birthday Nash esok?. Dia jawab "Nash tak kisah kalau takde kek pun. Nash tak nak mama letih buat kek untuk Nash"...Alahai, jawapan Nash buat hati mama jadi cair. Nash memang budak baik...kadang-kadang bila nak minum horlick/milo pun dia buat sendiri jer sebab katanya tak nak susahkan mama..haha..

Malam tadi ajak Mr. Hubby ke Tesco kononnya nak beli bahan-bahan buat kek..Tapi akhirnya beli je kek Star Wars di rak sebab Nash suka Star Wars...jadi pagi ni makan kek tu je lah untuk celebrate birthday Nash.








Happy Birthday Nash. Mama dan papa doakan Nash jadi anak yang soleh, tak tinggalkan solat dan sentiasa usaha untuk jadi yang terbaik.


Monday 11 January 2016

Tetamu Istimewa dari Swiss

24 Disember 2015 tetamu istimewa datang ke rumah. Dia ialah sahabat saya semasa belajar di UM dan sekarang dia buat subspecialty di Zurich Hospital, Switzerland. Cuti panjang ni dia ambik kesempatan untuk datang melawat saya sekeluarga..

Saya kenal Shimah sejak di asasi sains lagi, kira-kira 20 tahun dulu. Lama tu...Kami ditempatkan di kolej yang sama iaitu Kolej Kediaman Kedua. Tapi tak la rapat sangat sekadar bertegur-sapa bila jumpa di dewan makan atau di pusat asasi. Setahun kemudian kami sama-sama diterima belajar di fakulti perubatan dan mula rapat bersama tujuh lagi kawan yang lain - geng United 9:)..Semasa di tahun tiga pengajian iaitu praktikal setahun di Hospital Klang saya dan Shimah dapat group yang sama...tu yang lagi rapat. Antara kami bersembilan, cuma Shimah je yang ada motosikal, jadi kalau ada hal2 emergency memang khidmat dia diperlukan. Saya masih ingat dia yang hantar saya dgn motosikalnya ke klinik kesihatan mahasiswa kerana disyaki demam denggi - lepas tu masuk wad selama beberapa hari di PPUM. Shimah juga yang ada komputer di bilik. Jadi masa musim demam hindustan Dil To Pagal Hai dan Dilwale dan citer2 lain  komputer dia yang jadi sasaran kami untuk menonton CD. Termasuklah tengok CD cetak rompak Siti Nurhaliza haha..Duduklah kami berlonggok kat bilik dia tu. Banyak lagi kenangan2 pahit manis zaman remaja di uni..

Gambar lama dinner lepas graduasi, tahun 2001 - dengan Prof Choon pensyarah Orthopedic

Bila dah graduate dan start kerja, dah jarang sangat berjumpa. Shimah berasal dari Kuching jadi dia buat housemanship di Hospital Kuching. Antara badge kami dia antara yang cepat sambung belajar. Dia buat Masters in Surgery di HUKM  dan sekarang dah jadi surgeon di Hosp Sungai Buloh. Dia di Swiss sejak June 2015 hingga penghujung Mac 2016.

Shimah tiba di Birm Airport hari Khamis pukul 8.30pagi. Kami tunggu ketibaan dia kat sana.

Layan Costa sementara tunggu Auntie Shimah keluar

Happy sangat dapat jumpa Shimah setelah sekian lama...sebelum tu dah prepare nasi dagang+gulai ayam+acar dan tiramisu untuk sarapan tetamu istimewa saya ni..

Ceria jer walaupun kena bangun awal pagi ambik flight ke sini.

Sebelum dia datang saya terfikir-fikir apa yang special nak masak untuk Shimah..yang saya ingat dia memang tak boleh makan laksa penang..tak boleh masuk tekak katanya...Rupanya memang tepat saya pilih menu nasi dagang sebab dia dah rindu sangat kat nasi dagang yang dia slalu beli kat Hosp Sungai Buloh tu..Berulang-ulang dia makan...dinner saya masak mende lain pun dia still nak nasi dagang jugak..Di swiss lebih susah untuk dapat makanan halal..

Yang hitam tu sambal hitam Shimah bawak khas dari Msia

Kebetulan 24 Disember ialah wedding anniversary saya & Mr. Hubby yang ke 14. Shimah bagi surprise dari Swiss..Coklat berbentuk love yang sangat cantik sampai sayang nak makan....Tima kasih sahabat!!


