Monday 24 August 2015

Live MU vs Aston Villa

Banyak post pasal anak-anak jer. Kali ni nak buat post tribute to Mr. Hubby. Kenang-kenangan untuk dia bila dah tinggalkan bumi ratu. Ini bukan kali pertama dia pegi tengok bola kat UK ni tapi kali ni baru nak buat post utk dia...ini pun hasil penceritaan Mr. Hubby.

Mr. Hubby pergi tengok bola live Manchester United vs Aston Villa di Villa Park pada hari Jumaat (14 Ogos 2015). Asalnya dia nak pegi dengan lab-matenya, Stefano jer. Kebetulan ada kawan dari Malaysia (Nije) datang ke sini atas urusan kerja di Norwich. Bila dapat tahu Mr. Hubby nak pegi tengok bola, dia pun nak join...Lelaki dan bola memang tak dapat dipisahkan. Kalau dapat tengok bola live kat stadium ala-ala 'dream comes true' lah kan..Dia minta belikan tiga lagi tiket untuk dia dan dua kawan dia. Oleh kerana beli last minute, kena duduk scattered lah. Kat row belakang pulak tu. Itupun diaorang tak kisah, asalkan dapat tengok live!

Walaupun Mr. Hubby penyokong sejati MU, tapi dia terpaksa beli tiket di seat Aston Villa. Kata Mr. Hubby tiket untuk away games MU susah nak dapat sebab biasanya dibeli oleh supporters yang ada season ticket. Oleh kerana duduk di seat supporters AV jadi nak masuk stadium memang di larang keras lah untuk pakai jersi MU, tak pasal2 kena hempuk dengan supporters AV pulak nanti. Penyokong-penyokong bola kat sini amatlah fanatik!

Tiket

Lepas solat Jumaat petang tu, Mr. Hubby pergi ambik Nije yang tiba dari Norwich di train station di Birmingham. Dari sana diorang ke Villa Park yang terletak di Birmingham ni jugak. Datang awal sikit sebab nak bergambar-gambar dulu depan stadium dan nak beli jersi.

Masing-masing dengan jersi baru. 

Kebetulan seat yang Mr. Hubby beli tu terletak di border yang memisahkan penyokong MU & penyokong AV. Sempat berbual dengan guard atau dipanggil 'steward'. Dia pun penyokong MU jugak rupanya.

Stewards untuk kawal supporters

Mula-mula players masuk untuk warm-up dulu. Time ni penonton dibenarkan turun ke tepi padang. Tepi jer..tak boleh masuk!

 1st eleven


Schweinsteiger,Valencia, Herrera & Hernandez - reserve players utk hari tersebut


Kemudian barulah pemain kedua-dua pasukan masuk ke padang.

Away games MU pakai jersi putih.

Sebelum masuk stadium Mr. Hubby dah ingatkan kawan dia, kalau MU sumbat gol jangan excited sangat. Ingat, diorang duduk di seat pasukan lawan. Menyamarlah ni kiranya. Pernah ada kejadian penonton dipukul kepala sampai berdarah sebab bersorak ketika MU sumbat goal. Kes excited sangat sampai lupa diri duduk dalam geng-geng opponent.

Mr. Hubby & Stefano. 

Keputusan hari tu MU menang dengan 1-0. Januzaj yang score. Lagi lah happy penonton-penonton dari Malaysia ni. Berbaloi beli tiket mahal.

Keesokan harinya bawa Nije ke Bicester Village untuk shopping2 sikit. Lepas tu dia ajak ke Hard Rock Cafe London sebab ramai kawan dia kirim souvenirs. Sebab dia ni kawan baik Mr. Hubby dari sekolah menengah so layankan je lah hehe...


Beli souvenir jugak


Dari HRC kami hantar dia ke Heathrow Airport. Tak sangka pulak jumpa Lyn dari Sheffield kat sini. Dia hantar maknya yang dah nak balik Malaysia. Selalu dok baca blog dia je tak pernah kenal. Boleh pulak tu dua-dua cam muka masing-masing walaupun sebelum ni tengok gambar dalam blog jer hihi...

Tepek gambar buat kenangan...

Dok pandang kamera Lyn la ni..


7 comments:

  1. Salam Isma,

    TQ for sharing ur experience with us...so sweet hehe.

    Nak tanya on sekolah menengah dan lepasan SPM di UK. Akak plan nak wat postdoc tahun 2016. Now tgh survey psl persekolahan anak. Ada options utk public schools tak di UK tu umur camtu.

    TQ dear,
    Kak in a

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Ina,
      Sekolah menengah sama macam sekolah rendah juga, biasanya kita cari yang dekat dengan rumah. Anak saya ada seorang yang bersekolah menengah, sept ni masuk year 8. Pada pandangan saya, kat UK ni walaupun public school biasa tapi semua sekolah pun bagus. Semua pelajar diberi peluang yang sama. Tapi kalau kak ina nak pilih sekolah yang betul-betul bagus pun boleh juga, boleh check school ranking berdasarkan ofsted report.

      Delete
    2. Untuk lepasan SPM maaf tak dapat nak comment, sebab tak ada pengalaman. Cuma dari segi perbelanjaan, sekolah menengah kat sini percuma. Tak ada bayaran yuran. Lepasan SPM mungkin kita nak kena biayai sendirilah perbelanjaan mereka.

      Delete
    3. TQ Isma for the infos.. :)

      Delete
  2. Hehehe....tak sangka ada rezki dapat jumpa aritu :D

    Rezki lain that day was mama saya dapat duduk seat business class for free sbb dijemput oleh salah sorang pilot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah!sangat best!Itu betul-betul rezeki terpijak tu....beruntung betul mama Lyn dapat duduk business class for free!!..macam mana boleh dapat eh?kenal ke dengan pilot tu?

      Delete
    2. Tak kenal pon ngan pilot tu. Tp nak jadi rezki mama sy dijemput ke business class lepas sembang2 ngan pilot tu sblm masuk kapal terbang 😄

      Delete