Saturday 6 April 2013

Tetamu dari Glasgow dan Leicester

Dalam minggu ni, kami telah menerima dua tetamu istimewa...Tetamu yang pertama ialah officemate Mr. Hubby yang sedang belajar tahun ketiga di Glasgow. Dia datang pada hari Selasa lepas (2/4) dengan family; isteri dan tiga anak mereka. Walaupun cuma si suami yang se-office dgn Mr. Hubby, tapi aku memang dah kenal lama family ni bcoz diorang tinggal di kejiranan yang sama dengan kami sewaktu di Malaysia. Bila dah lama tak berjumpa, memang rasa happy sangat2 dapat bergossip berbual macam-macam hal. Anak kedua diorang sebaya dengan anak sulung kami. Dulu mereka juga belajar di sekolah yang sama sebelum meninggalkan Malaysia. Budak-budak pun happy dapat jumpa kawan-kawan...Malam pertama diorang tiba aku jemput another office-mate Mr. Hubby yang buat phd kat Warwick ni jugak untuk dinner sama2.....rancangan asalnya kitorang nak g jalan sama2 ke Stratford-upon-Avon, iaitu satu perkampungan tempat kelahiran William Shakespeare dan juga Warwick Castle...tapi oleh kerana perjalanan yang jauh, kereta tetamu kami ada sedikit masalah dan kena hantar ke workshop..Jadi kami pinjamkan kereta kami untuk mereka ke sana. Kesian la kan, dah datang jauh2, kena la teruskan jugak apa yang dirancang. Kitorang ni dok kat sini aje, anytime pun boleh pegi..cuma kalau pegi sama2 tentu lagi seronok! Diorang bermalam kat sini selama dua malam....

Hari ni pula kawan lama aku datang dari Leicester. Aku memang excited giler nak jumpa dia coz dia ni kawan baik aku merangkap desk-mate aku waktu Form 4 & Form 5 dulu2...lepas SPM, dia sambung belajar di UK dan menetap di sini sampai sekarang..Dia dan suami dua-dua doktor di Leicester. Oleh kerana husband dia keje hari ni, dia datang dengan anak perempuan dia yang berusia 2 tahun....Aku, husband dan kawan aku ni memang classmates masa di MRSM dulu..jadi banyak la cerita-cerita lama dan baru kawan-kawan kitorang yang keluar..best..best...Rupanya tak jauh pun rumah dia dengan rumah aku. Lebih kurang 40 minit jer...InsyaAllah suatu hari nanti aku akan buat lawatan balas ke rumah dia:)

Rasa happy bila ada tetamu datang rumah. Baru rasa luas sikit minda dapat bercakap dan bertukar-tukar fikiran. Kalau tak duduk terperuk jer kat dalam rumah melayan tiga hero dan satu heroin aku nie.....macam nie rupanya rasa jadik fulltime housewife heheh....at least kalau kat Malaysia boleh gak buat mesyuarat tingkap dgn jiran sebelah....

No comments:

Post a Comment