Saturday 15 August 2015

Resepi Red Pearl Cookies

Hari ini hari terakhir Syawal. Ada jemputan raya yang terakhir petang ini tapi tak dapat nak pergi sebab nak hantar kawan yang bermalam di rumah kami malam tadi ke Heathrow Airport. Sebelum tu nak bawa dia jalan-jalan ke London sekejap.

Sempena berakhirnya Syawal, nak letak resepi cookies kegemaran anak-anak. Sepanjang bulan puasa hingga bulan Syawal rasanya dah lebih lima kali dok ulang buat cookies ni. Sekali buat memang kena buat 2-3 adunan. Anak-anak & Mr. Hubby memang suka sangat, sekejap jer dah abis kena ngap. Lagipun nak buatnya pun senang cuma campur semua bahan tak perlu nak keluarkan mixer bagai. Mula-mula buat bersama-sama dengan anak-anak..lama-lama Along dah boleh buat sendiri mula dari penyediaan bahan. Relax sikit Mama, cuma monitor sekali-sekala jer takut cookies hangit dalam oven.

Cookies sebelum dibakar

Nak simpan resepi kat sini takut tahun depan kalu nak buat lagi dah lupa resepi kat mana.

Resepi asal: Jaja FnR
Copy dari: Azlita Masam Manis

Bahan-bahan:

150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor - saya kurangkan sedikit untuk kurang manis
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

Cara membuatnya:

Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Sedia untuk dimakan.

Ambik gambar cookies dalam pinggan jer. Tak kreatif langsung. Saya suka tengok gambar makanan di blog Azlita Masam Manis. Selain resepi yang sedap, gambar pun semuanya cantik-cantik. 

No comments:

Post a Comment