Thursday 2 October 2014

#Throwback2: Alton Towers Theme Park

Walaupun penat seharian berjalan pada hari sebelumnya, tapi pagi Jumaat (6/6/2014) anak-anak semangat bangun sebab tak sabar nak ke Alton Towers. Alton Towers ni adalah antara theme park yang terbesar di England. Ia terletak di Staffordshire (ST10 4 DB).

Tiket memang dah beli siap-siap. Untuk ke sini, sebenarnya saya beli tiket yang dijual di ebay. Tiket asal agak mahal iaitu lebih kurang £40 seorang. Tiket online boleh dibeli kat sini. Of course kalau beli online tiketnya lebih murah dari beli di kaunter. Oleh kerana nak bawak Nije dan familynya sekali, saya pun cuba google2 kalau ada cara untuk dapatkan tiket yang lebih murah. Rupanya ada dijual di Ebay. Tiket yang dijual ini sebenarnya adalah tiket free yang dikeluarkan oleh surat khabar The Sun untuk mereka yang mengumpul kupon. Ramai pulak tu yang jual tiket free ini kat ebay. Kita cuma perlu pastikan bila tarikh nak pergi dan cari tiket yang bertarikh hari tersebut. Agak mencabar juga sebab saya perlu 'bid' untuk sembilan tiket pada hari yang sama. Saya pilih hari Jumaat dengan harapan tak ramai orang pada hari tersebut...Akhirnya saya berjaya mengumpul kesemua tiket dengan purata harga £10 untuk satu tiket. Sudah tentu jauh lebih murah dari harga asal...Cuma yang perlu diingat, pastikan beli tiket yang tidak menunjukkan barcode. Sebab saya ada baca review yang mengatakan kalau tiket ada barcode pihak Alton Towers dapat mengesan dan akan membatalkan tiket tersebut. Nanti tak boleh masuk kerana pada tiket free ni memang jelas dinyatakan 'non-transferable'.

Posing dulu lepas check-out

Owh...sebelum ke Alton Towers, bawa mereka ke Portmeirion Factory Outlet dulu. Dah alang-alang kat Stoke tak complete pula kalau tak melawat kedai pinggan yang famous ni...tak sia-sia bawak diorang ...memang banyak memborong! Walaupun dah tak banyak sale, tapi ada juga beberapa item yang dijual dengan potongan harga up to 75%...

Cantik-cantiknyaaa....lah hai!

Selesai memborong pinggan-mangkuk kami terus ke Alton Towers. Rupanya dah ramai giler orang walaupun bukan hari cuti. Dari tempat parking, kami berjalan ke stesyen monorail (percuma) yang akan membawa kami ke dalam Alton Towers. Walaupun beratur agak panjang tapi cepat juga sampai giliran. Kemudian beratur lagi untuk masuk ke dalam. Kat sini saya yang paling berdebar, takut-takut kalau tiket dah dicancelkan....Memang dah standby kalau nak kena beli tiket lain. Syukur sangat-sangat semuanya lepas!

Kat dalam ni, luas sangat rupanya kawasan dia. Satu hari memang tak sempat nak cover semua. Tempat pertama yang dituju ialah Cbeebies Land. Cbeebies Land ni baru sahaja dibuka pada awal tahun 2014. Sebelum datang lagi tiap-tiap hari Mia sebut nak ke sini, maklumlah kat rumah hari2 dok mengadap Channel Cbeebies. Ada macam-macam rides & attractions dan activities macam live shows dan boleh jumpa dengan Cbeebies characters. Oleh kerana beratur untuk satu ride pun dah sejam lebih, makanya sempat naik 'Get set go tree top adventure' sahaja hukhuk....


 Cbeebies Land Photo studio...boleh ambik gambar dengan Cbeebies friends. Tapi sbb kena bayar ambik gambar kat luar je lah hehe...

Muka Mia yang cuak, mama pulak nampak terlebih excited...



Selepas ke Cbeebies Land kami tengok maps nak cari tempat mana nak dituju lepas tu. Memandangkan masa untuk beratur di satu2 ride pun agak lama, dijangkakan tak banyak rides yang kitorang boleh naik. Along nak naik roller coaster yang tinggi2 tapi Aiman pula tak nak sebab dia gayat...jadi kami memlih untuk main Congo River Rapids sebab boleh naik sefamily...

Dalam perjalanan ke sana, berlaku peristiwa yang tak dapat dilupakan...Mia tiba-tiba hilang!Panik sangat rasa nak luruh jantung Mama...semasa berjalan kaki ke sana tu saya nampak dia dipimpin oleh Mr. Hubby. Jadi saya yang berjalan dahulu di depan teruskan perjalanan dengan Along, Aiman, Ana sambil meminpin tangan Danish...yang besar2 ni jalan laju tak sabar nak main..tak nak lah diorang pergi sendiri2 so saya kejar dari belakang. Bila sampai kat tempat nak queue, kami tunggu semua samapai. Terus tanya Mr. Hubby mana Mia sebab Mia dah tak ada dengan dia....Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan saya masa tu...terus panic dan rasa tak tahu nak buat apa2...risau sangat2 sebab orang memang sangat ramai, macam mana nak cari???Mr. Hubby suruh saya tunggu di situ sementara dia patah balik mencari Mia di sepanjang laluan kami ke sini. Saya tak henti2 berdoa supaya ditemukan dengan Mia..memang rasa salahkan diri sangat2 kenapa saya tak pimpin sendiri tangan Mia huhuhu....

