Hari kedua kami ke Giant' Causeway yang terletak di Antrim, kira-kira 1 jam 20 minit dari hotel kami Premier Inn di Carrickfergus. Giant's Causeway adalah kawasan pantai yang unik dengan batu-batuan berbentuk heksagon dipercayai terbentuk hasil letusan gunung berapi 50 hingga 60 tahun dahulu. Kawasan ini diwartakan sebagai salah satu warisan dunia UNESCO di Ireland.
Dalam perjalanan, kami menikmati keindahan alam semulajadi di Northern Ireland. Tambah cantik bila ada pelangi indah terbentuk selepas hujan turun...
Berhenti jap ambik gambar
Di hadapan Visitor Information Centre
Dari visitor centre kami berjalan kaki ke pesisir pantai yang ada batu-batuan. Ada bus disedikan kalau tak larat nak jalan kaki dengan bayaran EUR1 sehala. Tapi jalan kaki lagi best dapat tengok view yang cantik...taklah jauh sangat anak-anak pun ok jer tak merungut...
Berjalan kaki..tapi tak menyesal sebab cantikkk sangat!
Ada beberapa trail untuk ke sini. Ini yang agak mudah
Tinggi kan basalt column ni
Alhamdulillah, Allah izinkan kami melihat keajaiban alam ciptaannya. Tak terjangkau akal macam mana batu-batuan kat sini boleh berbentuk heksagon macam ni...Walaupun dipercayai berlaku berjuta tahun dahulu, tapi masih kekal sehingga sekarang.
Dari sana kami balik ke hotel untuk lunch dan berehat. Petang kami ke Carrickfergus Castle yang tak jauh pun dari hotel kami Premier Inn. Dari hotel pun dah boleh nampak.
Carrikfergus Castle- Norman castle yang dibina pada tahun 1177 dan terletak di tepi pelabuhan
Kemudian anak-anak ajak ke playground yang terletak di tepi pantai. Budak-budak memang tak boleh nampak playground. Sejuk-sejuk pun nak bermain.
Main sampai hari gelap. Keesokan harinya dah nak balik.
Kagum kan kak tgk batu2 kat sana?
ReplyDeleteKami amik bus nak ke Ginatcauseway sbb bawa makcik yg tak berapa sihat...
Pameran kat dalam tu pun best... dua tiga kali anak2 saya duk ulang tengok cerita dongeng Giantcauseway tu :)
Terbaikkk...
ReplyDeleteTerbaikkk...
ReplyDelete