Macam biasa sesi persekolahan di UK ni bermula pada bulan September. Untuk sesi 2014/2015, sekolah dibuka semula pada 2/9/2014 selepas summer holidays yang panjang. Oleh kerana 2/9 tu kami baru naik flight balik dari Malaysia jadi anak-anak terpaksa ponteng sekolah selama dua hari. Awal-awal sesi dah ponteng hehe...tapi masa tempoh cuti tu kami pun dah bagi surat ke pihak sekolah memaklumkan ketidakhadiran diorang...
Untuk sesi baru ni Along dah mula naik ke Year 7, atau Tingkatan 1 kalau di Malaysia. Awal kan naik sekolah menengah? Umur dia baru 11 tahun. Sekarang dia bersekolah di The Westwood Academy, yang terletak berhampiran dengan University of Warwick. Mintak sekolah tu pun supaya senang Mr. Hubby nak hantar on the way dia nak ke uni.
Along semasa hari pertama ke sekolah
Bila dah naik sekolah menengah terasa sangat diorang dah makin besar. Baru-baru ni Along sakit perut. Macam biasa saya sapukan minyak angin ke perut dia. Tiba-tiba teremosi pulak sebab terkenang dok gosok perut along dari semasa baby. Dari perut sebesar tapak tangan mama, sekarang dah jauh lebih besar...Ye, anak mama dah makin meningkat dewasa....cepat sangat masa berlalu kan? suatu hari nanti akan tiba masa anak-anak akan keluar meninggalkan kita..sedihnya:(
Minggu lepas ada program 'Year 7 Settling in Evening' di sekolah Along. Ibu bapa pelajar Year 7 dijemput berjumpa dengan mentor anak-anak untuk mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah baru. Maklumlah baru bertukar dari suasana Primary School ke Secondary School. Mungkin ada yang hadapi masalah untuk menyesuaikan diri. Setiap pelajar akan mempunya seorang 'mentor'. Saya rasa lebih kurang konsep 'homeroom' di MRSM. Mentor Along namanya Mr. Walkerdine. Syukurlah so far Along tak ada masalah di sekolah. Dia dapat mengikuti semua matapelajaran dengan baik. Hubungan dengan guru-guru dan kawan-kawan pun semua OK. Thank you Along, tak bagi masalah kat mama hehe...Untuk after school club pula, dia pilih untuk masuk swimming club. Apa-apalah asalkan dia minat...
Anak-anak yang lain masih di sekolah yang sama, Templars Primary School. Aiman ke Year 5, Danish dah ke Year 2. Umur Danish masih 6 tahun, kalau kat Malaysia belum pun masuk darjah 1 lagi. Mia pula di Reception dan mula bersekolah full time dari 8.45pagi hingga 3.30ptg. Tinggallah mama sorang2 kat rumah time anak-anak semua ke sekolah...sunyi...
Macam biasa setiap hari Jumaat ada Golden Assembly kat sekolah. Guru-guru akan bagi penghargaan kepada students yang menunjukkan pencapaian yang baik dari segi akademik dan juga akhlak supaya menjadi dorongan kepada kawan-kawan yang lain...Ini awards yang Aiman dan Danish (nama kat sekolah Aqil) dapat sepanjang bulan September...
Alhamdulillah, moga Allah terangkan hati anak-anak Mama supaya mudah menerima pelajaran dan sentiasa dihiasi dengan akhlak yang baik.

No comments:
Post a Comment