Oleh kerana esok tu dah hari Krismas, semua kedai tutup dan public transport pun tak beroperasi, so petang tu bawa Shimah jalan-jalan ke Bull Ring Shopping Centre, Birmingham...




The Bullring Bull - selalunya tak berbaju, nak 'raya' ni pakai baju pulak


Kamceng betul Mia dengan Auntie Shimah



Musim winter ni sekejap je dah gelap. So dah tak best nak jalan-jalan. Sebelum sampai di rumah singgah makan di Aladdin, restoren Turki di Coventry.


Starter...roti yang lembutt sangat dan semestinya sedap!

Bila sampai main dishes terus lupa nak ambik gambar sebab tak sabar nak melantak haha...

Saturday 9 January 2016

Jalan-jalan Sabtu di Birmingham

Hari ni Mr. Hubby ajak jalan-jalan ke Birmingham. Mood winter sale lagi haha...

Mula-mula ke One-Stop Shopping Centre di Perry Barr. Ada kawan bagitau kat sana ada Clarks Factory Outlet. Saje nak tengok-tengok kalau ada good deals boleh 'buat pelaburan' sikit.







Basically lebih kurang macam retail park yang lain kat UK ni. Harga Clarks di Factory Outlet tu pun tak berapa menarik minat kami mungkin sebab Clarks tengah buat online sale up to 60% sekarang. Dah beli sikit-sikit stok kasut persediaan untuk naik kerja nanti...

Birmingham City University di seberang jalan.

Dari situ kami ke Boundary Mill Store. Sebelum ni pernah dengar kawan-kawan sebut tapi tak pernah sampai. Sebelum balik for good kena datang 'lapor diri'..dalam perjalanan singgah solat di Masjid Zia-e-Madinah, Walsall. Dari luar nampak masjid ni biasa-biasa jer, tapi kat dalam sangat cantik!



Tempat ambil wuduk


Dewan solat lelaki. Untuk muslimah di tingkat atas.

Kopiah disediakan

Kemudian terus ke Boundary Mill Stores. Dalam UK ni ada lima cawangan Boundary Mill dan salah satunya yang di Walsall ni. Kalau lalu M6 Motorway ke arah utara boleh nampak di tepi highway. Kami tertarik kat sana kerana katanya ada sale up to 70%...

Masa sampai tu ramai betul orang sampai parking penuh dan nak kena tunggu orang keluar. Hampir-hampir give up dah nak balik, finally dapat jugak parking. 



Kat dalam memang penuh orang. Pusing-pusing tengok apa yang menarik. Boundary Mills ni salah satu stores yang jual berbagai branded items at discounted price. Womenswear, menswear, bags, home accessories dan macam-macam lagilah. Beg Radley banyak juga kat sini..harga ok jugak lah ada banyak juga yang kurang dari £100. Portmeirion pun ada tapi harga mahal sket dari harga factory store di Stoke. 

On the way nak balik tersinggah pulak di Astle Retail Park, West Brom..ni salah satu tempat favourite Mr. Hubby sebab ada Nike Clearance. Kalau kena timing memang dapat harga yang sangat murah. Contohnya hari ni children boots ada offer less 70% from marked price (harga clearance). Kasut yang harga £15 jadi £4.50 je!Murah ok...Boleh buat rasa bersalah kalau tak beli..


Wednesday 6 January 2016

Award Akhir Tahun 2015

Hari ni 5 Januari 2016 hari pertama anak-anak bersekolah di tahun baru setelah bercuti winter break selama dua minggu. Rumah kembali sepi tinggal Mama sorang-sorang. Semasa hari terakhir winter term sebelum bercuti, sekolah adakan Recognition Assembly. Ibu bapa dijemput untuk hadir sama. Oleh kerana saya ada hal lain, tak dapat hadir pada hari tersebut. Semasa perhimpunan ni, murid-murid yang terpilih diberikan 'award' sebagai salah satu cara untuk meraikan pencapaian mereka dan juga memberi motivasi kepada rakan-rakan yang lain.

Semasa Recognition Assembly Aiman dilantik menjadi Sports Captain sekolah dan diberikan badge. Alhamdulillah Aiman diberikan bakat dalam bidang sukan. Selain bolasepak, dia ada wakili sekolah dalam beberapa sukan lain termasuk hoki dan running. Ikut kata Aiman semasa dia dipanggil oleh Head Teacher, Mrs. Ward Aiman ke biliknya Mrs Ward dilantik sebab selain aktif bersukan, Aiman juga mengekalkan disiplin dan akhlak yang baik semasa dalam bas ke tempat perlawanan dan juga semasa di padang. Jadi Aiman kena ambil tanggungjawab untuk sentiasa jaga tingkah laku kerana dah diberi kepercayaan oleh cikgu.

