Hari ini kelas Aiman (5H) dan kelas Nash (3D) tak perlu pakai uniform ke sekolah, sebaliknya diorang cuma pakai pyjamas. Ini sebagai tanda penghargaan sebab attendance kelas mereka 100% sepanjang minggu lepas - just for fun. Kelas mana yang terpilih untuk pyjamas day, dengan cikgu2 kelas sekali pakai pyjamas ke sekolah. Sporting betul..
#2 Paris Attack
Jujurnya saya risau juga dengan anak-anak di sekolah bila berlaku situasi macam ni. Bila ada liputan serangan sebegini di media, saya bimbang kawan-kawan memandang serong atau mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Maklumlah Muslim golongan minoriti di sekolah mereka. Tapi bila saya berbual-bual dengan mereka selepas balik sekolah, saya bersyukur cikgu-cikgu di sini lebih berfikiran terbuka. Malahan ada cikgu yang menerangkan di kelas bahawa terrorist ini malah ISIS bukan orang Islam dan ini bukanlah ajaran Islam. Tiada agama yang mengajar tentang keganasan. Terima kasih cikgu. Mudah-mudahan kata-kata cikgu ini lekat di ingatan pelajar-pelajar dan lebih membuka minda mereka sehingga mereka meningkat dewasa. Mudah-mudahan juga Islamphobia akan terhapus di Barat ini. Tiada lagi wanita berhijab dimaki di dalam train dan tempat awam, atau tidak dibenarkan memasuki mana-mana kedai hanya semata memakai hijab...
#3 Simpulan Bahasa
Kadang-kala saya memang sengaja menyelitkan simpulan bahasa atau peribahasa dalam perbualan harian supaya anak-anak biasa mendengar dan tidak lupa dengan bahasa ibunda. Suatu hari bunyi bising-bising suara Mia menangis (situasi biasa bila anak-anak di rumah, spot diagnosis - kena kacau dengan abang-abang).
Saya pun bertanya apa yang berlaku kononnya nak marah la ni!
Mama: Kenapa ni Aiman? Usik adik lagi la ni???
Aiman: Mia tu Mama...nak jadi 'batu karang'..saje la tu nak Aiman kena marah..
Batu api dah jadi batu karang la pulakk...Adoii tak jadi Mama nak marah dah tergelak pula...
No comments:
Post a Comment