Thursday 23 April 2015

Rhymetime @Tile Hill Library

Bila sunyi dok kat rumah sorang-sorang ni teringat hari Khamis semasa Easter Break yang lalu saya dan Mia ke Rhymetime Session di Tile Hill Library yang teletak berdekatan dengan rumah. Rhymetime memang diadakan di situ pada setiap hari Khamis jam 11.00 pagi hingga 11.30 pagi sepanjang tahun secara percuma. Dah lama teringin nak bawa Mia tapi cuma waktu cuti sekolah je lah boleh join.

Tile Hill Library, Jardine Crescent

Kami jalan kaki je dari rumah sambil menikmati cahaya matahari di musim spring ni. Seronok dapat lihat daun-daun yang mula merimbun dan bunga yang mula mekar di sepanjang kejiranan kami. Along pun nak ikut pegi library tapi dia pergi dengan basikal. Tinggal kami bertiga je sebab Aiman dan Danish join kelas football masa cuti ni.

 Cherry blossom di rumah Mr. Franco, jiran kami

 poppy flowers

 Sambil berjalan sambil berhenti ambik gambar

blue bell flowers

Semasa kami sampai dah ramai parents dan anak masing-masing kat situ. Cute2 jer anak-anak mat salleh ni...Sesi ni dijalankan oleh salah seorang staff library. Dia ajak kanak-kanak menyanyi nursery rhymes sambil buat aktiviti-aktiviti bersesuaian dengan lagu. Ada lebih kurang 10 lagu jugak yang diorang nyanyi sama-sama...Mia biasalah, mula2 malu dah 'panas enjin' baru nyanyi kuat sikit dan join pergerakan.


 nyanyi sambil main tamborine


lagu five little monkeys umping on the bed

Sesi santai sambil lepak-lepak atas karpet. Yang duduk kat sebelah kami tu twin baby, dua-dua comel sangat2...sesi untuk bayi hingga yang berumur 5 tahun.. Kebanyakan yang join ni memang baby2 lagi, Mia yang paling besar kot hehe...

Selain Rhymetime, banyak lagi aktiviti lain di library ni untuk pelbagai peringkat umur

Lepas habis setengah jam sesi tersebut kami join Along yang sedang baca buku kat ruang bacaan. Along nak daftar jadi ahli sebab nak pinjam buku. Saya register untuk Mia sekali. Pendaftaran kanak-kanak senang jer, tak perlukan dokumen apa-apa cuma isi borang je. Saya nak daftar untuk nama saya juga tapi nak kena bagi bil utiliti la pulak untuk proof of address. Nak kena datang lain kali lah nampaknya.



library cards, dapat free bookmark

Masa nak balik sempat lagi singgah di playground kat tepi library tu..Mia memang tak boleh nampak playground!Nasib baik ada Along boleh la tolong layan adik kesayangan dia tu....











Saturday 18 April 2015

London lagi - Malaysian High Commission & Hyde Park

Esok hari terakhir Easter Break 2015 selama dua minggu. Cuti kali ni kami tak plan nak ke mana-mana sebab dah terbook caravan di South Wales pertengahan bulan Mei nanti.

Tapi disebabkan kami terima dokumen dari lawyer di Malaysia yang perlu ditandatangani di Malaysian High Commission untuk 'witnessing', jadi terpaksa lah kami ke London pada hari Isnin lepas, 13/4/2015. First time ke Malaysian High Comm (MHC), biasanya ke Malaysian Hall jer untuk makan2 dan solat di sana. Kalau tak kerana hal macam ni, mungkin kami tak sampai ke sini. MHC ni terletak di 45 Belgrave Square, Westminster, London SW1X 8QT iaitu berdekatan dengan Hyde Park dan Buckingham Palace. Di sekitar kawasan ni, memang banyak pejabat-pejabat High Comm. negara lain. Di MHC ni tempat rakyat Malaysia yang menetap di UK membuat urusan-urusan seperti passport renewal, daftar kelahiran anak, daftar perkahwinan, pengesahan dokumen-dokumen dan sebagainya.

