Tapi disebabkan kami terima dokumen dari lawyer di Malaysia yang perlu ditandatangani di Malaysian High Commission untuk 'witnessing', jadi terpaksa lah kami ke London pada hari Isnin lepas, 13/4/2015. First time ke Malaysian High Comm (MHC), biasanya ke Malaysian Hall jer untuk makan2 dan solat di sana. Kalau tak kerana hal macam ni, mungkin kami tak sampai ke sini. MHC ni terletak di 45 Belgrave Square, Westminster, London SW1X 8QT iaitu berdekatan dengan Hyde Park dan Buckingham Palace. Di sekitar kawasan ni, memang banyak pejabat-pejabat High Comm. negara lain. Di MHC ni tempat rakyat Malaysia yang menetap di UK membuat urusan-urusan seperti passport renewal, daftar kelahiran anak, daftar perkahwinan, pengesahan dokumen-dokumen dan sebagainya.
Memandangkan MHC terletak di Zone 1, kami menjangkakan kawasan tersebut susah nak dapat parking. Kalau ada pun, mesti kena bayar caj parking yang mahal. Lagipun nak masuk ke Zone 1 kena bayar Congestion Charge pada hari bekerja iaitu sebanyak GBP11.50 sehari. Sebagai alternatif, kami pilih untuk parking di Westfield Shopping Centre di Shepherds Bush. Rate parking kat situ agak berpatutan, iaitu GBP6.50 bagi 2jam-24jam. Kira ok lah untuk rate di London.
Kami bertolak dari Coventry lebih kurang jam 7 pagi. Tiba di Westfield pukul 9.30pagi. Ingatkan pagi-pagi macam tu jalan jammed, tapi mungkin sebab cuti sekolah jalan agak smooth. Oleh kerana sampai awal lagi parking space pun banyak. Kami keluar dari Westfield, cari kedai kat tepi jalan untuk topup Oyster Card, dan ambil bas no. 148 dari bus stop yang berdekatan. Kami berhenti di bus stop Hyde Park Corner (F). Sebelum ni dah pernah naik bas ni dua kali untuk ke Buckingham Palace dan berhenti di tempat yang sama, jadi tak lah risau sangat. Dari situ kami berjalan kaki ke MHC. Dekat je.
Westfield Shopping Centre
Kat sebelah Westfield ada Shepherds Bush Library
Sampai di MHC, kami turun ke basement. Tempat berurusan terletak di basement. Ada cafe kecil juga di situ yang menjual makanan-makanan Malaysia yang pastinya halal.
Rasa macam nak panjat betulkan bendera tu
Turun tangga kat sebelah ni untuk ke basement
Kami masuk dulu ke dalam untuk ambil no. giliran di kaunter. Saya nampak kebanyakan yang kat dalam bilik tu datang untuk urusan passport. Mesin fotokopi (self service) turut disediakan berhampiran kaunter untuk sesiapa yang perlu fotostat dokumen. Satu page 20 pence.
Bila no giliran dipanggil, masuk ke satu lagi bilik di dalam. Dokumen kami adalah loan agreement pembelian rumah. Beli apartment je. Lawyer minta kami tanda tangan di hadapan konsulat sebagai saksi. Perlu bawa passport dan kad pengenalan sebagai bukti pengenalan diri. Juga satu salinan kad pengenalan, yang akan disahkan juga oleh konsulat nanti. Mr. Hubby tandatangan semua dokumen di hadapan pegawai yang bertugas di kaunter. Staf kat sini baik-baik jer dan nampak semua very friendly and helpful. Setiap satu dokumen yang perlu tandatangan konsular dicaj GBP2 (di website tulis GBP3). Banyak juga dokumen yang Mr. Hubby kena sign. Total kena bayar GBP76. bila semua Mr. Hubby dah sign, dan dah buat bayaran dokumen kena tinggal kat sana untuk konsulat pula sign. Kami kena datang collect pukul 3.30pm nanti.
