Monday, 4 January 2016

Usrah MCS - Yakin & Tawakal

Alhamdulillah hari ini dah hari ke empat di tahun baru 2016. Di fb kawan-kawan berkongsi wajah riang anak-anak ke sekolah. Mudah-mudahan tahun baru ini membawa lebih kegembiraan dan lebih cemerlang buat kita semua.

Sebagai post pembukaan tahun baru, saya ingin berkongsi isi usrah yang kami hadiri di sini. Atas inisiatif beberapa rakan, kami telah mengadakan beberapa siri usrah untuk kaum wanita MCS. Kami telah membincangkan beberapa bab dari Kitab Riyadhus Salihin karangan Imam Nawawi.

Usrah lepas saya diberi tugas untuk membincangkan Bab 7 Kitab Riyadus Salihin yang menerangkan tentang konsep Yakin & Tawakal. Selepas usrah, penyampai perlu membuat rumusan dan berkongsi di group whatsapp kami  (Ladies Kekopi). Saya panjangkan perkongsian di sini - semoga bermanfaat.

Bab 7 - Yakin & Tawakal

1. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan tawakal dengan orang-orang yang beriman. Ini menunjukkan tawakal merupakan perkara yang amat agung, yang dimiliki hanya oleh org2 mukmin.
2. Hakikat tawakal ialah hati yang benar2 ikhlas bergantung kepada Allah dan terus mengingati keagungan & kekuasaanNya.
3. Tawakal bukanlah pasrah tanpa berusaha sebaliknya mesti disertai dengan usaha/ikhtiar yg bersungguh-sungguh.
4. Rasulullah s.a.w telah memberikan beberapa contoh tawakal yang disertai dengan usaha:
i) Rasulullah tidak bersetuju dgn sahabatnya yg meninggalkan unta dan bertawakal kpd Allah semata-mata. Sebaliknya Rasulullah menasihatkan sahabatnya itu supaya mengikat dahulu unta tersebut dan kemudian baru bertawakal.
ii) Sabda Rasulullullah s.a.w "Allah akan berikan rezeki sebagaimana burung mendapatkn rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali ke sarang pada petangnya dalam keadaan kenyang."
5)Rasulullah s.a.w telah dipertontonkan seramai 70,000 umatnya memasuki syurga tanpa dihisab dan tidak terkena siksa iaitu org2 yang sangat bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan langsung tidak mempercayai jampi mentera atau perkara khurafat.
6)Kadangkala apa yg dirancangkan tidak selari dengan perancangan Allah. Maka kita hendaklah ikhlas & redha menerima apa yg berlaku dgn rendah hati dan sedar tentang kebijaksanaan Allah yg mengetahui apa yang terbaik utk kita.

Pengajaran:

1) Tawakal adalah penyerahan diri kpd Allah setelah habis berusaha & berikhtiar.
2) Salah satu hikmah tawakal ialah dicukupkan rezeki oleh Allah S.W.T dan merasakan ketenangan.
"Dan barangsiapa yg bertawakal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" (Surah At-Thalaq ayat 3)
3) Sama2 kita amalkan ayat "Hasbunallah Wani'malwakil" (cukuplah Allah penolong kami & Allah adalah sebaik-baik pelindung)
** ayat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim as ketika dicampakkan ke dalam api dan juga dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika diprovokasi oleh org kafir supaya takut kepada mereka.

No comments:

Post a Comment