Memandangkan MHC terletak di Zone 1, kami menjangkakan kawasan tersebut susah nak dapat parking. Kalau ada pun, mesti kena bayar caj parking yang mahal. Lagipun nak masuk ke Zone 1 kena bayar Congestion Charge pada hari bekerja iaitu sebanyak GBP11.50 sehari. Sebagai alternatif, kami pilih untuk parking di Westfield Shopping Centre di Shepherds Bush. Rate parking kat situ agak berpatutan, iaitu GBP6.50 bagi 2jam-24jam. Kira ok lah untuk rate di London.

Kami bertolak dari Coventry lebih kurang jam 7 pagi. Tiba di Westfield pukul 9.30pagi. Ingatkan pagi-pagi macam tu jalan jammed, tapi mungkin sebab cuti sekolah jalan agak smooth. Oleh kerana sampai awal lagi parking space pun banyak. Kami keluar dari Westfield, cari kedai kat tepi jalan untuk topup Oyster Card, dan ambil bas no. 148 dari bus stop yang berdekatan. Kami berhenti di bus stop Hyde Park Corner (F). Sebelum ni dah pernah naik bas ni dua kali untuk ke Buckingham Palace dan berhenti di tempat yang sama, jadi tak lah risau sangat. Dari situ kami berjalan kaki ke MHC. Dekat je.

  Westfield Shopping Centre 

Kat sebelah Westfield ada Shepherds Bush Library

Sampai di MHC, kami turun ke basement. Tempat berurusan terletak di basement. Ada cafe kecil juga di situ yang menjual makanan-makanan Malaysia yang pastinya halal.


 Rasa macam nak panjat betulkan bendera tu 

Turun tangga kat sebelah ni untuk ke basement

Kami masuk dulu ke dalam untuk ambil no. giliran di kaunter. Saya nampak kebanyakan yang kat dalam bilik tu datang untuk urusan passport. Mesin fotokopi (self service) turut disediakan berhampiran kaunter untuk sesiapa yang perlu fotostat dokumen. Satu page 20 pence.

Bila no giliran dipanggil, masuk ke satu lagi bilik di dalam. Dokumen kami adalah loan agreement pembelian rumah. Beli apartment je. Lawyer minta kami tanda tangan di hadapan konsulat sebagai saksi. Perlu bawa passport dan kad pengenalan sebagai bukti pengenalan diri. Juga satu salinan kad pengenalan, yang akan disahkan juga oleh konsulat nanti. Mr. Hubby tandatangan semua dokumen di hadapan pegawai yang bertugas di kaunter. Staf kat sini baik-baik jer dan nampak semua very friendly and helpful. Setiap satu dokumen yang perlu tandatangan konsular dicaj GBP2 (di website tulis GBP3). Banyak juga dokumen yang Mr. Hubby kena sign. Total kena bayar GBP76. bila semua Mr. Hubby dah sign, dan dah buat bayaran dokumen kena tinggal kat sana untuk konsulat pula sign. Kami kena datang collect pukul 3.30pm nanti.

Dokumen yang nak kena sign

Ada masa empat jam nak tunggu dokumen siap. Kami cadang nak ke Hyde Park. Walaupun dah bawak bekal nasi goreng dan sandwich tuna, tapi anak-anak ni pantang nampak yang orang jual. Diorang teringin pulak dengan bihun goreng kat cafe MHC tu. Satu bekas GBP3. Selain bihun ada juga nasi lemak (GBP3.50), mee goreng dan kuih muih seperti karipap, keria..apa lagi ye?tak ingat dah huhu...