Dokumen yang nak kena sign
Ada masa empat jam nak tunggu dokumen siap. Kami cadang nak ke Hyde Park. Walaupun dah bawak bekal nasi goreng dan sandwich tuna, tapi anak-anak ni pantang nampak yang orang jual. Diorang teringin pulak dengan bihun goreng kat cafe MHC tu. Satu bekas GBP3. Selain bihun ada juga nasi lemak (GBP3.50), mee goreng dan kuih muih seperti karipap, keria..apa lagi ye?tak ingat dah huhu...
Sementara anak-anak dok makan mihun kat dalam tu, Mr. Hubby dok berbual dengan seorang Chinese man dari Manchester. Dia asal dari Ipoh, Perak. Katanya dah 13 tahun tinggal di sini. Dia berniaga fish & chip di stadium Manchester City. Dia kata dia rasa happy datang ke MHC ni sebab dah lama dia tak cakap Bahasa Malaysia. Hari ni dia seronok sangat jumpa dengan orang Malaysia, dan dapat cakap bahasa Malaysia. Kagum juga saya dengan dia. Walaupun lama hidup merantau, dia masih sayangkan Malaysia. Katanya lagi dia nak 2 anak perempuan dia balik Malaysia untuk belajar cakap Malaysia. "Apa guna jadi orang Malaysia kalau tak tau cakap...",kata dia. Owh...dua kali saya kagum dengan dia ni..hehe..
Kemudian kami berjalan kaki ke Hyde Park. Cuma lebih kurang 7 minit je jalan kaki dari MHC, melintasi Wellington Arch. Hyde Park adalah salah satu park yang terbesar di London yang juga merupakan 'Royal Park of London'. Ada banyak aktiviti boleh buat kat sini, tapi perkara utama yang anak-anak nak buat pastilah bermain di playground.
Hyde Park Grand Entrance
Dari grand entrance kami cari map untuk ke playground. Sambil2 tu nampak orang-orang yang tengah horse riding, ada yang berbasikal, jogging dan macam-macam aktiviti lain.
Sebelum sampai ke playground, yang terletak berhampiran dengan tasik 'Serpentine', kami melalui beberapa garden yang sedang cantik berbunga...Ni yang best pegi park musim spring ni...
Bukan main lagi budak kecik berdua ni berposing
Cantik kan tulip warna purple ni?
Panjat pokok
Kejar angsa
Tiba di playground, kami makan bekalan yang dibawa. Ada kerusi meja dan benches disediakan untuk parents yang mengawasi anak-anak bermain.
Lepak kat situ je hampir sampai pukul 3 petang. Diorang memang tak reti nak puas kalau dah bermain.
Jalan-jalan tepi tasik
Serpentine bar & kitchen. Kalau nak cari toilet, ada kat sini
Kami balik semula ke MHC untuk solat jamak Zohor/Asar dan collect dokumen. Ada prayer room kat sini. Kecik jer, kena gilir2 lelaki & perempuan. Wudu' kena ambil di tandas. Surau di Malaysian Hall jauh lebih selesa.
Prayer Room di Malaysian High Commission
Dah selesai semuanya, kami keluar ambil bas no. 148 juga, kali ni di bus stop Hyde Park Corner (K). Kami turun agak-agak dekat dengan Westfield. Kena jalan kaki sikit lah untuk ke Westfield dari bus stop tu. Pada mulanya ingat nak jalan-jalan ke stadium bola sekitar London, tapi oleh kerana Mr. Hubby dah seminggu tak berapa sihat, kami cancel plan jalan-jalan sebaliknya terus balik ke Coventry.
Salah satu kedai kat dalam Westfield
Alhamdulillah urusan berjaya diselesaikan. Lepas tu pos balik ke lawyer untuk urusan selanjutnya. Mula-mula dulu rasa macam mustahil nak beli rumah masa berada di sini, tapi rupanya tak lah susah sangat. Part ni jer yang susah sikit sebab nak kena ke London. Yang lain-lain sama jer prosesnya cuma banyak komunikasi dengan ejen dan lawyer dilakukan melalui email/whatsapp. Ini rumah kedua yang kami beli dari sini. Syukur Allah permudahkan semuanya. Semoga berakhir dengan baik.
No comments:
Post a Comment