Selepas beberapa minit menunggu, nampak Mr. Hubby datang semula ke arah kami...syukur Alhamdulillah Mia ada bersama dia! Terima kasih Ya Allah selamatkan anak kami. Rupa-rupanya dia ralit tengok budak-budak main water gun sampai tak sedar dia lepaskan tangan Papa...yang papa pulak ingat Mia jalan dengan mama...adoiiiii....bila dia sedar semua orang dah tak ada dia mula menangis dan ada orang awam bawa dia ke gerai yang berhampiran (ada gerai-gerai jual minuman & makanan kat tepi2 tu). Rasanya diorang memang dah ada standard procedure untuk budak-budak hilang macam ni. Staff2 kat situ akan maklumkan kat management dan diorang akan aktifkan 'alert' supaya semua staff2 tahu...waktu Mr. Hubby jumpa Mia, dia kata Mia sedang ditenangkan oleh salah seorang staff dan beberapa pengunjung lain....Bila nampak papa dia terus peluk papa kuat2..mesti dia rasa takut sangat-sangat...kesian Mia...

Habis cerita Mia hilang...

Kemudian kami beratur untuk naik Congo River Rapids...beratur boleh tahan panjang tapi tak lah lama macam kat Cbeebies Land tadi...memang seronok sangat naik ni sampai basah2 baju...dalam perjalanan ada beberapa camera yang capture gambar kita dan boleh dibeli lepas main tu dengan harga £10 ....bolehlah, simpan untuk kenangan...

Gambar yang kami beli kat situ..

Untuk lepaskan hajat Along nak naik roller coaster, kami naik Runaway Mine Train. Sebaba yang ni semua lepas naik termasuk yang peserta yang kecil sekali, Akeef..ok la, best juga...yang sebenarnya saya memang suka naik roller coaster. Semasa belajar di asasi sains (UM) dan belajar di uni, hampir setiap kali habis exam saya dan kawan2 baik akan ke tempat2 yang ada roller coaster macam di The Mall, Leisure Mall dll sebagai salah satu cara nak releasekan stress hehehe...menjerit kat sini tak ada orang marah!Antara kenangan yang best adalah di Tokyo Disneyland pada tahun 2006 dahulu. Sekarang usia pun dah meningkat nak naik yang tinggi-tinggi dah kurengggg sikit...

Oleh kerana kanak-kanak riang-ria memang suka main air, jadi kami habiskan masa petang tu di 'Battle Galleons'. Kat sini boleh naik kapal pirates dan main tembak-tembak air...masa kat atas rides tu, orang yang kat tepi-tepi tu pun boleh tembak-tembak...memang basah lencun semuanya tapi diorang main macam tak nak berhenti....tapi sebab lepas ni memang dah nak balik so lantak korang lah, main la puas2....

Kami keluar awal sikit dari waktu tutup Alton Towers sebab tak nak berebut-rebut naik monorail. Kalau tanya budak-budak ni memang la masih tak puas main dan mintak nak datang lagi huhuhu...Petang tu kami balik semula ke Coventry sebab nak 'kejar' Aiman punya dinner dengan football team dia pukul 7 malam...yang ni kena buat entry yang lain pulak nanti..

**Gambar tak banyak sebab gambar2 yang save kat dalam PC hilang masa PC buat hal....







3 comments:

  1. Alton tower memang tak pernah tak ramai orang... Asyik penuh jer orang even hari sekolah... Kami pun pernah kumpul juga tiket the sun... hantar ramai2 sekaligus, jadi dapatlah tarikh yg sama utk lima keluarga...
    Skrang kami ada merlin pass.... pegi juga cuti sekolah hari tu... Mmg ramai sgt2.... berjam jam menunggu nak naik ride... Mmg last2 berperang kat pirate ship tu aje lah... saya teringin juga nak naik roller coaster the spinner tu... Tapi sorang pun tak sanggup.... huhuhu
    Itu pun anak2 kata nak repeat lagi pegi sana...
    Kak, best tak warwick castle? Rasa mcm nak pegi juga... Alang2 boleh guna pass :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kan....nak kena pilih ride yang semua boleh naik sebab nak kena beratur bagai...diorang ni mmg nak pegi lagi tapi Legoland pun kitorang belum pegi...ada trick nak dapat tiket murah ke?....maklumlah 'handbags' banyak ni kena cari cara nak jimat...hehe
      To be honest Kak Isma belum pernah masuk pun Warwick Castle, slalu pun hantar member2 pastu sambil tunggu diorang round2 akak balik masak kat rumah....sebab mmg nak kena spent satu hari baru habis...husband akak pernah la masuk bawak member2 katanya memang best sebab one of the castle yang structurenya memang kukuh lagi tak de roboh2 macam castle2 kat lain tu....luar dalam memang diorang maintain dengan peralatan2 asal....rasanya wajib pegi sebelum balik Malaysia for good...
      Nur nak ke sana nanti inform akak awal2...mesti datang rumah akak boleh kita kenal2..selalu sembang di blog aje..:)

      Delete
  2. Insya Allah kak, nanti ke sana saya roger... Mana tahu kot2 boleh makan roti canai.... hihihi
    Actually hari tu kami beli merlin pass... Kebetulan hari tu ada sale, tu yg terus rembat.. Kalau tak sale, boleh tahan jugak harga pass tu....
    Jadi boleh lah masuk taman2 tema kat UK ni banyak mana pun dalam tempoh setahun... Byk lah macam Legoland, Alton, Chessington dll termasuk juga warwick castle...
    Owh, kena spend sehari, maknanya kena bermalam lah.... Thanks for the info :)

    ReplyDelete