Tuesday, 15 December 2015

Cafe Library @ Warwick Uni

Jumaat 11/12/2015 sesi terakhir swimming class saya di Warwick Sport Centre. Kat Warwick Uni ada buat kelas untuk 'female only' so saya saje join sementara ada kelapangan masa.....Dah habis 7 sesi tapi tak pandai-pandai jugak. Itulah akibatnya kalau dah tua-tua baru nak belajar berenang hihi.... Dulu kecik-kecik duduk kat kampung mana lah ada swimming class bagai...kawan-kawan pegi terjun kat sungai Jengka tapi saya ni penakut lah pulak. Lagipun mak abah memang tak bagi kami adik-beradik main sungai...Next term ada class lagi start bulan Januari, still contemplating nak continue ke tak..

Warwick Sport - dalam ni ada macam-macam facilities untuk bersukan badminton, futsal, netball dll termasuk swimming pool,gym dan sauna

Sebelum ke kelas kadang-kala sempat juga ber'dating' dengan Mr. Hubby di Cafe Library selepas dia solat Jumaat di Prayer Hall yang berhampiran. Student2 Warwick Uni mesti akan mengingati cafe ni, yang terletak di ground loor main library. Menu special yang cuma ada hari Jumaat je ialah Fish & Chips yang disahkan halal oleh chefnya. Untuk yang bukan student macam saya ni pegi jarang-jarang jer lah...cuma time Mr. Hubby ajak dating:)

 Cafe Library dari luar - gambar ehsan Google


 Kat dalam cafe


 Fish & Chips yang sedappp..

 Yummy!

Nash tengok gambar ni dia kata "Next time kalau nak pegi makan fish & chip, tunggulah anak-anak balik sekolah"..hehe lucu dengar dia sebut perkataan 'anak-anak' tu...



No comments:

Post a Comment