Monday, 10 June 2013

Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan Kerajaan

Mungkin ada yang tak tahu, kalau kita (penjawat awam) ambil cuti tanpa gaji mengikut pasangan yang sambung belajar atas tajaan kerajaan, kita boleh mohon untuk penangguhan bayaran pinjaman perumahan kakitangan kerajaan.

Rujuk sini: http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=130&Itemid=220&lang=en

Ye, syaratnya ialah kita ambil cuti tanpa gaji dan tempoh penangguhan minimumnya adalah setahun. Tapi kalau pegawai yang sedang belajar tu sendiri (eg: my hubby) tak boleh mohon penangguhan sebab bergaji penuh dan ada scholarship.

Caranya ialah macam ni:

1. Dapatkan surat kelulusan cuti tanpa gaji daripada majikan.

2. Pergi ke Bahagian Pinjaman Perumahan, di Presint 2 Putrajaya beserta dokumen2 ini:

i) surat kelulusan cuti tanpa gaji
ii) surat mohon penangguhan bayaran balik - buat sendiri
ii) surat tawaran belajar pasangan
iii) surat tawaran biasiswa/HLP pasangan

3. Submit semua dokumen. Mereka akan proses dan buat pengiraan bayaran insurans tambahan.

4. Selepas 21 hari (anggaran), BPP akan hantar surat Tuntutan Insurans Tambahan dan maklumkan berapa jumlah insurans yang kena bayar.

5. Buat bayaran di pejabat insurans dengan membawa surat dari BPP. Saya punya insurans Etiqa Takaful, jadi bayaran dibuat kat pej diorang juga di Kompleks Kementerian Kewangan tapi di Aras 2.

6. Serahkan resit ke kaunter BPP.

Selesai.

Saya tak sure macam mana diorang calculate jumlah insurans tambahan, tapi untuk saya yang buat pinjaman RM200k dgn bayaran bulanan RM1000 sebulan, serta bercuti tanpa gaji selama 3 tahun, saya kena bayar RM700+.

Of coz ini adalah pilihan. Kalau korang nak teruskan bayaran pun takde masalah.

Sebenarnya kalau saya nak terus bayar pun ok jer sebab rumah yang kitorang tinggalkan tu disewakan for 1.5k/month. Tapi lepas buat kira2 kasar saya rasa kalau tangguhkan pun orait jugak sbb RM1.5k/month kalau setahun dah 18k....baik gi invest kat lain hehe...Paling tidak pun standby kalau ada emergency di negara orang. Maklumlah sekarang family kami dah single income, dah tu anak ramai pulak...Ada kemudahan baik kita gunakan..kalau loan bank jangan harap la boleh nak tangguh2 macam ni...betul tak?

6 comments:

  1. Salam..

    Nak tny ni..
    Berapa lama diorg akan amik masa utk tak tolak duit rumah tu ye..
    I mean, slps kita mohon dan byr insurans tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Maaf, saya tak sure sebab saya dah pun bercuti tanpa gaji masa bayar insurans tu..Jadi dah x boleh tengok payslip. Mungkin kena check statement dari BPP.

      Delete
  2. Assalam Sis
    Ada tak contoh surat yg di karang utk penangguhan tu? Boleh x sis reply komen ke email saya
    minnie_diba@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Ada tak contoh surat yg di karang utk penangguhan tu? Boleh tak tolong email kan kepada saya :)
    linoby@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Slm...ada contoh surat tak?mohon izin share zapidah82@gmail.com.. Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak jumpa copy surat ni..tapi just a simple letter jer, bagi no acct pinjaman rumah, then bagitau kita nak tangguh kerana cuti tanpa gaji mengikut pasangan. Attach sekali surat kelulusan HLP suami.

      Delete