Sementara anak-anak dok makan mihun kat dalam tu, Mr. Hubby dok berbual dengan seorang Chinese man dari Manchester. Dia asal dari Ipoh, Perak. Katanya dah 13 tahun tinggal di sini. Dia berniaga fish & chip di stadium Manchester City. Dia kata dia rasa happy datang ke MHC ni sebab dah lama dia tak cakap Bahasa Malaysia. Hari ni dia seronok sangat jumpa dengan orang Malaysia, dan dapat cakap bahasa Malaysia. Kagum juga saya dengan dia. Walaupun lama hidup merantau, dia masih sayangkan Malaysia.  Katanya lagi dia nak 2 anak perempuan dia balik Malaysia untuk belajar cakap Malaysia. "Apa guna jadi orang Malaysia kalau tak tau cakap...",kata dia. Owh...dua kali saya kagum dengan dia ni..hehe..

Kemudian kami berjalan kaki ke Hyde Park. Cuma lebih kurang 7 minit je jalan kaki dari MHC, melintasi Wellington Arch. Hyde Park adalah salah satu park yang terbesar di London yang juga merupakan 'Royal Park of London'. Ada banyak aktiviti boleh buat kat sini, tapi perkara utama yang anak-anak nak buat pastilah bermain di playground.

Hyde Park Grand Entrance

Dari grand entrance kami cari map untuk ke playground. Sambil2 tu nampak orang-orang yang tengah horse riding, ada yang berbasikal, jogging dan macam-macam aktiviti lain.




Sebelum sampai ke playground, yang terletak berhampiran dengan tasik 'Serpentine', kami melalui beberapa garden yang sedang cantik berbunga...Ni yang best pegi park musim spring ni...





 Bukan main lagi budak kecik berdua ni berposing

 Cantik kan tulip warna purple ni?

 Panjat pokok

 Kejar angsa



Tiba di playground, kami makan bekalan yang dibawa. Ada kerusi meja dan benches disediakan untuk parents yang mengawasi anak-anak bermain.








Lepak kat situ je hampir sampai pukul 3 petang. Diorang memang tak reti nak puas kalau dah bermain.

 Jalan-jalan tepi tasik


Serpentine bar & kitchen. Kalau nak cari toilet, ada kat sini

Kami balik semula ke MHC untuk solat jamak Zohor/Asar dan collect dokumen. Ada prayer room kat sini. Kecik jer, kena gilir2 lelaki & perempuan. Wudu' kena ambil di tandas. Surau di Malaysian Hall jauh lebih selesa.

Prayer Room di Malaysian High Commission

Dah selesai semuanya, kami keluar ambil bas no. 148 juga, kali ni di bus stop Hyde Park Corner (K). Kami turun agak-agak dekat dengan Westfield. Kena jalan kaki sikit lah untuk ke Westfield dari bus stop tu. Pada mulanya ingat nak jalan-jalan ke stadium bola sekitar London, tapi oleh kerana Mr. Hubby dah seminggu tak berapa sihat, kami cancel plan jalan-jalan sebaliknya terus balik ke Coventry.

Salah satu kedai kat dalam Westfield

Alhamdulillah urusan berjaya diselesaikan. Lepas tu pos balik ke lawyer untuk urusan selanjutnya. Mula-mula dulu rasa macam mustahil nak beli rumah masa berada di sini, tapi rupanya tak lah susah sangat. Part ni jer yang susah sikit sebab nak kena ke London. Yang lain-lain sama jer prosesnya cuma banyak komunikasi dengan ejen dan lawyer dilakukan melalui email/whatsapp. Ini rumah kedua yang kami beli dari sini. Syukur Allah permudahkan semuanya. Semoga berakhir dengan baik.



Wednesday 8 April 2015

Stamford Bridge & Natural History Museum

Dalam salah satu siri kunjungan kami ke London, kami telah melawat Stamford Bridge Stadium dan Natural History Museum. Sebenarnya malam sebelum tu kami hantar kawan dari Malaysia ke Heathrow Airport, alang-alang dah ada kat sana kami tidur kat Travelodge Heathrow Terminal 5. Lagipun saya risau kalau Mr. Hubby drive malam-malam. Dia cepat mengantuk...

