Monday, 13 June 2016

Europe Trip Day 1: Coventry - Paris

Alhamdulillah, akhirnya road trip kami ke Europe selama 6 hari 5 malam ke lima buah negara iaitu France, Switzerland, Germany, Luxembourg dan Belgium berakhir dengan lancar. Europe trip ini diusulkan oleh sahabat kami, Nije yang pernah datang ke rumah kami pada tahun 2014. Ketika itu kami bawa mereka sekeluarga berjalan di sekitar UK. Kemudian Nije nyatakan hasrat untuk ke UK sekali lagi sebelum kami pulang ke Malaysia. Kali ini dia mengajak kami ke Europe pula. Kalau bukan kerana sahabat baiknya itu, mungkin kami sekeluarga tidak ke Europe. Mr. Hubby bukan 'kaki travel' apatah lagi nak drive beribu-ribu kilometer.

Peta laluan road trip kami

Sebaik sahaja Nije confirmkan tiket flightnya yang dibeli pada bulan Mac 2016, kami mula membuat perancangan dan persediaan. Oleh kerana Mr. Hubby sibuk dengan research dan thesisnya, saya diberikan tanggungjawab untuk menyediakan itinerary dan membuat tempahan hotel, kereta sewa, ferry dan sebagainya. Nije pula menyerahkan 100% kepada kami. Mujurlah ramai kawan-kawan di sini yang dah ke Europe jadi saya 'menuntut ilmu' dengan diorang. Yang paling banyak membantu ialah itinerary sahabat kami N & Azrul. Itinerary yang Azrul buat dah sangat detail kami cuma adapt dan adopt sahaja mengikut kesesuaian masa yang kami ada.

Tarikh cuti mid-term break dipilih kerana kebetulan cuti sekolah di UK bersamaan dengan cuti Di Malaysia. Kalau Nije datang bukan time cuti sekolah di sini, memang kami tidak dapat ke mana-mana kerana sekolah di sini mengenakan bayaran sebagai denda untuk setiap anak yang bercuti tanpa kebenaran pihak sekolah. Nije tiba hari Isnin 30/5/2016. Setelah mengambil kereta sewa dari syarikat Sixt di Birmingham Airport, Mr. Hubby jemput mereka sekeluarga di Heathrow. Keesokannya dah nak bertolak ke Paris. Jadual agak pack sebab nak mengejar waktu sebelum bermulanya 1 Ramadhan tambahan pula anak-anak saya mula bersekolah pada 6/6/2016. Cuti sekolah di Malaysia ada tambahan seminggu selepas itu.

Pulang dari Heathrow, Mr. Hubby maklumkan dia rasa ada 'something wrong' dengan gear kereta Citroen Grand C4 Picasso yang diberikan oleh syarikat kereta sewa. Dia berkira-kira perlu ke tidak untuk tukar kereta. Oleh kerana rasa macam tak sedap hati, keesokannya lebih kurang jam 5.15 pagi Mr. Hubby tekad untuk call syarikat kereta sewa tersebut. Kat sini pukul 5.15 pagi dah mula cerah. Mereka menghantar mechanic untuk memeriksa keadaan kereta di rumah yang tiba lebih kurang jam 5.50 pagi. Selepas pemeriksaan dibuat, mechanic tersebut mengesahkan terdapat masalah pada gear kereta dan tidak selamat untuk pemanduan jauh apatah lagi kami akan ke Europe. Berbekalkan report yang dibuat oleh mechanic tersebut, Mr. Hubby dan Nije bergegas ke Birmingham Airport untuk menukar kereta. Rupanya kaunter kereta sewa hanya dibuka jam 6.30 pagi jadi mereka terpaksa menunggu sehingga kaunter dibuka. Agak cemas juga kerana kami perlu bertolak segera ke Dover untuk menaiki ferry yang telah dibook pada jam 12.05 tengahari. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah.

Selepas menyelesaikan urusan di syarikat kereta sewa, kali ini kami diberikan kereta Vauxhall Zafira. Walaupun mulanya Mr. Hubby agak bengang juga dapat kereta yang bermasalah, tapi hikmahnya ialah kami tidak perlu membayar minyak kereta yang telah digunakan oleh kereta sebelum ini kerana disahkan kereta tersebut ada masalah teknikal. Alhamdulillah rezeki tu..sebab dah bawa kereta tu pergi balik ke Heathrow Airport...hampir 320km!

Kami bertolak dari rumah jam 7.30 pagi, terlewat 30 minit dari perancangan awal. Untuk menaiki feri merentasi English Channel, perlu check in sekurang-kurangnya sejam lebih awal kerana ada pemeriksaan imigresen di port. Cuaca pada hari tersebut kurang baik dimana hujan turun hampir di sepanjang perjalanan. Jalan sesak di lebuhraya M40 dan M25. Kenderaan bergerak dengan sangat perlahan. Risau sangat tak sempat kejar feri. Mulanya dah hampir putus asa bila tengok ETA di sat nav semakin hampir dengan masa feri bergerak. Mujurlah dapat SMS dari P&O Ferries memaklumkan bahawa waktu feri belayar ditunda setengah jam lagi.

