Friday 30 October 2015

Autumn Terakhir Kami

Autumn atau musim luruh bermula dari bulan September hingga ke November. Pada musim ini daun-daun bertukar warna dari hijau ke kuning, orange dan merah dan kemudiannya gugur ke bumi. Kombinasi warna-warna ini menimbulkan satu pemandangan yang indah sekali. Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah...

Sekarang anak-anak sedang cuti sekolah 'Autumn Term' selama seminggu. Tetapi Mr. Hubby pula menghadiri conference di Taiwan sejak 26/10 dan kemudian singgah beberapa hari di Malaysia. Jadi tak dapatlah kami ke mana-mana. Sebelum dia ke sana, kami sempat bergambar di sekitar tempat tinggal kami mengabadikan kenangan Autumn di sini kerana ini Autumn terakhir kami....Autumn tahun depan InsyaAllah kami dah berada di tanahair...

 Kenangan Mr. Hubby bersama ayah, ketika ayah masih berada di sini.

View dari halaman rumah kami. Pasti kami rindui nanti.

Ini pula gambar-gambar di sekitar Charter Avenue, jalan utama yang kami lalui untuk ke Tesco Cannon Park. Kawasan ini paling hampir dengan universiti. Ramai juga Malaysian student yang tinggal di kawasan ni tapi kadar sewaannya lebih tinggi kerana kedudukannya yang 'walking distance' dengan uni.



 Walaupun cuaca dingin tapi cahaya matahari menyilaukan. Tu yang semua pejam mata



Bermain dengan daun-daun kering

Di hari lain kami ke University of Warwick, menikmati pemandangan musim luruh di sana.

Singgah di Tesco dulu...

 Warwick University House...masa musim buat thesis dulu selalu juga 'tumpang study' kat sini...Hari Jumaat ada Fish & Chips yang sedap di cafenya.

 Ishhh...pejam mata pulak Along ni

Model cilik saya :)





2 comments:

  1. Alhamdulillah, akhirnye jmp jgk dgn blog ni.. Dulu penah bace psl n3 sekolah anak2 d uk sbg rujukan untuk anta anak kendian hari.. Tp xsangke plak, akk dh nk balik msia, sy baru smp di durham.. Moga berkesempatan jmp suatu hari nnt.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum dee...maaf kak isma baru perasan Dee ada tinggalkan comment kat sini. alhamdulillah kalau ada catatan akak yang sedikit sebanyak membantu Dee...Insyaallah, ada rezeki kita berjumpa yer...

      Delete