Jadual peperiksaan
Peperiksaan ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pelajar berbanding dengan 'national average in that year group'. As long as pelajar dah within national average, teachers dah rasa happy. Sebelum-sebelum ni pelajar akan diberikan level ( 2 hingga 6) mana berdasarkan keputusan mereka. Level 6 dah dikira 'advanced stage' atau melangkaui national average. Tapi pihak sekolah maklumkan mulai tahun ini ada sedikit perubahan dalam cara penilaian. Tak pasti lagi macam mana tunggu results keluar yang dijangka pada bulan Julai.
Aiman nak pegi exam
Kalau di Malaysia, rasanya saya macam ibubapa lain juga akan sibuk menghantar anak ke tuisyen untuk memastikan anak dapat keputusan yang terbaik (5A). Mungkin sebab di negara kita pelajar yang mendapat keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih baik untuk ke sekolah berasrama penuh. Tapi di sini even sebelum exam bermula lagi kita dah tau anak-anak dapat sekolah mana untuk peringkat menengah nanti, bukan berpandukan keputusan SATs. Jadi kerisauan tentang keputusan anak tu tak menekan sangat.
Walau bagaimanapun pihak sekolah dari awal term mengadakan 'booster class' (kelas tambahan) sejam setiap hari Khamis (pukul 3.30 hingga 4.30pm) sebagai persediaan untuk exam ini. Semasa di booster class mereka diberikan soalan-soalan contoh dan past years untuk membiasakan diri dengan format exam. Pihak sekolah pastilah mengambil berat tentang exam ini kerana keputusannya nanti akan memberi kesan kepada reputasi sekolah.
Di rumah, kami sediakan juga buku latihan untuk kekalkan momentum sehingga tiba hari exam. Lagipun kami nak Aiman faham tentang pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan. Buku-buku beli online je di eBay atau Amazon. Ada juga soalan yang boleh didownload secara online. Marking scheme juga disedikan jadi kita boleh semak jawapan lepas diorang selesai menjawab.
Selain daripada tu, dapat juga kami go through soalan yang bakal Aiman hadapi. Kalau tengok contoh soalan, boleh tahan mencabar juga soalan diorang ni. Saya paling tertarik dengan paper Reading test. Buku soalan berwarna-warni dengan ilustrasi yang menarik. Kata teacher supaya pelajar lebih relax dan tak rasa stress masa menjawab soalan.
Cover untuk reading booklets - macam baca majalah
Untuk reading test, ada tiga petikan dalam setiap booklet dan pelajar dikehendaki membaca ketiga-tiga petikan dan menjawab soalan-soalan dalam petikan tersebut dalam masa satu jam.
Beberapa minggu sebelum peperiksaan berlangsung, pihak sekolah menjemput ibu bapa untuk sesi briefing tentang SAT. Semasa briefing teachers terangkan tentang keperluan exam tersebut juga bagaimana parents dapat membantu anak-anak di rumah. Kata teacher tak perlu cari extra class di luar waktu persekolahan. Apa yang mereka beri dah cukup sebagai persediaan untuk menghadapi exam. Lagipun mereka tak mahu pelajar berasa tertekan dengan exam ni.
Pada minggu peperiksaan pula, disedikan 'pre SATs breakfast club' dimana pelajar diberikan sarapan percuma bagi mematikan mereka tidak berperut kosong ketika menjawab soalan. Walaupun Aiman dah sarapan di rumah, dia nak join juga breakfast club ni sebab nak bersama dengan kawan-kawan di sekolah.
Mama dan Papa doakan Aiman mendapat keputusan yang cemerlang. Malam Jumaat sebelum Aiman mula exam kami sekeluarga membaca surah Yaasin bersama-sama untuk menunjukkan sokongan pada Aiman. Setiap pagi sebelum ke sekolah, saya berikan Aiman air zamzam untuk diminum. Mudah-mudahan Aiman mendapat ketenangan semasa menjawab soalan. Saya masih ingat waktu kecil-kecil dulu tiap pagi sebelum ke sekolah mak dan abah sediakan 'air doa' untuk kami adik-beradik minum dan berdoa supaya terang hati serta mudah menerima pelajaran. Bila menjelang minggu peperiksaan, abah akan meletakkan tangan di ubun-ubun kami sambil membacakan doa dan menghembus lembut di akhirnya. Mak pula akan membacakan surah Yaasin pada saat kami menjawab soalan peperiksaan di sekolah/universiti. Hinggakan pada masa saya menduduki viva DrPH, mak masih bertanyakan waktu saya di viva. Saya tahu pada waktu itu mak akan duduk di sejadah membaca Yaasin dan berdoa untuk saya. Kini giliran saya pula untuk lakukannya kepada anak-anak. Saya harap bila mereka dewasa, mereka juga ada memori ini sebagaimana saya yang masih terkenangkan memori indah bersama mak dan abah.
No comments:
Post a Comment