Sekadar catatan kenangan, kunjungan sekian kalinya ke London.
London mempunyai terlalu banyak tempat menarik. Walupun dah ke sana beberapa kali, tapi masih banyak lagi tempat yang belum dikunjungi.
Penghujung tahun 2015, kami sekali lagi berada di sana. Bermalam di rumah sahabat kami Rafiq dan Norle, ketibaan kami disambut dengan jamuan nasi berserta ayam panggang, dan desserts brownies. Asalnya dah book bilik hotel, tapi Rafiq bersungguh-sungguh mengajak kami ke rumahnya sebab dah lama juga tak ke sana. Banyak yang nak dibualkan oleh Mr. Hubby dan Rafiq tu...Kami yang bertuah sebab Norle memang rajin dan pandai memasak.
Singgah convenience store untuk topup Oyster Card
Esoknya sebelum keluar berjalan kami dijamu dengan mee hoon goreng pula. Leka berbual agak lewat juga kami keluar. Macam biasa guna Oyster Card untuk berjalan-jalan. Dari sana kami menaiki bas untuk ke Royal Albert Hall yang terletak di South Kensington. Bangunan ini dirasmikan oleh Queen Victoria pada tahun 1871. Teringin nak tengok dewan konsert yang pernah memberi peluang kepada penyanyi tersohor tanahair, Siti Nurhaliza membuat persembahan pada tahun 2005.
View dari bus stop tempat kami turun
Cuma dapat melihat Royal Albert Hall (RAH) dari luar dan bersiar-siar di sekelilingnya. Pesan Rafiq & Norle, kalau nak ambik gambar yang lebih cantik, pergi ke area belakang bangunan RAH ni. Memang betul kata 'otai London' ni. Dari belakang dapat view penuh bangunan dan ada kawasan lapang. Pantang ada tempat lapang, bebudak ni mesti nak berkejaran...
Selain bangunan RAH itu sendiri, bangunan-bangunan lain di sekeliling RAH juga tak kurang menarik. Senibina lama yang mengagumkan.
Selepas berjalan-jalan dan bergambar kenangan, kami menaiki bas untuk ke restoren Burger & Lobster di Tingkat 5 bangunan Harvey Nichols yang terletak di Knighsbridge berhampiran Harrods.
Selesai menjamu selera, kami meneruskan perjalanan dengan bas untuk ke Winter Wonderland di Hyde Park. Winter Wonderland adalah acara tahunan yang dibuat di sini bermula penghujung November hingga akhir Disember. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk, tapi kalau nak masuk 'attractions' seperti Magical Ice Kingdom, Observation Wheel, London Circus dan Ice Skating kena beli tiket berasingan. Selain daripada tu ada banyakkk sangat rides dan rollercoasters (macam funfair) yang memerlukan pengunjung membeli token untuk naik.
Ramai sangat orang
Waktu musim sejuk yang pendek tak mengizinkan kami untuk berada lama kat sana. Kami terpaksa berkejar mencari tempat solat yang berhampiran sebelum masuk waktu Maghrib lebih kurang jam 3.40 petang.
Check di Google rupanya ada masjid yang berdekatan iaitu Mayfair Islamic Centre, Hertford Street, London berhampiran dengan Qatar Embassy. Berpandukan Googlemaps kami berjalan kaki ke sana. Alhamdulillah jumpa...tempat sembahyang wanita adalah di bahagian bawah, iaitu menuruni tangga ke basement. Ada tandas dan tempat berwuduk yang selesa.
Lepas menunaikan solat jama' Zohor & Asar, kami balik ke Du Cane Road. Ambik train di Marble Arch station.
Ada 'floating man' show di Marble Arch
Yoda
Dari rumah Rafiq di Du Cane, kami balik ke Coventry. Sebelum tu singgah di Reading rumah Amin & Naila, lawatan balas sebab diorang dah dua kali ke rumah kami. Terima kasih Amin & Naila, walaupun sibuk dua-dua study kat sini sudi juga jemput kami ke rumah. Oleh kerana sampai pun dah malam, tak sempat nak bersiar-siar di Reading town. Insya Allah panjang umur murah rezeki kami kembali lagi...
No comments:
Post a Comment