Amsterdam Day 1 - Keukenhof Garden
Hari kedua, selepas breakfast kami check out dan ambil shuttle bus ke Schipol Airport. Hari ni cadangnya nak ke windmills village iaitu di Zaanse Schan.
Hari kedua, selepas breakfast kami check out dan ambil shuttle bus ke Schipol Airport. Hari ni cadangnya nak ke windmills village iaitu di Zaanse Schan.
Semasa beratur nak beli train ticket, saya disapa oleh seorang adik orang Malaysia yang sekarang bekerja di Aberdeen, Tika. Kami berbual-bual dan dia bagitau dia baru tiba dari Aberdeen dan tak ada perancangan untuk hari ini. Dia hendak ke rumah kawannya di Delft, tapi pagi ni kawan dia ada kelas jadi dia nak jalan2 dulu di Amsterdam. Bila saya bagitau saya cuma berdua dengan Mia, dia pun nak join kami ke Zaanse Schans. Alhamdulillah...Allah hantarkan kawan untuk saya dan Mia.
Dari Schipol Airport, kami naik NS train ke Zaandam di Platform 3. Dari situ tukar train untuk ke Koog Zaandijk. Tiket utk dewasa ialah EUR5.00 (sehala) dan EUR2.50 untuk kanak-kanak. Tiket kanak2 boleh digunakan untuk 24jam.
Ambik gambar dulu di 'I amsterdam' depan Schipol Airport
Senang je nak ke Zaanse Schans ada byk papan tanda tunjuk arah. Dari train station Koog Zaandijk jalan terus dan kemudian di penghujung jalan pergi ke arah kanan. Semasa jalan kaki tu terhidu bau coklat yang sedapp...rupanya ada kilang coklat di situ..
Kemudian kami melalui satu bridge sebelum tiba di Zaanse Schans. Dari sini dah nampak perkampungan windmills yang sangat cantik di seberang sana jambatan. Sedang kami di atas bridge, tiba2 palang ditutup. Rupanya ada kapal yang nak lalu. Bridge ini akan terbuka dan terangkat bila ada kapal yang hendak lalu di bawahnya. Teruja sungguh Mia tengok bridge macam tu.
Tak ada bayaran dikenakan untuk ke perkampungan ini. Cuma ada sedikit bayaran jika hendak masuk ke windmills yang dibuka untuk pelawat.
Cantik sangat perkampungan ni. Rumah-rumah traditional Dutch, windmills lama dan dikelilingi oleh terusan... memang mengagumkan.
Cantik sangat perkampungan ni. Rumah-rumah traditional Dutch, windmills lama dan dikelilingi oleh terusan... memang mengagumkan.
Kami juga berkesempatan melihat demonstrasi membuat coklat secara tradisional, cheese dan pembuatan wooden clogs iaitu kasut kayu yang merupakan kasut tradisional mereka.
Buat coklat secara tradisional
Coklat unik berbentuk rusty tools
Rasanya hampir tiga jam kami berada di sini...Mia dah mula merungut penat berjalan. Perut pun dah makin lapar...kami ke train station Koog-Zandijk semula untuk ke Amsterdam Centraal (Eur 3.10).
Bye bye Zaanse Schans
Bye bye Zaanse Schans
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment