Namun kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Setelah beberapa bulan kami berbalas message di whatsapp tidak sabar untuk bertemu di Amsterdam, malam sebelum kami bertolak ke sana Shimah terpaksa membatalkan trip. Satu insiden yang diluar jangka telah berlaku...kesian sangat kat Shimah. Saya pun mulanya dah tawar hati nak pegi, tapi selepas Mr. Hubby yakinkan saya, baru saya decide untuk proceed. Lagipun tiket flight, Keukenhof ticket dan hotel semua dah booked. Selebihnya saya berserah kepada Allah.
30/3/2016 Mr. Hubby hantar saya dan Mia ke Birmingham Airport untuk kami menaiki pesawat Flybe ke Amsterdam. Dalam flight tak putus-putus berdoa Allah pelihara keselamatan kami berdua. Kami tiba di Schipol airport jam 9.30 pagi waktu sana, iaitu satu jam lebih awal daripada UK. Mujurlah ini sudah kali ketiga saya di Schipol, jadi tidaklah terasa kekok sangat. Pertama kali transit semasa ke Warsaw, Poland pada tahun 2004. Kali kedua seperti yang saya ceritakan di SINI.
Pemeriksaan imigresen berjalan lancar. Soalan macam biasa - datang sini berapa hari, nak buat apa...bla.bla..bla..Officer bertugas tu sempat tanya "Apa khabar?" kat Mia, tapi Mia buat muka terkejut agaknya tak sangka Mat Salleh boleh cakap Melayu. Selepas selesai pemeriksaan imigresen, kami terus menuju ke tempat shuttle bus untuk ke Keukenhof. Senang sangat nak cari. Keluar tu terus nampak Starbuck...keluar melalui pintu di sebelah Starbuck tu ialah tempat menunggu bus No. 858 untuk ke Keukenhof. Waktu kami sampai bas dah sedia menunggu jadi kami terus naik. Saya dah beli tiket Combi - bas dan tiket masuk secara online. Jadi senang tak perlu beratur lagi.
Perjalanan ke Keukenhof Garden dari Schipol Airport mengambil masa lebih kurang 30 minit. Keukenhof Garden yang terletak di Lisse, Netherland dibuka cuma beberapa minggu setahun iaitu pada musim Spring. Ia dikenali sebagai 'the most beautiful Spring garden in the world'. Pada tahun ini tempoh pembukaannya ialah dari 24 Mac hingga 16 Mei 2016 dengan sebanyak 7 juta bunga telah ditanam!
Entrance untuk masuk ke garden. Beratur panjang untuk masuk tapi laju je bergerak. Staff akan scan tiket untuk masuk.
Mula-mula masuk jumpa kolam ni..
Musim Spring cuaca tidak menentu, kadang-kala cerah, kadang-kala hujan. Syukurlah ketika kami di sana, cuaca amat baik sekali. Memang cantik sangat garden ni, seperti yang diceritakan orang. Sebenarnya waktu bunga-bunga berkembang amat bergantung kepada cuaca. Kalau musim winter yang sejuk, seperti di tahun 2013, bunga-bungaan lambat keluar. Kawan saya ke sana pada mid-April 2013 tapi agak kecewa kerana bunga belum keluar. Tahun ini pula dikatakan 'regular Spring'. Early spring flowers seperti daffodils, crocuses dan early tulips dan mula keluar berwarna-warni...Sebaiknya, datang mid-April ke atas di mana kebanyakan bunga pasti sudah full bloom waktu ini.
Bunga-bunga yang berwarna-warni ditanam dalam lanskap yang sangat cantik!
Selain bunga, ada juga petting farm dan playground untuk kanak-kanak bermain. Mia gembira sangat dapat pegang 'bunny' dan mengejar anak kambing yang comel..Kat dalam petting farm ni ada juga ayam, llama dan little piggy.
Juga ada 'inspirational garden' dengan pelbagai tema seperti sensory garden, Delft Blue garden, romantic garden, golden age garden.
Delft Blue Garden
Memang sangat luas garden ni, kawan-kawan yang akan ke sini sila pakai kasut yang bersesuaian yerr...
Orang-orang yang kami jumpa di sini baik-baik belaka...Bila tengok Mia nak ambil gambar saya, ada jer yang offer nak ambilkan gambar kami berdua..
Dari atas windmill
Di dalam pavillion/green house, tulips pelbagai warna berkembang mekar...gerammmmm sangat!
Berjam-jam duduk di dalam garden ni...tak puas mata memandang.
Rasanya hampir lima jam kami kat dalam ni...Jam 3.30 petang kami keluar dan ambil shuttle bus No. 858 semula untuk kembali ke Schipol Airport.
Dari Schipol Airport kami mengambil shuttle bus untuk ke hotel Ibis Schipol Amsterdam Airport. Bus pengantara ini adalah percuma untuk berulang alik antara hotel dan airport. Hanya lebih kurang 10 minit dah sampai di hotel. Sebelum ke hotel kami, bas singgah menurunkan penumpang di Ibis Budget Schipol yang terletak bersebelahan dengan hotel kami.
Alhamdulillah bilik hotel sangat selesa. Cuma tak ada coffe making facilities di bilik. Kettle boleh dipinjam dari Reception tapi perlu bayar deposit Eur25 yang akan direfund bila kettle dipulangkan. Kenalah pinjam untuk panaskan Nasi Lemak Brahim yang kami bawa..selepas makan dan solat, dah rasa malas nak keluar...sebenarnya kalau ikut itinerary yang dirancang dengan Shimah, petang ni nak pegi jalan-jalan di city centre. Oleh kerana Shimah tak ada, mood nak berjalan dah kurengg sikit. Berehat aje lah di bilik dengan Mia...
No comments:
Post a Comment