Gambar ini diambil oleh satu pasangan Mat Salih yang tiba-tiba menegur dan berbual dengan kami. Katanya dia pernah ke Bali, Indonesia.
Cantik sangat kat dalam tu melihat hamparan warna ungu. Baupun pun wangi je. Di sebalik kuntuman lavender tu banyak sangat bees yang warna hitam kuning tu tapi tak kacau orang pun.
1,2,3.....cheeeessee....
Aktiviti kat sini cuma berposing-posing sambil anak-anak berlari
candid.
Alhamdulillah cuaca agak baik pada hari tersebut walaupun sesekali awan kelabu datang. Time summer ni bukan selalunya cerah, kadang-kala hujan turun jadi nak ke mana-mana kena selalu check weather forecast. Ramai juga pelawat lain yang datang, termasuk satu bas pelancong dari China.Kat atas bukit ada sheep farm.
Selepas beberapa jam, kami bergerak pulang. On the way home ada nampak satu kawasan orang ramai sedang berpicnic berhampiran dengan Broadway Tower. Kalau tahu ada tempat picnic boleh bawa bekal. Kami tak singgah sebab dah lapar.
Broadway Tower, ambil gambar dari tepi jalan.
Sewaktu melalui bandar Stradford-Upon-Avon, nampak ramai betul orang. Waktu kami ke sini dulu taklah seramai ini pengunjung.
InsyaAllah sebelum balik Malaysia, nak datang sini lagi sekali.
No comments:
Post a Comment