Thursday 10 October 2013

Pohon Epal di Halaman

Sewaktu mula-mula menyewa di rumah ini, kami tak sangka dua batang pokok besar di halaman belakang rumah ni rupa-rupanya pokok epal. Maklumlah, orang kampung mana pernah tengok pokok epal. Tambahan pula waktu kami sampai dulu penghujung musim sejuk, pokok2 masih semua botak-botak lagi...


Pokok yang togel dalam gambar di atas tu lah pokok epal nye. Nampak macam pokok yang dah mati je kan? Gambar ni diambil semasa hari pertama snow sejak kami datang pada bulan Mac yang lepas...Rasa excited bila landlord bagitau pokok tersebut adalah pokok epal yang hampir seusia rumah yang dibina sejak tahun 1930-an ini...katanya lagi buah epal dari pokok ni besar-besar saiznya...

Hidup di negara empat musim bagi peluang kepada kami untuk melihat pokok-pokok berubah wajah. Keajaiban alam ciptaan Allah. Dari pokok tanpa daun di musim sejuk ke musim bunga (spring) dimana pokok-pokok mula berdaun kembali dan berbunga...Oleh kerana terdapat dua batang pokok yang berdekatan, memang nampak rimbun pokok nie...



Pohon epal yang mula berbunga.

Inilah juga pertama kali kami tengok bunga pokok epal..Kedua-dua pokok ini lebat berbunga buat kami tak sabar menunggu dia berbuah...Pokok ini sentiasa menjadi santapan mata saya kerana kedudukannya bertentangan dengan bilik saya di tingkat atas.



Rezeki kami, pohon epal berbuah dengan lebat...pada mulanya sangkaan kami ini 'cooking apple' yang digunakan untuk membuat juadah seperti apple pie dll...jadi semasa buah masih muda kami biarkan jer kawan-kawan ambik buat 'colek' yang dimakan dengan kicap+belacan+gula+cili api, sebagai pengganti mangga muda...sedap juga makan begitu apatah lagi bila makan beramai2...

Bila dibiarkan lebih lama rupa-rupanya buah-buah epal ini bertukar warna dari hijau ke merah...
Wah, dah tak payah susah2 cari tempat apple picking lagi...anak-anak paling enjoy sebab sambil bermain boleh petik epal yang rangup dan fresh...Alhamdulillah, dapat sewa rumah sekali dgn pakej pokok epal hehe...

Antara hasil kutipan...

Sekarang cuaca dah mula sejuk kembali. Hari ni suhu 10°C.....pokok dah mula kekuningan. Buah-buah yang tidak dikutip pun dah mula luruh...Tak lama lagi kitaran akan berulang. Pokok akan habis kehilangan daun dan bakal ditimpa salji di musim winter nanti.

1 comment:

  1. Pergg... Pokok epal belakang rumah.. Teringin jgk nk ada pokok epal mcm tu kat sini (m'sia). Tentu best punye...

    ReplyDelete