Monday 9 September 2013

Summer Holiday: Prestatyn Sands, North Wales

Dah lama nak letak entry pasal holiday kat sini, tapi tak jadi-jadi....

Kitorang pergi ke sini dah agak lama, beberapa hari sebelum Ramadhan. Pergi dengan empat family lain, kawan-kawan kat Coventry ni. Kebetulan kawan kitorang ni dapat info ada promotion bilik di Pontins Holiday Park, so kitorang pun plan nak gi beramai2. Asalnya nak ke CamberSands, tapi sebab bilik kat sana dah penuh jadi tukar ke Prestatyn.

Pontins ni ada 5 holiday parks around UK iaitu Prestatyn Sands, Camber Sands, Brean Sands, Pakefield dan Southport. Info lanjut boleh tengok kat SINI. Waktu kami book tu harga satu apartment cuma GBP69 je utk 3 hari 2 malam. Setiap satu family ambik satu apartment. Apartment ni ada satu bilik, satu bilik air dan dapur siap dengan fridge, mikrowave dan peralatan memasak. Kat living room ada tv, sofa bed dan dining table.




Sebelum datang dah discuss among us tentang menu nak makan kat sana...kitorang decide nak masak siap2 sebelum datang dan frozenkan lauk-pauk..So dah bahagi siap2 sape yang buat sambal ikan bilis (untuk nasi lemak), kari ayam, daging dendeng, rendang dll...menu meriah betul!

Bertolak pada petang Jumaat 5 Julai 2013. Kena tunggu anak-anak balik dari sekolah, makan dan bersiap, itu dan ini akhirnya pukul 8 malam baru bertolak. Perjalanan mengambil  masa lebih kurang 2 jam setengah dari Coventry. Waktu kami sampai kaunter Reception dah tutup. Mujur la ada kawan yang sampai lebih awal dah tolong ambilkan kunci bilik untuk kami. Tapi nak cari bilik tu susah juga time malam2 ni sebab kawasan tu agak luas dan banyak blok-blok..



Lagi satu problem, masa buat booking dah bagitau nak bilik dekat2, tapi rupanya dapat bilik lain-lain blok. Cuma saya dan Kak Shilla dapat bilik bersebelahan. Dah tu semua bilik tingkat atas, so penat juga mengangkut barang nak naik tangga. Blok2 apartment kat sini semua 2 tingkat, ground floor dan satu tingkat kat atas. Untuk electricity pulak, diorang guna prepaid card. Sekali beli card GBP5. Card beli kat machine yang ada kat area Reception. 

Malam tu dah penat sebab perjalanan yang jauh, penat cari bilik dan angkut barang dari tempat parking so cuma ingat nak lelapkan mata jer...Oh ye, kat sini pillow case, bed sheet dan duvet cover sume kena charge, so sebab nak jimat sume kitorang bawak sendiri...Kalau guna yang diorang, set yang double bed GBP20 jugak nak kena bayar...

Keesokan paginya lepas semua bersiap2 kami breakfast bersama2. Portnya kat bilik aku. Sebelum tu kami tanak nasi lemak dan panaskan sambal ikan bilis, serunding dan kuih bakar yang dibawa. Ada juga yang dapat tugasan buat sandwich pagi tu...Best makan ramai2, makanan penuh meja:)

 The foods
 Kitchen & dining area
Kanak-kanak riang

Lepas acara isi perut, rupanya kaum bapa dah ada plan diorang sendiri..main golf!tinggal la mak-mak budak untuk layan kanak-kanak riang...oleh kerana dah lama tak gi swimming, semua mintak nak gi swimming pool yang ada kat dalam holiday park ni...


Ada dua pool, untuk adult dan children. Macam biasa budak2 dok berendam sampai tak nak balik..Sempat snap 2-3 gambar jer pastu kena sound ngan guard. Rupanya tak boleh ambik gambo kat sini...tapi memang tak sanggup pun nak upload gambar2 yang diambik sbb backgroundnya minah2 salleh pakai bikini seksi bebenor...huhu

Bila semua dah kecut dok berendam balik ke bilik semula. Masing2 dah lapar la pulak..Mak2 masak nasi dan panaskan lauk. Makan2 sambil sembang2...lepas rehat dan sembahyang, kitorang gi ronda2 around park ni pulak...

Sebenarnya masa check-in ada diberi list of activities/shows untuk minggu tu. Activities berubah-ubah setiap minggu. Tapi kami tak ikut pun, lagi suka buat aktiviti sendiri...hehe..Kat dalam ni yang banyak ialah tempat activiti untuk anak-anak, so diorang memang enjoy ler....Amusement arcade pun ada, tapi tak bawak ler diorang ke sana. Petang tu bawak anak-anak ke playgroud, macam biasa main swing and slides. Selain tu ada giant trampoline and junior driving...ni je yang sempat diorang main. Activiti untuk mak budak tak banyak tapi happy tengok anak-anak enjoy..





Second day, pagi2 keluar jalan-jalan kat area sekitar dan ke carboot dulu. Baru dapat tengok muka bumi Wales yang hijau dan cantik berbukit-bukau. Signboard kat sini dalam bahasa Wales, yang pelik dan susah nak baca. Carboot kat sini kecik je, tak best sangat. Lepas pusing-pusing kawasan sekitar, balik semula breakfast/brunch di apartment. Lepas tu gi lepak kat pantai kejap sambil anak-anak main pasir...Pantai kat sini beza la sket ngan pantai kat Malaysia, of course tak de pokok kelapa!banyak batu2 kat tepi pantai...Oleh kerana cuaca panas ramai mat2 dan minah2 salleh dok berjemur...







Balik dari sana, kemas2 bilik untuk check-out. Lepas check-out kami ke Rhuddlan Castle yang tak berapa jauh dari situ. Nak masuk ke castle ni kena bayar. Dah alang-alang sampai kami masuk jengah ke dalam castle. Ada sungai yang cantik mengalir kat belakang castle ni. 






Lepas melawat castle kami bertolak balik ke Coventry. Sebenarnya boleh stay kat apartment lagi satu malam, tapi sebab hari Isnin anak-anak dah sekolah so kami balik hari Ahad. On the way balik tu sempat lagi singgah di Cheshire Oak...jalan-jalan sambil window shopping:)


No comments:

Post a Comment