Saya kenal Shimah sejak di asasi sains lagi, kira-kira 20 tahun dulu. Lama tu...Kami ditempatkan di kolej yang sama iaitu Kolej Kediaman Kedua. Tapi tak la rapat sangat sekadar bertegur-sapa bila jumpa di dewan makan atau di pusat asasi. Setahun kemudian kami sama-sama diterima belajar di fakulti perubatan dan mula rapat bersama tujuh lagi kawan yang lain - geng United 9:)..Semasa di tahun tiga pengajian iaitu praktikal setahun di Hospital Klang saya dan Shimah dapat group yang sama...tu yang lagi rapat. Antara kami bersembilan, cuma Shimah je yang ada motosikal, jadi kalau ada hal2 emergency memang khidmat dia diperlukan. Saya masih ingat dia yang hantar saya dgn motosikalnya ke klinik kesihatan mahasiswa kerana disyaki demam denggi - lepas tu masuk wad selama beberapa hari di PPUM. Shimah juga yang ada komputer di bilik. Jadi masa musim demam hindustan Dil To Pagal Hai dan Dilwale dan citer2 lain komputer dia yang jadi sasaran kami untuk menonton CD. Termasuklah tengok CD cetak rompak Siti Nurhaliza haha..Duduklah kami berlonggok kat bilik dia tu. Banyak lagi kenangan2 pahit manis zaman remaja di uni..
Gambar lama dinner lepas graduasi, tahun 2001 - dengan Prof Choon pensyarah Orthopedic
Bila dah graduate dan start kerja, dah jarang sangat berjumpa. Shimah berasal dari Kuching jadi dia buat housemanship di Hospital Kuching. Antara badge kami dia antara yang cepat sambung belajar. Dia buat Masters in Surgery di HUKM dan sekarang dah jadi surgeon di Hosp Sungai Buloh. Dia di Swiss sejak June 2015 hingga penghujung Mac 2016.
Shimah tiba di Birm Airport hari Khamis pukul 8.30pagi. Kami tunggu ketibaan dia kat sana.
Layan Costa sementara tunggu Auntie Shimah keluar
Happy sangat dapat jumpa Shimah setelah sekian lama...sebelum tu dah prepare nasi dagang+gulai ayam+acar dan tiramisu untuk sarapan tetamu istimewa saya ni..
Ceria jer walaupun kena bangun awal pagi ambik flight ke sini.
Sebelum dia datang saya terfikir-fikir apa yang special nak masak untuk Shimah..yang saya ingat dia memang tak boleh makan laksa penang..tak boleh masuk tekak katanya...Rupanya memang tepat saya pilih menu nasi dagang sebab dia dah rindu sangat kat nasi dagang yang dia slalu beli kat Hosp Sungai Buloh tu..Berulang-ulang dia makan...dinner saya masak mende lain pun dia still nak nasi dagang jugak..Di swiss lebih susah untuk dapat makanan halal..
Yang hitam tu sambal hitam Shimah bawak khas dari Msia
Kebetulan 24 Disember ialah wedding anniversary saya & Mr. Hubby yang ke 14. Shimah bagi surprise dari Swiss..Coklat berbentuk love yang sangat cantik sampai sayang nak makan....Tima kasih sahabat!!
Oleh kerana esok tu dah hari Krismas, semua kedai tutup dan public transport pun tak beroperasi, so petang tu bawa Shimah jalan-jalan ke Bull Ring Shopping Centre, Birmingham...
The Bullring Bull - selalunya tak berbaju, nak 'raya' ni pakai baju pulak
Kamceng betul Mia dengan Auntie Shimah
Musim winter ni sekejap je dah gelap. So dah tak best nak jalan-jalan. Sebelum sampai di rumah singgah makan di Aladdin, restoren Turki di Coventry.
Starter...roti yang lembutt sangat dan semestinya sedap!
Bila sampai main dishes terus lupa nak ambik gambar sebab tak sabar nak melantak haha...
No comments:
Post a Comment