Thursday, 10 December 2015

Dentist Visit

Di UK ni rawatan pergigian diberikan percuma kepada kanak-kanak sehingga berumur 18 tahun. Jadi waktu cuti sekolah yang lepas buat appointment untuk keempat-empat permata hati termasuk Mama juga. Untuk dewasa, treatment fees dibahagikan kepada 3 band (Band 1- £18.80 , Band 2-£51.30 dan Band 3-£222.50) bergantung kepada tahap rawatan yang diperlukan. Saya pergi untuk buat check-up & scaling jadi kena charge untuk Band 1 iaitu £18.80. Follow up biasanya setiap enam bulan, tapi dentist tak bagi fixed date, selepas 6 bulan baru buat appointment; pilih tarikh yang bersesuaian. Sekolah memang tak galakkan buat dental appointment pada waktu persekolahan, jadi lebih senang pilih waktu cuti boleh bawak semua sekali.

Kami register dental service yang berdekatan iaitu Bhandal Dental Surgery di Jardine Crescent. Senang dekat dengan rumah, lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Kalau ada apa-apa boleh pegi sendiri je tak perlulah sampai Mr. Hubby ambik cuti.

Semasa pemeriksaan tu, gigi Along dan Aiman alhamdulillah tak ada masalah. Gigi Nash pula ada satu yang berlubang jadi doktor buat tampalan (fillings).


 Nash get ready nak tampal gigi


Mia pulak memang ada mengadu sakit gigi sejak seminggu sebelumnya. Rupanya sakit tu datang dari gigi geraham yang pernah ditampal sebelum ni. Dentist suspect mungkin ada infection di akar gigi dan cadangkan untuk ambil antibiotik dulu. Kalau boleh tak mau cabut gigi tu.

Tetapi beberapa minggu lepas Mia habiskan antibiotik sakit gigi dia kembali semula. Malam-malam pun merengek sebab sakit. Dah bagi ubat tahan sakit pun tak hilang juga. Saya bawa semula Mia jumpa dentist. Dentist kata dia terpaksa cabut gigi tapi nak kena bagi local anaesthetic secara injection. Kena betul-betul cooperative supaya tak tersalah cucuk atau kena cucuk banyak kali.

Personally saya tak risau kalau Mia yang kena buat apa-apa prosedur. Pengalaman sebelum-sebelum ni, dia memang very cooperative person. Tak macam abang2 yang penakut dengan jarum haha...

Procedur hari itu berjalan dengan lancar. Mama tolong pegang kepala Mia sebab takut dia bergerak masa kene inject. Doktor puji cakap She's a star sebab procedur berjalan lancar, dia dengar semua cakap doktor. Lepas gigi dicabut, doktor tunjuk memang ada infection yang agak teruk di akar gigi.


 Mia lepas kena cabut gigi. Bawak kitty kesayangan untuk temankan dia. 
Mulut senget, sebab kebas kena ubat bius.

Inilah akibatnya suka sangat makan sweets & coklat. Tiap petang bila papa balik dari office bodek ajak pegi ke kedai favourite dia - Farmfood. Sebab kat sini banyak coklat murah2. Lepas cabut gigi dia janji no more sweets...boleh percaya ke??

No comments:

Post a Comment