Thursday 5 September 2013

Back to school & home visit

Minggu ni anak-anak mula bersekolah selepas Summer Holiday yang panjang. Di UK sesi persekolahan bermula bulan September iaitu Autumn Term. Rutin mama siapkan bekal dan hantar/ambik diorang kat sekolah pun berulang lagi...tak boleh dah mama nak bangun lambat huhu...

Untuk sesi baru ni Aliff akan ke Year 6, Aiman di Year 4 dan Danish ke Year 1. Mia pun akan mula bersekolah (nursery) tapi mula lambat sket, 16 September nanti...

'rombongan' ke sekolah

4/9/2013 teacher Mia (Mrs. Stephenson) datang buat home visit ditemani oleh school nurse (Mrs.Kennedy). Di sini, sebelum anak2 mula sekolah diorang akan datang buat home visit supaya dapat berkenalan dengan murid dan parents, terangkan aktiviti yang bakal murid lalui dan berbincang kalau parents ada apa2 concerns berkenaan sekolah atau anak mereka.

Mia denga tcher

Diorang memang dah maklumkan lebih awal nak datang ke rumah. Mia excited sangat tunggu teachers datang, pagi2 lagi dah bangun mandi. Teacher pulak datang bawak macam2 mainan, sambil borak dengan Mia sambil main...suka sangat la dia walaupun baru pandai speaking omputih sikit2 jer..tu pun hasil tengok Cbeebies dan citer favourite dia kat sini, Peppa Pig:)

Sorang tcher (yang school nurse tu) main dengan Mia dan sorang lagi borak dengan mama. Basically dia nak tahu development Mia, dan tanya kalau ada health problem atau apa-apa yang patut diorang tahu...So far rasanya Mia tak problem sangat sebab dia pun dah toilet trained. Dia pun very keen to go to school; mungkin tak de drama lah bila start sekolah nanti (harap-harap). Cuma maklumkan pada tcher yang Mia can only take vegetarian food...Sebab slalu juga teacher sediakan makanan kat sekolah eg. kalau ada party.

Pendapat saya, saya rasa approach diorang ni bagus sgt2.. Anak-anak dah kenal teacher personally, and in their familiar environment. So that tak la diorang terkejut bila kena tinggal di hari pertama persekolahan nanti...

Lepas teacher balik, lagi la tak sabar Mia nak ke sekolah...Penat nak jawab bila dia tanya bila dia boleh pegi school macam abang2...hehehe...

2 comments:

  1. Jumaat ni pula giliran home visit utk Danish... hari2 duk tanya bila dia boleh sekolah.... Agaknya, mcm tu la Mia pun excited nak pergi sekolah... tak sabar nak join abang2 pergi sekolah pagi2 :)

    Masa first day hantar Aisyah ke kelas, Danish siap join Aisyah duk atas carpet dgn kawan2... ajak balik tak nak... nasib baik tak sempat berlaku drama air mata.... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mia pun sama macam Danish, excited nak pegi sekolah...harap2 semangat nak ke sekolah tu berkekalan lah!

      Delete