Thursday 18 July 2013

Skype Session with Lecturers

Lega dah abis sesi presentation research progress dengan lecturer2 saya di UM pagi tadi. Course saya ni tiap semester wajib ada progress presentation. Oleh krn saya dh membawa diri di sini so HOD mintak dibuat melalui skype..syukurlah internet connection pun ok..Selasa lepas dah pun buat trial session dengan diorang untuk check internet connection, audio/visual etc...

This is my first experience berSkype secara formal mcm ni. Timing pun kena sesuaikan antara kedua2 pihak sebab perbezaan masa 7 jam dgn Msia. Lecturer sy pilih pkl 2pm waktu Msia iaitu pukul 7 pagi di UK...Kerana takut terlajak kalau tido lepas sahur, saya menahan mata tunggu pukul 7am...pastu kemas2 bilik supaya tak nampak background yang x sepatutnya kat webcam tu...PC yang slalu saya buat keje ada kat bilik tido kami so haruslah diadjust betul2....takkan tengah present nampak katil pulak kat belakang kan..lawak la pulak nanti...Timing pun kira ok la sebab biasanya jam 7 anak2 belum bangun lagi...sebelum bermula saya angkat Mia pegi tido kat bilik abang2 dia...itu pun dah akhir2 dekat nak abis dia dah bangun dan mula ketuk2 pintu...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....biasanya kalau present di department ada 2-3 panels je tapi agaknya kali ni diorang pun excited nak berskype dgn student...Saya berhadapan dengan 5 orang panel hari ni. Bertubi-tubi lah dapat soalan masa Q&A huhu...Apa2 pun syukur juga diberi peluang present via skype ajer. Nasib baik tak dipaksa balik present di department, kalau tak rabak ler poket ai....

Pengalaman baru ber PJJ...:)

No comments:

Post a Comment