Di sini Aliff dah di Year 8 (Tingkatan 2 kalau di Malaysia). Perkongsian ini selain untuk kenangan peribadi, juga untuk memudahkan kawan-kawan yang bakal berhijrah di UK, yang tertanya-tanya macam mana keadaan persekolahan di sini. Selalu dapat soalan ni di email & comments.
Untuk daftarkan anak ke sekolah menengah, sama juga dengan primary school adalah melalui unit admission di City Council masing-masing. Biasanya kita akan cari sekolah yang paling dekat dengan rumah. Ada juga yang pilih based on ranking. Terpulanglah. Pandangan peribadi saya, hampir semua sekolah di UK ni bagus. Belajar di sekolah mana pun insyaAllah anak-anak akan mendapat peluang yang sama. Kalau anak dah memang di Year 6 di Primary School sini, borang permohonan untuk ke Secondary School biasanya akan dibuka pada pertengahan bulan September sehingga 31 Oktober tahun berkenaan. Boleh hantar borang yang hardcopy tu ke sekolah atau isi permohonan secara online. Di sini kita diminta meletakkan tiga pilihan sekolah mengikut keutamaan.
Aliff bersekolah di The Westwood Academy. Apa yang saya tulis ni berpandukan apa yang dia alami dan pelajari di sekolah. Lain sekolah mungkin ada sedikit kelainan. Di Westwood Academy, setiap pelajar di'assign'kan kepada satu college (seperti rumah sukan). Ada empat colleges iaitu Bannister, Seacole, Maxwell dan Raleigh. Di dalam college ni pula, pelajar dibahagikan pula kepada group kecil yang dipanggil 'Tutor Group'. Aliff berada di Tutor Group Banister 3. Dalam setiap Tutor Group ada pelajar-pelajar dari Year 7 hingga ke Year 11. Setiap hari ada perjumpaan Tutor Group di awal pagi sebelum memulakan kelas. Ketika perjumpaan Tutor Group ini, semua ahli berkumpul diketuai oleh seorang guru yang dipanggil 'mentor'. Untuk perjumpaan harian ini, cuma ada pelajar Year 7 hingga Year 9. Pelajar year 10 & 11 di group lain. Mereka berbincang dan bertukar-tukar pendapat jikalau ada antara ahli yang mempunyai apa-apa masalah. Adakalanya pula mentor memberikan topik sesuatu topik untuk dibincangkan bersama.
Matapelajaran bagi Year 8 ialah Math, English, Science, History, Geography, Spanish, Drama, Dance, Physical Education (PE), Technology, Art, Phylosophy & IT. Subjek 'Technology' macam Kemahiran Hidup kalau di Malaysia. Ada belajar pertukangan dan belajar masak-masak. Di sini pelajar tidak berada di kelas yang sama sepanjang hari. Kelas bertukar pada setiap mata pelajaran. Contohnya mungkin Aliff sekelas dengan Si B semasa subjek Science, tapi tidak sama kelas ketika subjek English dan Math. Begitu juga dengan matapelajaran lain. Boleh semak kekerapan setiap subjek dalam timetable kat bawah ni. Ada subjek yang diajar setiap hari, ada yang cuma seminggu sekali.
Bagi memantau keadaan anak-anak di sekolah, pihak sekolah menyediakan online portal 'My Child At School'. Cikgu akan memberi ID sekolah dan username kepada ibubapa dan kita masukkan password. Di online portal ini kita boleh menyemak kehadiran anak-anak bukan sahaja ke sekolah tapi juga di setiap kelas pada setiap hari. Selain daripada tu, ada juga laporan 'behaviour' daripada guru-guru sama ada anak kita berkelakuan baik atau sebaliknya.
Screenshot contoh paparan 'MyChildAtSchool'..tapi waktu ni teacher belum update Attendance pada hari tersebut.
Di kolum 'Behaviour' tu akan dipaparkan komen-komen teachers tentang behaviour atau akhlak anak kita di kelas. Ada beberapa komen di hari yang sama tu bermakna komen dari guru subjek yang berlainan. Kalau good behaviour, tick warna hijau keluar, tapi kalau ada yang kurang baik teacher akan bagi komen juga berserta tanda warna merah. Bulan lepas ada surprised postcard di letter box kat rumah.
Rupa-rupanya bila dah dapat banyak positive points, Head Teacher, Miss Benton akan hantar postcard personally kepada student tersebut. Sweet sangat kan?
Kat atas ni contoh paparan di Tab 'Attendance'. Bila semak kat sini baru tahu Aliff ada datang lambat ke sekolah iaitu kotak-kotak yang berwarna pink. Sebenarnya yang dia datang lambat tu adalah hari-hari saya di Tanah Suci. Itulah akibatnya bila tak ada suara Mama membebel pagi-pagi selama dua minggu.
"Along...cepat mandi. Jangan lama-lama sangat shower tu..."
"Along...cepat sarapan"
"Along...sikat rambut. Cepat dah lewat ni!"
"Along...pakai stokin cepat. Tengok jam dah pukul berapa ni?!"
Haha...ni la antara dialog-dialog rutin setiap pagi. Penattt wehhhh...
Kotak biru pula 'authorised absent'. Contohnya kalau anak tak sihat dan tak dapat ke sekolah. Sebelum jam 9 pagi kena telefon sekolah maklumkan sebab tidak dapat hadir. Kalau beberapa hari tak datang, tiap hari pun nak kena call juga untuk update pihak sekolah. Kalau kita tak call, diorang pula yang akan call kita tanya kenapa anak tak datang!...Syukur lah dalam report Aliff ni tiada kotak merah iaitu Unauthorised Absent.
Satu lagi online portal yang sekolah gunakan ialah 'Show My Homework'. Kat sini kita boleh semak apa homework yang sepatutnya anak kita buat dan bila due for submission. Kalau late atau tak hantar nanti keluarlah remark warna oren atau merah. Kalau si anak lupa apa homework dia boleh check kat sini juga. Ini biasanya masalah dengan anak lelaki huhu...
Activiti ko-kurikulum, atau dipanggil 'after school club' macam kat Malaysia juga ada macam-macam kelab yang boleh dipilih ikut minat masing-masing. Semuanya optional tapi saya galakkan Aliff join sebanyak mana yang dia larat. Dah ada peluang kenalah gunakan sebaiknya untuk kutip sebanyak mungkin pengalaman. Aliff tak minat sangat sukan outdoor macam football, jadi dia join badminton, swimming club (percuma) dan trampoline.
Selain dari online portal ni, sekolah juga gunakan Twitter sebagai satu medium komunikasi antara sekolah dan ibubapa. Kalau ada apa-apa announcement mereka akan maklumkan di Twitter. Yang lebih personal, pihak sekolah akan hantar surat melalui pos ke alamat ibu bapa.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Kalau ada apa-apa lagi yang nak tahu boleh email saya :)
No comments:
Post a Comment