Adik datang dari Soton berbuka dengan kami
Weekend pertama Ramadhan, kami menjemput Abg. Fuad dan Kak Idah sekeluarga berbuka di rumah kami. Abang Fuad dan Kak Idah adalah 'super senior' kami dimana diorang sudah menetap di Coventry lebih 16 tahun, bersama-sama dengan enam orang anak mereka. Anak pun dah besar-besar. Mereka lah yang memainkan peranan penting dalam menyatukan pelajar-pelajar Malaysia yang baru datang dengan pelajar-pelajar yang lama. Waktu kami baru sampai di Coventry, banyak juga bantuan yang mereka hulurkan. Selain itu Abang Fuad & Kak Idah memang pemurah, ada saja jamuan makan dibuat di rumah mereka ataupun kadang-kala mereka menghantar juadah ke rumah. Malahan, pernah sewaktu kami balik bercuti di Cornwall Abg. Fuad telefon supaya singgah ambil makanan yang telah disiapkan di rumah mereka supaya tak payah susah2 kami nak masak bila sampai di rumah. Terharu dengan kebaikan mereka :). Jasa baik mereka akan kami kenang hingga kami balik ke Malaysia nanti.
Abang Fuad, Kak Idah dan anak-anak lelaki mereka Aidi, Adam & Faiz.
Anak-anak perempuan makan kat bilik sebelah.
Solat Isya' dan terawih bersama
Hujung minggu kedua bulan Ramadhan pula, Malaysian Coventry/Warwick Society (MCS) mengadakan majlis Iftar beramai-ramai. MCS menyewa bilik dewan di Excel Leisure Centre. Ini boleh dikatakan acara tahunan MCS. Hidangan yang disediakan ialah nasi butter & kari kambing serta murtabak yang dimasak secara bergotong-royong di rumah Abang Fuad. Manakala setiap keluarga/individu yang bujang membawa dessert secara potluck. Selepas berbuka puasa, kami bersama-sama menunaikan solat tarawih.
Kaum bapa sediakan juadah utama
Tunggu waktu berbuka
Makan-makan
Solat berjemaah
** Gambar diambil dari fb MCS, dari cameraman En. Hafiz. Saya save dan simpan
kat sini untuk kenangan
Di Prayer Hall universiti, iftar juga disediakan pada setiap hari hasil daripada derma orang ramai. Menu yang berlainan disediakan setiap hari. Kalau berbuka di sana, boleh lah rasa masakan pelbagai negara. Saya cuma berkesempatan berbuka di sana dua kali sahaja sebab Mia slalu tidur awal. Kat sini berbuka pukul 9.30 malam, memang time2 dia nak tidur. Saya pergi tu pun sebab K.Shilla jemput, yang kebetulan giliran dia menyediakan juadah berbuka di prayer hall. Sedap makan beriani kambing. Selepas itu sembahyang terawih dengan jemaah dari negara-negara lain.
Kenangan berbuka di prayer hall
Hari ni Mia puasa. Muka monyok jer letih. Tahun ni dapat lah dua hari Mia puasa penuh, semasa hujung minggu.
Kami juga dapat jemputan dari Azhan/Wani untuk berbuka di rumah mereka. Terima kasih sudi jemput kami. Selain juadah utama yang disediakan wani iaitu nasi dengan gulai nanas+ikan kering, ayam goreng & sambal sotong yang best, dapat juga merasa kuih-muih yang dibawa kawan-kawan lain. Kak Shilla yang rajin memasak bawa cendol!homemade cendol pastinya sedapppp sangat. Lepas kerinduan nak makan cendol. Saya cuma bawa kek batik biskut marie. Selain dari tu ada juga roti john, roti jala, kuih sagu, popia dan lain-lain. Kami berterawih di rumah Wani dimana Azhan menjadi imam. Azhan bekerja sebagai doktor di sini. Lepas Azhan tamat pengajian di Belfast, diorang terus menetap di UK.
Sedap cendol ni..teringat-ingat lagi :)
Sedap sangat kot ayam goreng, sampai macam tu mata si Nash
Ayu (Adik Wani), Kak Shilla, Wani, Ria & Gee
Minggu terakhir Ramadhan, kami di Tile Hill buat majlis berbuka puasa bersama-sama. Konsep potluck yang dibuat di rumah kami. Masing-masing bawa lauk/desserts. Oleh kerana majlis diplan secara adhoc oleh kaum bapa, sebagai tuan rumah saya cuma sediakan nasi putih denga gulai daging, dan fruit koktail sebagai dessert. Tapi sebab masing-masing bawa lauk, banyak juga juadah kami malam tu...Semuanya sedap-sedap belaka. Ada juga bihun goreng, murtabak, spagetti dan apam balik. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang datang. Seronok aktiviti macam ni dapat eratkan ukhwah kami yang sama-sama tinggal di Tile Hill ni. Geng-geng Tile Hill memang best! Oleh kerana anak-anak kami bersekolah di sekolah yang sama (Templars Primary), diorang pun bukan main seronok dapat berkumpul bersama. Tapi oleh kerana ada antara kami yang ada anak-anak kecil, dan keesokan hari adalah hari persekolahan, terpaksa bersurai lebih awal.
Bihun goreng, sayur campur, ayam masak merah, tembikai, rendang daging, kerabu taugeh, kerabu sotong,murtabak, sayur campur, kuih bakar, apam balik, puding koktel...meriah sungguh!
Geng ibu-ibu
Geng bapa-bapa
Sambung meeting kat luar
Gugirls
Kanak-kanak cilik
Aktiviti boyz bila jumpa...main games X-box di bilik anak bujang.
** Gambar dari cameraman En. Onn
Begitulah serba-sedikit cerita iftar kami yang pastinya akan menjadi kenangan manis. Tahun depan masih belum pasti berpuasa di mana.
No comments:
Post a Comment