Tuesday 16 April 2013

Samak Peti Ais

Sewaktu mula-mula masuk rumah kami di sini, kami dapati ada satu botol di belakang fridge lama yang digunakan untuk menadah air yang keluar dari salah satu saluran di belakang fridge tersebut. Kami maklumkan hal tersebut kepada landlord..tapi selepas duduk di sini, Mr. Hubby cuba betulkan fridge tu dan nampaknya berjaya..tak ada lagi air yang mengalir keluar. Tanpa disangka-sangka dua hari lepas landlord datang dengan fridge lain. Rupanya dia ingat fridge lama tu masih problem dan dia nak gantikan...kebetulan aku pulak tengah pikir2 nak buat proposal untuk beli mini freezer sebab fridge kat sini kebanyakannya kurus-kurus dan tak cukup ruang untuk aku simpan stok lauk-pauk dan frozen food...Kami maklumkan kat landlord tu yang fridge lama tu dah ok, tapi dia pegi offer pulak kalau nak 2-2 pun tak apa....waaa...bagus ni. Dapat jimatkan beberapa ratus pound sbb tak payah beli yang lain..hehehe...

Tapi fridge-freezer yang dia bagi ni yang used/secondhand...so sebelum guna aku cari2 info macam mana nak samak peti ais sbb berkemungkinan besar peti ni pernah simpan pork dan yang seangkatan dengannya...
Aku google2 kat internet cara nak samak peti. Ada beberapa pandangan yang aku jumpa. aku juga tengok video Ustaz Dr. Asri di sini. Untuk lebih kepastian aku juga tanya kat adik ipar aku, seorang ustaz lulusan universiti di Madinah...

Kesimpulannya, kalau ikut pandangan mazhab syafie kita perlu basuh sekali dengan air tanah kemudian disusuli dengan air mutlak sebanyak enam kali. Ini yang aku buat.

Pandangan dari mazhab-mazhab lain mengatakan kalau terkena daging khinzir hanya basuh hingga hilang kesan sahaja dan tak perlu disamak dengan air tanah. Ini kerana ada pandangan yang mengatakan kita hanya
samak bahagian yang kita yakin tempat itu dijilat atau terkena salah satu bahagian anjing yang basah.

Wallahualam.

Aku rasa maklumat ini berguna bukan sahaja bila kita berada di luar negara, tapi juga di tanahair sendiri. Mungkin ada yang menyewa rumah fully-furnished yang pernah didiami oleh orang bukan islam. Mungkin rasa was-was waktu mula2 nak guna peti ais yang ditinggalkan, ye tak? Begitu juga kepada pemilik-pemilik rumah sewa yang biasanya membeli peralatan elektrik second-hand yang kita tak pasti siapa pemilik asalnya...




Fridge-freezer yang baru. TQ Mr. Landlord yang baik hati....:)

1 comment: