Friday, 31 July 2015

Graduation Adik di Southampton

23 Julai 2015 (Khamis)

Seminggu yang lalu kami sekeluarga ke Southampton sempena graduation adik bongsu saya, Syukri yang tamat pengajian dalam bidang Civil Engineering. Anak-anak lebih mesra memanggilnya Pakcu. Mak dan abah tak dapat datang ke majlis graduasi. Baik juga kebetulan kami di sini, dapatlah mewakili diorang meraikan hari bersejarah dalam hidup dia.

Kami bertolak pagi Khamis selepas Mr. Hubby ke uni untuk collect data di labnya. Majlis bermula pukul 2.15pm, kami sampai ngam-ngam pukul 1.20petang. Sempatlah jumpa Pakcu sebelum dia memasuki dewan.



Ambil restu kakak & abang ipar sebagai pengganti ayahbonda :)

Hanya dua orang tetamu dibenarkan masuk. Saya masuk dengan Along sebab Mr. Hubby kena jaga tiga anak yang lain di luar. 'Family Marque' disediakan di luar dewan untuk ahli keluarga atau kawan-kawan lain yang ingin menyaksikan majlis secara langsung melalui tayangan video. Bawa Along sebagai motivasi untuk dia belajar bersungguh-sungguh. Teringat dulu semasa darjah dua saya ke majlis konvokesyen pakcik di Universiti Malaya. Sejak itu saya bercita-cita untuk ikut jejak langkah dia jadi dokter. Sebelum tu cita-cita nak jadi ustazah :)

Selfie dengan Along dalam dewan sebelum majlis bermula

Simple sangat majlis konvokesyen di sini. Jubah konvo diambil pada hari ceremony, tak sempat nak iron pun terus pakai ke dewan. Pukul 1.45pm semua tetamu yang mempunyai tiket dijemput masuk ke dewan dan mengambil tempat dengan bantuan petugas. Tepat jam 2.15ptg, majlis dimulakan oleh pengerusi majlis. Tak ada ucapan-ucapan panjang atau main angklung macam kat Malaysia. Terus sahaja nama penerima ijazah dipanggil seorang demi seorang. Selepas ucapan penutup, majlis bersurai. Rasanya dalam masa satu jam je majlis dah selesai.




Pada tiket dinyatakan tak boleh ambik gambar semasa majlis, tapi sebab ramai yang ambik so nak snap jugaklah...

Macam biasa kat luar sesi bergambar dengan 'orang yang diraikan'.





Guest dijemput untuk jamuan kecil selepas majlis.


Didoakan lepas ini Syukri berjaya dalam kerjaya pula.

Kami tinggalkan Syukri dengan kawan-kawan dia di sana kerana anak-anak dah kelaparan. Dia masih nak bergambar dengan kawan-kawan dan ada group photo. Kami lunch di Piri-piri Roosters. Sedap juga menu kat situ.

Lepas maghrib keluar dengan Syukri round2 kat city sebab rasanya lepas ni tak datang lagi dah ke sini. Syukri tunjukkan Titanic Memorial Monument, yang dibina sebagai tanda ingatan kepada jurutera-jurutera yang meninggal dunia dalam nahas RMS Titanic pada 15 April 1912 (sumber: wiki). Mengikut sejarah, kapal tersebut memulakan pelayaran dari White Star Dock di Southampton.

Kemudian kami ke St. Mary's Stadium iaitu stadium untuk Southampton FC tapi gelap sangat nak bergambar. Tak ada lampu dipasang di keliling stadium. Kami teruskan perjalanan ke Mayflower Park, konon-konon nak tengok kalau ada cruise ke Isle of Wight, tapi satu pun tak ada. Jalan-jalan tengok lampu je lah...





Ada Thai restoren yang cantik kat sini.

Malam tu kami bermalam di Southampton, kebetulan housemates Syukri balik ke Malaysia untuk summer holidays. Esoknya jalan-jalan cari pasal di Portsmouth Designer Outlet. Ini kali kedua kami ke Portsmouth. Kali pertama di SINI.




Dari sana terus balik ke Coventry. Hujan turun sepanjang jalan. Jalan pulak jem teruk. Dah lama tak rasa 'makan jem' ni. Perjalanan yang sepatutnya 2 jam je menjangkau hampir lima jam. Stress je encik driver kat sebelah tu huhu...Kalo kat Malaysia boleh la jugak nak gilir-gilir drive.

Jalan jem macam nak balik raya

Alhamdulillah akhirnya selamat juga sampai. Sebelum tu singgah makan KFC Halal di Austin Drive, Coventry. Makan kenyang-kenyang sebab Mama pun penat tak larat nak masak dahh...

No comments:

Post a Comment