Tuesday, 23 April 2013

Sekolah di UK

Semalam hari pertama persekolahan anak-anak aku di sini setelah penantian selama lebih sebulan....Kitorang mula daftar untuk sekolah sejurus lepas pindah ke rumah ni...Salah satu kriteria untuk cari rumah di UK ni mesti dekat dgn sekolah, sebab kat sini parents wajib hantar dan ambik anak-anak di pintu kelas. Sekolah yang paling dekat dengan rumah kami ialah Templars Primary School...dekat jer, jalan kaki 10 minit dah sampai kat depan classroom.


Untuk daftar sekolah anak di sini, mula-mula pergi ke sekolah yang berdekatan. Tanya tentang kekosongan tempat kat situ. Lepas tu pihak sekolah mintak kitorang hubungi City Council untuk daftar. Wakil dari City Council datang ke rumah untuk interview..bukan interview apa2 pun, cuma tanya tentang particulars anak-anak kita. Masa diorang datang kena ready passport anak2..Tapi borang semua diorang yang isikan kita cuma tinggal sign aje bila diorang dah siap isi. Masa ni kena maklumkan kat diorang sekolah mana yang kita nak. Kalau ada betul-betul kosong diorang akan letakkan anak kita kat sekolah tersebut. Lepas diorang meeting di City Council, baru diorang bagi keputusan melalui surat atau telefon.

Masa mula-mula City Council maklumkan kat kitorang, cuma anak aku yang pertama dan kedua jer dapat Templars Primary School. Tapi tak ada tempat untuk yang umur 5 tahun tu...Dia sepatutnya kena pegi Charter Primary School, yang jauh sikit dari rumah kitorang. Tapi Alhamdulillah lepas buat rayuan akhirnya dia diterima di sekolah yang sama...

Penggal persekolahan kat sini lain sket dari Msia sebab diorang mula dari bulan September. Jadi untuk kelas,  adalah berdasarkan umur anak pada bulan Sept. Maknanya siapa yang lahir sebelum bulan September akan masuk ke kelas yang lebih tinggi. Contohnya anak aku yang pertama lahir 17 Mac 2003 berada di Year 5, dan anak no. 2 aku lahir 8 September 2004 berada di Year 3.....Anak aku yang umur 5 tahun pula masuk 'Reception' (foundation class). Start bulan 9 2013 nanti dah masuk Year 1!

Excited nak pegi sekolah baru...

Sekolah start pukul 8.45 pagi sampai 3.30 petang. So tiap hari pukul 8.30pagi aku dah kena keluar hantar diorang sampai ke kelas masing-masing. Pukul 3.30 pulak ambik diorang di kelas. Kalau kita ada hal tak dapat datang kena call sekolah untuk maklumkan siapa yang akan ambil anak. Kalau tak diorang tak akan benarkn orang lain datang ambik anak-anak kita..ketat jugak kan syarat keselamatan diorang kat sini...So memang tak boleh la nak lepaskan diorang naik van sekolah macam yang biasa diorang naik di Msia dulu...
Yang anak aku paling suka kat sini sebab tak payah bawak beg berat-berat. Cuma perlu bawak pack lunch aje. Yang lain termasuk stationaries semua disediakan oleh pihak sekolah...semuanya percuma tak payah bayar yuran, tapi uniform kena beli sendiri la...

Hari pertama semalam berakhir dengan baik walaupun aku risau gak mulanya...especially kat si Danish (anak aku no.3) tu sebab ni first time dia g sekolah...masa aku nak balik tu aku nampak dia dah muncung jer tapi cikgu2 semua baik2...siap ambik dukung Danish dan bagi toys untuk pujuk dia...Time balik aku tanya cikgu macam mana Danish seharian...owh!rupanya Danish dapat 2 stars yang teacher tampal kat baju.. "for an amazing first day" kata cikgu...pandai kan diorang psycho kan budak-budak supaya suka pegi sekolah..:)


Danish dapat dua stars and cert for his amazing first day.
*Ini kat luar/belakang kelas Danish...area untuk outdoor activities.





2 comments:

  1. boleh tau x kos untuk sekolah anak tu berapa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah kat sini percuma. Tak ada bayaran yuran. Buku dan stationeries pun disediakan sepenuhnya. Kita cuma perlu beli uniform. Itupun harga berpatutan. 2 pack of white polo shirt cuma gbp3-5 (ikut size). Skirt, pinafore, trousers lebih kurang gbp5 sehelai. Cuma sekali-sekala ada pihak sekolah minta 'contribution' dari ibu bapa, contohnya bila ada trip.

      Delete