Dah nak masuk Dover

Tiba di Dover memang masa ngam-ngam jer. Kami beratur (dengan kereta) untuk pemeriksaan imigresen. Bila tiba giliran, kami diminta untuk menyerahkan passport. Ada dua checkpoint iaitu imigresen UK untuk keluar dan imigresen France untuk masuk ke sana. Alhamdulillah semuanya clear tak ada masalah.

Pemeriksaan passport

Waktu nak bergerak ke kaunter check in, kereta kami di 'divert' ke arah lain. Rupanya kereta kami terpilih untuk security check up. Kereta dipilih secara random untuk diperiksa tak sangka kereta kami yang dia berkenan hehe. Petugas mengarahkan untuk membuka bonnet kereta untuk pemeriksaan. Bahagian luar kereta juga discan dengan alat scanner khas. Selepas berpuas hati barulah kami dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Di kaunter check-in, kita perlu serahkan booking confirmation kemudian mereka berikan nombor lane yang perlu kita masuk dan tag untuk disangkutkan di kereta.

 Kereta kami di Lane 211 

Yang ni untuk gantung kat kereta - kat port pun masih hujan

Feri kami dari Dover ke Calais ialah Spirit of France. Selepas parking kereta, semua penumpang perlu keluar dari kenderaan dan naik ke tingkat atas. Kalau ada bekalan makanan, bawa ke atas siap-siap kerana bila feri dah belayar, kita tak dibenarkan lagi turun ke tempat kereta. Sebelum bertolak dari rumah, dah pack nasi goreng satu sorang untuk dimakan semasa dalam feri. Kawasan penumpang di dalam feri memang luas, banyak tempat duduk, ada play area, toilet, kedai untuk shopping dan starbucks untuk beli makanan dan minuman. Lepas makan Mr. Hubby yang dok menahan mengantuk masa drive ambik kesempatan untuk melelapkan mata. Saya pula bawak anak-anak meronda di dalam kawasan feri. Selepas sejam setengah belayar, kami tiba di Calais iatu pada pukul 3 petang waktu tempatan (Jam di Europe cepat satu jam dari UK).



Kat dalam feri dengan Rosma (wife Nije) & anak-anak

Keluar jer dari feri cabaran bermula untuk Mr. Hubby dan Nije kerana perlu memandu di sebelah kanan. Sebab itu sebelum masuk Europe, kereta dari UK perlu menampal sticker 'GB' di kereta untuk maklumkan kepada pemandu lain.

Perjalanan dari Calais ke hotel di Paris dijangkakan selama 3 jam. Tetapi kami berhenti di Aires atau Services (R&R kalau kat Malaysia) beberapa kali untuk hilangkan mengantuk pemandu kami selain bawa anak-anak buang air. Kesian Mr. Hubby yang berterusan memandu jauh sejak hari Jumaat sebab sebelum Nije tiba, ada seorang lagi kawan dari Malaysia yang datang. Hari Jumaat ambil dia di Bicester (dia datang dengan team Prudential) dan bermalam di rumah kami. Sabtu bawa jalan-jalan /shopping, kemudian Ahad bawa ke carboot dan hantar ke hotelnya di London. Nije pula jetlag baru sampai petang semalam dah kena memandu jauh. Tak apalah lambat sampai yang penting semuanya selamat. Kami tiba di hotel lebih kurang jam 7 malam. Duduk di hotel bajet jer iaitu Ibis Budget Paris Porte d'Italie Ouest. Pilih hotel ni sebab dekat dengan metro (train) station. Oleh kerana projek percutian budget, kami ambil triple room. Pandai-pandailah nak seludup anak-anak masuk ke bilik.

Macam ni lah bilik Ibis Budget. Gambar pinjam kat google.

Jumlah harga satu malam termasuk parking (Eur 11) dan city tax ialah Eur 84.70. Ada 1 double bed dan 1 bunk bed. Sepanjang lima malam travel, bilik kat sini yang paling kecil. Tapi untuk kami ok jer, setakat nak letakkan kepala untuk satu malam...Setibanya di hotel, semuanya nampak kepenatan. Anak-anak Nije dah tertidur sebelum sempat makan malam. Maklumlah diorang masih ikut waktu tidur di Malaysia. Plan asal untuk melihat Eiffel Tower disimbahi cahaya lampu waktu malam terpaksa dibatalkan. Esok sahajalah keluar berjalan-jalan....






No comments:

Post a Comment