Tahun demi tahun berlalu sedar tak sedar anak sulung saya dah pun menjengah ke usia remaja. Anak kawan-kawan di Malaysia yang sebaya Along ramai yang dah tinggal di asrama tahun ni (Tingkatan 1) dan mula hidup berdikari. Apa yang bermain di fikiran saya ialah cukup ke didikan kami terutamanya didikan agama untuk bekalan Along di masa hadapan. Risau kan...tengok bermacam cerita dan masalah sosial remaja pada masa sekarang. Mudah-mudahan Allah lindungi Along dari sebarang keburukan dan Along lebih bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan keluarga.
Sehari sebelum birthday Along dah tanya Along nak kek apa? Dia request saya buatkan Oreo Cheesecake. Balik sekolah makan dengan adik-adik.
Mama tak dapat bagi hadiah...cuma buatkan kek je...made with lots of love..
Happy Birthday to you...
Dengan adik-adik tersayang..Awat laa Nash buat muka macam tu
Hari Ahad 20/3 kebetulan football game Aiman dibatalkan, jadi kami jemput beberapa orang kawan untuk datang breakfast (brunch??). Bukanlah nak celebrate birthday sangat. Kak Shilla dan Wani ni rajin jemput kitorang makan kat rumah diorang, dah ada masa free ni kami jemput diorang lah pulak. Rumah kecik susah nak panggil orang ramai-ramai..
Oleh kerana Mama sibuk nak sediakan juadah lain, jadi Along kena buat sendiri birthday kek dia..hehe...Mama print resepi Kek Coklat dari AzieKitchen (thank you so much Kak Azie) so Along ikut je lah step by step tapi under supervision lah. Mama jeling-jeling juga masa Along buat takut salah sukatan. Tak sia-sia belajar subjek Food Technology (macam Kemahiran Hidup) kat sekolah.
Kek Coklat Birthday Boy
Bila kek dah masak dan sejuk, Mama lah tukang decorate guna kreativiti yang tak berapa nak kreatif ni huhu...
Kami cuma sediakan roti telur+kuah dhal dan lontong jer. Kak Shilla bawak kari kambing yang marvelous. Wani pulak bawak jelly & pulut pagi+kelapa favourite Mr. Hubby dan anak-anak saya...
Jelly comel yang dibawak oleh Wani...makan dengan fruit cocktail dan susu cair. Sedap!
Bergambar dengan kawan-kawan - Wahida, Ashraf, Faheem & Sofea
Saje nak seronik2 potong kek dengan kawan-kawan. Ashraf bersekolah sama year dengan Along (Year 8) di Westwood Academy. Lepas ni jumpa di Malaysia la pulak yer....
No comments:
Post a Comment