Esoknya pagi-pagi lagi kami dah check out untuk ke Stamford Bridge. Para peminat Chelsea mesti tau, Stamford Bridge ni stadium untuk pasukan Chelsea F.C yang terletak di Fulham, London. Kalau ikutkan Mr. Hubby tak nak pegi sebab dia penyokong tegar Man United, hehe...tapi sebab Along penyokong Chelsea, jadi saya pujuk dia untuk pergi ke sana...Kami park kereta di Fulham Broadway Shopping Centre. Kat dalam ni juga ada station underground/tube Fulham Broadway, jadi kalau sesiapa yang nak datang dengan train/tube boleh berhenti kat sini (District Line). Dari sini kita berjalan kaki lebih kurang 5 minit je untuk ke Stamford Bridge Stadium. Oleh kerana kebetulan hari kami datang tu ada game Chelsea vs. Hull City, sewaktu masuk ke parking kami diingatkan untuk keluar sebelum jam 12 t/hari, sebab lepas tu parking area tu akan ditutup...kalau dah tutup kena tunggu habis game baru boleh keluar.


 Orang dah mula ramai untuk tonton game pada hari tu...kami nak berposing jer....






Lepas jalan-jalan dan beli serba sedikit cenderamata untuk adik-beradik kat Malaysia yg sokong Chelsea, kami ke tempat parking semula....orang pun dah makin ramai dengan gerai-gerai jual cenderamata yang banyak kat tepi2 jalan...

Next destination kami ke National History Museum. Museum ni masuk percuma, tapi untuk ke sana dengan kereta yang masalahnya ialah parking. Tau jer lah parking kat kota London ni mahal-mahal belaka...



Natural History Museum ni terletak di Cromwell Road, London SW7 5BD.



Nak masuk tu kena beratur...panjang jugak queue tapi tak lama sangat sebab bergerak agak cepat ....


Masuk-masuk jer ada tulang dinasour yang besar ni...teringat2 cerita 'Night at the Museum'.




Museum ni besar...gambar-gambar kat atas ni di Central Hall. Selain dari Central Hall, muzium ini  dibahagikan kepada 4 zon semuanya, Blue Zone, Red Zone, Green Zone dan Orange Zone.

Kami cuma sempat ke Green dan Red Zone yang terletak di sebelah kanan Central Hall.

Antara yang ada di Green Zone...pameran tentang kitaran hidup dan environment hidupan seperti serangga, creepy crawlies, burung dll...ada macam-macam aktiviti interaktif juga yang menarik minat pengunjung terutamanya kanak-kanak.


 Masuk kat dalam 'busut gergasi'



Kemudian kami ke Red Zone, yang mempamerkan macam-macam perkara tentang Bumi kita...kat tengah-tengah hall ada escalator yang tinggi untuk ke 'giant metallic globe' yang merupakan galeri di tingkat atas.

ini pinjam gambar kat google...gambar yang ambik sendiri gelap sangat.




Pameran tentang volcanos dan earthquackes...ada banyak gambar-gambar di tempat kejadian. Tayangan-tayangan video pun ada. Yang menarik, ada simulasi gempa bumi yang berlaku di Japan. Kita masuk dalam satu 'kedai runcit' Jepun dan tiba-tiba ada gegaran...macam real jer...suka pulak budak2 ni dok masuk berulang-kali kat dalam tu...Mungkin sekarang diorang lebih faham tentang gempa-bumi yang papa diorang alami di Ibaraki semasa tsunami di Jepun pada tahun 2011 yang lalu.

Kesimpulannya, muzium ni memang best. Menarik dan banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Bukan untuk anak-anak jer, untuk mama & papa jugak....Ada peluang lagi kita ke Blue & Orange Zone pulak, insyaAllah.