Badge Sports Captain sekolah

Nash pula dapat award untuk 100% attendance sepanjang term lepas. Dapat ice-skating pass percuma untuk dua orang. Nash memang aim untuk dapatkan ice-skating pass ni. Kalau ada tak sihat sikit-sikit Nash tetap nak pegi sekolah sebab tak nak rosakkan rekod kedatangan dia.



Mia dapat award untuk 'Respect' iaitu salah satu daripada 'values' yang ditekankan di Templars Primary School.



Di secondary school tiada parent assembly tapi head teacher menghantar post card bagi meraikan pencapaian pelajar. Bulan Disember Along dapat dua poskad.



Kurang satu tahun je lagi tempoh bermukim di bumi ratu. Saya selalu ingatkan anak-anak untuk dapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di sini. Mudah-mudahan Along, Aiman, Nash dan Mia lebih cemerlang di tahun 2016.  .

Monday 4 January 2016

Usrah MCS - Yakin & Tawakal

Alhamdulillah hari ini dah hari ke empat di tahun baru 2016. Di fb kawan-kawan berkongsi wajah riang anak-anak ke sekolah. Mudah-mudahan tahun baru ini membawa lebih kegembiraan dan lebih cemerlang buat kita semua.

Sebagai post pembukaan tahun baru, saya ingin berkongsi isi usrah yang kami hadiri di sini. Atas inisiatif beberapa rakan, kami telah mengadakan beberapa siri usrah untuk kaum wanita MCS. Kami telah membincangkan beberapa bab dari Kitab Riyadhus Salihin karangan Imam Nawawi.

Usrah lepas saya diberi tugas untuk membincangkan Bab 7 Kitab Riyadus Salihin yang menerangkan tentang konsep Yakin & Tawakal. Selepas usrah, penyampai perlu membuat rumusan dan berkongsi di group whatsapp kami  (Ladies Kekopi). Saya panjangkan perkongsian di sini - semoga bermanfaat.

Bab 7 - Yakin & Tawakal

1. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan tawakal dengan orang-orang yang beriman. Ini menunjukkan tawakal merupakan perkara yang amat agung, yang dimiliki hanya oleh org2 mukmin.
2. Hakikat tawakal ialah hati yang benar2 ikhlas bergantung kepada Allah dan terus mengingati keagungan & kekuasaanNya.
3. Tawakal bukanlah pasrah tanpa berusaha sebaliknya mesti disertai dengan usaha/ikhtiar yg bersungguh-sungguh.
4. Rasulullah s.a.w telah memberikan beberapa contoh tawakal yang disertai dengan usaha:
i) Rasulullah tidak bersetuju dgn sahabatnya yg meninggalkan unta dan bertawakal kpd Allah semata-mata. Sebaliknya Rasulullah menasihatkan sahabatnya itu supaya mengikat dahulu unta tersebut dan kemudian baru bertawakal.
ii) Sabda Rasulullullah s.a.w "Allah akan berikan rezeki sebagaimana burung mendapatkn rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali ke sarang pada petangnya dalam keadaan kenyang."
5)Rasulullah s.a.w telah dipertontonkan seramai 70,000 umatnya memasuki syurga tanpa dihisab dan tidak terkena siksa iaitu org2 yang sangat bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan langsung tidak mempercayai jampi mentera atau perkara khurafat.
6)Kadangkala apa yg dirancangkan tidak selari dengan perancangan Allah. Maka kita hendaklah ikhlas & redha menerima apa yg berlaku dgn rendah hati dan sedar tentang kebijaksanaan Allah yg mengetahui apa yang terbaik utk kita.

Pengajaran:

1) Tawakal adalah penyerahan diri kpd Allah setelah habis berusaha & berikhtiar.
2) Salah satu hikmah tawakal ialah dicukupkan rezeki oleh Allah S.W.T dan merasakan ketenangan.
"Dan barangsiapa yg bertawakal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" (Surah At-Thalaq ayat 3)
3) Sama2 kita amalkan ayat "Hasbunallah Wani'malwakil" (cukuplah Allah penolong kami & Allah adalah sebaik-baik pelindung)
** ayat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim as ketika dicampakkan ke dalam api dan juga dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika diprovokasi oleh org kafir supaya takut kepada mereka.