Esoknya pagi-pagi lagi kami dah check out untuk ke Stamford Bridge. Para peminat Chelsea mesti tau, Stamford Bridge ni stadium untuk pasukan Chelsea F.C yang terletak di Fulham, London. Kalau ikutkan Mr. Hubby tak nak pegi sebab dia penyokong tegar Man United, hehe...tapi sebab Along penyokong Chelsea, jadi saya pujuk dia untuk pergi ke sana...Kami park kereta di Fulham Broadway Shopping Centre. Kat dalam ni juga ada station underground/tube Fulham Broadway, jadi kalau sesiapa yang nak datang dengan train/tube boleh berhenti kat sini (District Line). Dari sini kita berjalan kaki lebih kurang 5 minit je untuk ke Stamford Bridge Stadium. Oleh kerana kebetulan hari kami datang tu ada game Chelsea vs. Hull City, sewaktu masuk ke parking kami diingatkan untuk keluar sebelum jam 12 t/hari, sebab lepas tu parking area tu akan ditutup...kalau dah tutup kena tunggu habis game baru boleh keluar.
Orang dah mula ramai untuk tonton game pada hari tu...kami nak berposing jer....
Lepas jalan-jalan dan beli serba sedikit cenderamata untuk adik-beradik kat Malaysia yg sokong Chelsea, kami ke tempat parking semula....orang pun dah makin ramai dengan gerai-gerai jual cenderamata yang banyak kat tepi2 jalan...
Next destination kami ke National History Museum. Museum ni masuk percuma, tapi untuk ke sana dengan kereta yang masalahnya ialah parking. Tau jer lah parking kat kota London ni mahal-mahal belaka...
Natural History Museum ni terletak di Cromwell Road, London SW7 5BD.
Nak masuk tu kena beratur...panjang jugak queue tapi tak lama sangat sebab bergerak agak cepat ....
Masuk-masuk jer ada tulang dinasour yang besar ni...teringat2 cerita 'Night at the Museum'.
Museum ni besar...gambar-gambar kat atas ni di Central Hall. Selain dari Central Hall, muzium ini dibahagikan kepada 4 zon semuanya, Blue Zone, Red Zone, Green Zone dan Orange Zone.
Kami cuma sempat ke Green dan Red Zone yang terletak di sebelah kanan Central Hall.
Antara yang ada di Green Zone...pameran tentang kitaran hidup dan environment hidupan seperti serangga, creepy crawlies, burung dll...ada macam-macam aktiviti interaktif juga yang menarik minat pengunjung terutamanya kanak-kanak.
Masuk kat dalam 'busut gergasi'
Kemudian kami ke Red Zone, yang mempamerkan macam-macam perkara tentang Bumi kita...kat tengah-tengah hall ada escalator yang tinggi untuk ke 'giant metallic globe' yang merupakan galeri di tingkat atas.
ini pinjam gambar kat google...gambar yang ambik sendiri gelap sangat.
Pameran tentang volcanos dan earthquackes...ada banyak gambar-gambar di tempat kejadian. Tayangan-tayangan video pun ada. Yang menarik, ada simulasi gempa bumi yang berlaku di Japan. Kita masuk dalam satu 'kedai runcit' Jepun dan tiba-tiba ada gegaran...macam real jer...suka pulak budak2 ni dok masuk berulang-kali kat dalam tu...Mungkin sekarang diorang lebih faham tentang gempa-bumi yang papa diorang alami di Ibaraki semasa tsunami di Jepun pada tahun 2011 yang lalu.
Kesimpulannya, muzium ni memang best. Menarik dan banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Bukan untuk anak-anak jer, untuk mama & papa jugak....Ada peluang lagi kita ke Blue & Orange Zone pulak, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment