Dari Zaanse Schanse saya, Mia dan Tika ke Asterdam Centraal, stesen keretapi utama di Amsterdam.
Keluar dari stesen, kami tercari-cari arah ke Damrak untuk lunch. Di hadapan Amsterdam Centraal ni ada banyak company yang menawarkan Canal Cruise. Kami bertanya seseorang di tebing Sungai Amstel arah untuk ke Damrak. Bersungguh-sungguh dia menerangkan. Rupanya cuma perlu jalan ke arah yang bertentangan dengan Amsterdam Centraal..area di situ adalah Damrak.
Amsterdam Centraal
Saya order Shawarma Rice (€11) untuk lunch kami..macam biasa portion makanan diorang ni besar sangat..cukup untuk saya makan berdua dengan Mia. Tika pun order menu yang sama. Rupa2nya kami berdua sama2 'perut Melayu'...mesti nak kena makan nasi jugak..Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan..cukup untuk tambah tenaga untuk hari itu.
Selesai makan, kami berbincang untuk ke mana seterusnya. Kalau berjalan terus dari kedai ini akan ke tourist area, Dam Square dan Royal Palace Amsterdam. Akhirnya kami decide untuk solat dulu. Dari bacaan saya di blog2, ada satu masjid tak begitu jauh dari sini iaitu Masjid Arrahman. Kami kembali ke Amsterdam Centraal untuk ambil tram ke sana. Sebelum tu singgah beli souvenir jap. Kat sini fridge magnet murah sikit berbanding dengan kedai souvenir di Zaanse Schans, 3 utk EUR6.50.
Masa tengah tengok2 map kat depan Amsterdam Centraal tu, orang jual tiket datang approach. Dia tanya nak ke mana?Kami bagitau la nak ke Masjid Ar Rahman (of course dia tak tau), nak berhenti di tram station Amsterdijk. Kat sini la sikit masalah bermula. Dia kata kalau nak gi Amsterdijk boleh naik metro ke Amstelstation. Dekat jer. Kami pun percaya laa...Beli tiket metro kat dia. Dewasa untuk 1 jam. Boleh guna untuk metro, tram dan bus. Tiket kanak-kanak valid untuk 24jam. Beli kat tepi jalan pun boleh bayar guna kad. Canggih sungguh.
Kami pun naik metro dari sana dan turun di Amstelstation. Rupanya jauh giler Metro station ni dgn masjid. Itupun lepas bertanya dgn beberapa orang, baru kami berjumpa dengan masjid ni. Orang ketiga yang kami tanya ialah seorang pakcik yang berkopiah. Dia tak boleh berbahasa inggeris tapi mengangguk2 faham kami sedang mencari masjid. Dia cuba menerangkan arah dalam bahasa Dutch tapi kami tak faham haha...cara dia explain tu macam tak jauh sangat..mungkin dia tengok dahi kami berkerut tak faham, dia menawarkan untuk berjalan bersama kami untuk tunjukkan arah.
Dalam perjalanan ke masjid
Rupa-rupanya jauh giler masjid ni dari Metro Amstelstation. Kalau tau jauh mcm ni dah balik sembahyang kat sudut2 yang terlindung di Amsterdam Centraal huhu...dah setengah jam berjalan barulah jumpa. Pintu masjid bertutup pulak. Pakcik ni tekan loceng dan seseorang yang dia panggil 'Haji' keluar. Mungkin imam masjid. Pakcik tadi menerangkan kami hendak bersolat...Haji benarkan kami masuk dan menunjukkan tempat wuduk dan tempat solat muslimah...Huh legaaa...akhirnya dapat menghilangkan lelah...
Bangunan yang warna hitam tu Masjid Ar-Rahman
Selesai solat, Haji menunjukkan tempat tunggu tram untuk ke Amsterdam Centraal. Alahai...kat depan masjid ni je rupanya. Sepatutnya kami ambik tram dari Amsterdam Centraal dan turun kat sini!Takpelah...dah nasib kami kena berjalan jauh hari ni..mudah-mudahan banyaklah dapat pahala, jauh giler jalan kaki cari masjid hehehe...
Kami ambil tram no. 4 untuk ke Amsterdam Centraal. Oleh kerana tiket 1 hr saya dah expired, kena beli tiket lain dlm tram. Tapi beli dalam tram ni tak boleh guna card. Cuma cash shj diterima.
Dari dalam tram layan tengok view bandar Amsterdaam ni..bangunan yg cantik, canals dan rakyatnya yang berbasikal sebagai salah satu kenderaan utama.
Dam Square, Royal Palace, Madame Tussaud nampak dari atas tram je. Tiba di Amsterdam Centraal dah pukul 5. Dah penat nak berjalan lagi lagipun tak nak terlewat tiba di Schipol Airport. Flight saya dan Mia jam 8.55pm. Plan asal untuk ke kampung nelayan Volendam terpaksa dibatalkan.
Kami bergambar di luar Amsterdaam Centraal, dan bersalaman dengan Tika sebelum berpisah. Saya dan Mia akan ke Schipol Airport manakala Tika pula akan ambil train ke rumah kawannya di Delft. Terima kasih Tika, menemankan akak dan Mia hari ni...maaf sebab terjebak dalam episod sesat mencari masjid huhu..
Saya dah buat online check in jadi di airport, kami terus masuk untuk security check & imigresen. Tak ada masalah di security tapi tak sangka kena bersoal jawab dengan pegawai imigresen. Dia bertanyakan kenapa 'bapa' Mia tak ikut sekali dan tanya ada declaration letter tak?Laa..tak boleh ke saya ibunya nak bawak dia?terpinga-pinga saya sekejap. Kemudian saya dipanggil ke bilik interview. Seorang lagi pegawai datang interview saya. Saya memang bawa salinan surat beranak Mia yang dah ditranslate tapi dia still nak tau tentang bapa Mia. Selepas tanya beberapa soalan berkaitan perjalanan saya, dia minta nama penuh, alamat, tarikh lahir dan no telefon Mr. Hubby..kemudian dia buat panggilan untuk mengesahkan dia benarkan saya bawa Mia kat sini. Mulanya saya cuak juga..slalunya Mr.Hubby tak angkat kalau no yang tak dikenali..syukurlah kali ni dia angkat pulak...kalau tidak, tak tau la apa nak jadi ngan saya & Mia.
Selepas Mr. Hubby membuat pengesahan, kami dibenarkan keluar. Sebelum tu pegawai tersebut menerangkan itu adalah prosedur mereka untuk mengelakkan human trafficking. Dia juga berpesan, lain kali kali ke luar negara bawa anak tanpa spouse, kena buat surat yang spouse tandatangan.
Panjang cerita...tapi saya harap dapat jadi panduan kat kawan-kawan yang akan travel bawa anak tanpa suami/isteri.
Mujurlah saya datang agak awal ke airport dan flight delay setengah jam. Dah lah ambik masa yang agak lama di pejabat imigresen, rupanya gate untuk kami boarding (D22) jauh betul. Schipol Airport ni kan boleh tahan besarnya...penat betul berjalan nak ke sana..Sampai di boarding gate..dah rasa lega. Dalam flight saya dan Mia dua2 terlelap kepenatan..
tak sangka pulakkan kena buat surat kalo salah seorg xde... huhu tq kak info... panduan yg sgt berguna:)
ReplyDeleteKak isma pun tak tau sebelum ni..bila dah terkena, next time just get ready je dengan surat. Mungkin ada sesetengah immigration yang strict sikit...
Deleteas salam.. apa nama tram station yg depan masjid ar rahman tu ? Thanks. JOE
ReplyDelete