Bila baca report examiner macam ni pun dah rasa gugur bebanan di bahu.
Confidential..tak boleh letak semua..
Report dari supervisor...cerita datang UK pun ada..
Bila dikenang kembali, tidak mudah jalan yang dilalui. Belajar disamping mengendong tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak & menantu bukanlah mudah. Selain perlu memberikan komitment bila ada kenduri-kendara, adik2 dan adik ipar bertunang, berkahwin dan sebagainya, ada juga ujian-ujian lain yang Allah berikan sepanjang perjalanan hidup sebagai pelajar DrPH. Antaranya yang saya ingat:
1) Bapa mertua menghidap obstructed bowel (usus tersumbat) yang memerlukan emergency operation. Kami balik ke Kota Bharu menjaga ayah di wad beberapa malam.
2) Emak saya didiagnose perforated appendix (apendik pecah). Emak dipindahkan dari Hospital Jengka ke Hospital Temerloh untuk menjalani emergency operation. Saya menemani mak dalam ambulans ke Hospital Temerloh, juga di sepanjang malam mak di wad. Keadaan mak agak kritikal, namun saya amat bersyukur dapat bersama-sama mak dalam situasi sukar macam tu. Selepas mak keluar wad, saya bawa mak tinggal di rumah untuk memantau keadaannya.
3) Abah saya juga masuk wad beberapa kali kerana masalah batu karang. Malahan ada ketikanya kena buat emergency dialysis kerana paras urea dan creatinine terlalu tinggi (obstructive uropathy). Apatah lagi dia juga ada masalah diabetes.
Oleh kerana ketika belajar saya berada di fakulti perubatan dan PPUM, saya rujukkan abah ke pakar urology PPUM. Saya menemani abah hampir setiap kali dia ada temujanji di Klinik Urologi dan Klinik Perubatan. Alhamdulillah, masalah kesihatan abah hampir dapat diselesaikan sebelum saya ke UK.
4) Terpaksa diinduced semasa melahirkan Mia sebab due date jatuh pada minggu peperiksaan Tahun 1 DrPH. Hari kelima berpantang, kena pegi uni sebab ada presentation. The rest of the story, kawan-kawan yang 'in the same shoes' mungkin boleh faham macam mana belajar dengan ada baby kecik. Abang kepada Mia, Nash pun bezanya cuma 18 bulan jer..
5) Aiman 'patah tangan' (Right ulna fracture) akibat jatuh dari katil double-decker sebab bergurau dan bermain dengan sepupu-sepupu. Berlaku lebih kurang pukul 10 malam dan kebetulan ketika itu Mr. Hubby sedang outstation di Sarawak. Terpaksalah saya beranikan diri drive malam-malam ke hospital untuk x-ray tangan dan kemudian kena ulang-alik beberapa kali ke klinik orthopedik Hospital Putrajaya untuk review.
4) Terpaksa diinduced semasa melahirkan Mia sebab due date jatuh pada minggu peperiksaan Tahun 1 DrPH. Hari kelima berpantang, kena pegi uni sebab ada presentation. The rest of the story, kawan-kawan yang 'in the same shoes' mungkin boleh faham macam mana belajar dengan ada baby kecik. Abang kepada Mia, Nash pun bezanya cuma 18 bulan jer..
In front of FOM's exam hall - 2 weeks post-delivery
5) Aiman 'patah tangan' (Right ulna fracture) akibat jatuh dari katil double-decker sebab bergurau dan bermain dengan sepupu-sepupu. Berlaku lebih kurang pukul 10 malam dan kebetulan ketika itu Mr. Hubby sedang outstation di Sarawak. Terpaksalah saya beranikan diri drive malam-malam ke hospital untuk x-ray tangan dan kemudian kena ulang-alik beberapa kali ke klinik orthopedik Hospital Putrajaya untuk review.
Di Hospital Putrajaya
6) Mr. Hubby perlu menjalani attachment selama 8 bulan (asalnya) di Jepun. Tinggal saya dengan 4 anak-anak. Tapi masa tu ada pembantu.
7) Selepas macam-macam masalah dengan pembantu, akhirnya saya hantar balik ke ejen. Beberapa hari lepas hantar pembantu, dapat berita Tsunami di Jepun (2011). Masa tu Mr. Hubby di daerah Ibaraki. Tsunami yang teruk di Sendai. Tapi Ibaraki kena juga gempa bumi yang agak teruk dan tsunami kecil. Mr. Hubby cuma dapat contact maklumkan dia selamat. Lepas tu beberapa hari terputus hubungan komunikasi. Allah je yang tahu perasaan saya masa tu...Dah la dok berlima ngan anak-anak jer huhuhu...Dipendekkan cerita, Mr. Hubby balik awal, masa bulan kelima...
8) Masuk wad berjemaah...Along, Aiman, Mia tiga-tiga masuk wad sebab kena jangkitan rotavirus. Nash pun kena juga tapi tak sampai admitted. Rasanya sebab makan kerang bakar kat kedai huhuhu...Nasib baik juga masa tu dapat satu bilik besar. 3 katil dalam bilik so senang nak jaga sekali. Berkampung kat hospital beberapa hari. Penat, tak cukup tido sebab dok ulang bawak diorang ke tandas-muntah dan cherry berry...dengan nak heret drip lagi...dugaannnn....
9) Along masuk wad for few days, demam panas dan masalah susah bernafas. Suspect H1N1 aduiii....
10) Mia kena buat 'knee irrigation under GA (general anasthesia)'. Betul-betul pada hari jadi dia yang ketiga. Septic arthritis of the knee. Boleh pulak ada infection kat lutut dia. Tak tau la mana datang. Kesian Mia...Tapi dokter yang buat operation tu baik sangat...masa datang buat ward round lepas operation dia bagi surprise birthday cake, diiringi staff2 dia yang nyanyi lagi happy birthday....
Mia masa masuk wad..NCI Hosp, Nilai.
Itu event yang 'besar2' antara yang boleh recall. Yang setakat anak demam, sakit perut bagai tu tak payah citer lah.
Saya percaya, setiap pelajar PhD/postgraduate, mesti ada cerita masing-masing. Ujian yang dilalui tidak sama. Ada orang bermasalah dengan supervisor, ada yang masalah dengan respondents..macam-macamlah. Tapi inilah yang mematangkan kita dan secara tak langsung mendekatkan diri kita dengan Allah. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita lalui tu teruk, tapi hakikatnya ada yang lebih teruk dari kita. Waktu saya mula-mula tiba di UK, saya terkejut jumpa seorang kakak yang bersusah-payah buat PhD dengan tujuh orang anaknya. Yang bongsu tu dilahirkan di sini. Sungguh saya rasa tidak mampu.
Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat menyuntik semangat kepada ibu-ibu yang bakal dan sedang berjuang untuk segulung ijazah. Teruskan perjuangan kalian, chaiyokk!chaiyokk!
Salam kak Isma,
ReplyDeleteYa Allah, touching baca catatan akak ni... tak pasal2 kena cari tisu pulak nak habiskan baca entry... Tak tahu lah kenapa ter"over" sensitif sejak dua menjak ni....
Rasa nak buat juga satu catatan PhD ni di masa depan... Only those in the same shoe saja akan faham kan? Hoping that mine will be end soon... Doakan tau :)
Wsalam Nur,
DeleteKak Isma doakan yang terbaik untuk Nur. Tinggal nak viva je kan?Insyaallah semuanya akan berakhir dengan baik...