Tuesday, 20 October 2015

Hari Jadi Mia yang ke-6

Lamanya tak bersiaran. Selama masa berhibernasi ni macam-macam yang dilalui.

Pada 4 September 2015 ibu dan bapa mertua tiba dari Malaysia. Alhamdulillah, Allah jemput saya dan Mr. Hubby menjadi tetamuNya pada musim haji tahun ini. Jadi diorang datang untuk menjaga anak-anak kami selama 15 hari kami di tanah suci iaitu dari 16/9/2015-1/10/2015. Mereka dah pun kembali ke Malaysia pada 11/10 yang lalu.

17 Oktober 2015 (Sabtu)

Alhamdulillah Mia menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-6 pada Sabtu lepas. Cepatnya anak mama membesar. Sekarang Mia dah pun di Year 1. Saya pun macam ibu-ibu yang lain, kalau boleh tak nak anak besar cepat sangat. Rindu waktu-waktu Mia baby dulu...

Lebih seminggu Mia dok mengira hari berapa hari lagi to her birthday. Siap ada senarai wishlist apa yang dia nak mintak dari Papa. Nak capture gambar apa yang dia tulis tapi tak jumpa pula kertas tu...yang tak tahan salah satu wishlist ialah 'hairdryer'..haha...dah macam anak dara dahh...

Pada hari Sabtu tu juga kawan HLP Mr. Hubby yang tinggal di Reading nak datang ke rumah kami bersama keluarganya. Jemput juga kawan HLP Mr. Hubby yang tinggal tak jauh dari rumah kami. Anaknya pula best friend Mia kat sekolah. Dah alang-alang diorang nak datang, buat sedikit sambutan untuk hari jadi Mia.

Kek beli jer di CakeBox


Mia and her bestfriend, Nayli. Kakak Nayli lagi dua orang pun datang juga tapi tak 
masuk pulak dalam gambar.

Enam tahun dulu, waktu saya lahirkan Mia saya berada di tahun satu DrPH. Mia lahir masa saya nak exam semester. Cerita panjang kat SINI. Kebetulan pula hari ini 17/10 hari saya sepatutnya menghadiri konvokesyen DrPH di UM. Kerana komitmen keluarga kat sini, saya tak balik untuk konvo. Lagipun semalam Mr. Hubby berangkat menghadiri conference di Taiwan. Memanglah sedih especially tengok gambar kawan baik semasa buat DrPH konvo sorang2. Tapi bila fikir-fikir kalau balik konvo pun saya kena balik seorang diri sebab anak-anak bersekolah. Apalah maknanya happiness tanpa orang-orang tersayang *pujuk hati sendiri*....Saya dah viva Ogos tahun lepas (2014) tapi sebab senate letter keluar lambat jadi kena giliran konvo tahun ni. Lamanya proses nak konvo. Mia pun dah 6 tahun sekarang...

 Kredit gambar to Kak Rima....

Waktu mula mendaftar DrPH, badge kami ada tujuh orang. Sorang dah berjaya konvo tahun lepas. Tahun ni saya dan Kak Rima, dan yang lain tu insyaAllah tahun 2016. Kami dah plan nak menyebok juga time diorang konvo tahun depan hehe..


Terlepas peluang terima scroll dari Sultan Nazrin, Dan malam tu pula ada dinner & photo session dengan baginda.

No comments:

Post a Comment