Wednesday 23 December 2015

Coventry Christmas Market

Perayaan Krismas cuma tinggal dua hari sahaja lagi. Sana sini sibuk dengan persediaan untuk sambutan Krismas. Tempat shopping penuh dengan pengunjung. Sekolah dah mula bercuti sejak 19/12/2015.  Sebelum bercuti, kawan-kawan dan teachers bertukar kad ucapan. Kita yang tak celebrate pun dapat juga:)
 
Kad ucapan daripada kawan-kawan Mia
 
Di Broad Gate, berhadapan dengan Primark Coventry ada Christmas Coventry Market. Macam-macam barangan dijual untuk membantu pengunjung memilih barang-barang dijadikan 'Christmas gift' termasuk pakaian, handcraft, gula-gula dan coklat, paintings dan sebagainya. Ada juga gerai yang menjual juadah bukan sahaja western food tapi juga Indian dan Turkish delight.
 
Jalan-jalan jamu mata buat-buat sibuk time orang sibuk nak beraya....
 


 




Waktu malam suka bersiar-siar dengan kereta tengok rumah-rumah yang bergemerlapan dihiasi lampu warna-warni. Dari tingkap nampak kat dalam rumah pun banyak lampu-lampu terutamanya di sekeliling pokok Krismas. Cantik dan nampak meriah...



rumah-rumah di kawasan kejiranan - Limrick Avenue
 

No comments:

Post a Comment