Dengan rakan sepasukan dan coaches
Hari Ahad 10 Mei 2015 team Aiman terpilih untuk ke perlawanan akhir Spring Trophy Coventry's JFC. Team Aiman, Mount Nods Jets bertemu dengan team Rugby Town JFC. Sepanjang Spring Cup ini team Aiman menunjukkan pencapaian yang sangat baik di mana mereka tidak pernah kalah dalam 14 perlawanan. Dalam game sebelum ini mereka seri dengan team Rugby Town.
Sejak Aiman main bola dengan JFC ni, kami pun kena ikut dia bila dia ada away games. Merata jugak la kami pergi dalam Coventry ni. Antara team yang jadi opponents team dia ialah Stradford Town JFC, Leamington, Chapelfield Colts, Dunlop, Christ The King dan Rugby Town.
Perlawanan akhir diadakan di 'home' iaitu di Ponderosa. Secara umumnya perlawanan diorang masa final hari tu agak sengit. Di tepi padang riuh dengan sorakan penyokong kedua-kedua pasukan yang terdiri daripada ahli keluarga masing-masing. Datuk & nenek diorang pun ada yang datang. Orang England kan memang suka football jadi diorang memang supportive sangat-sangat.
Sempat lagi ambik gambar before kick off
Main bola musim spring padang pun berbunga-bunga
Muka-muka sedih dan kecewa
Lepas berakhir perlawanan tersebut adalah penyampaian pingat oleh Club Chairman.
Spring Trophy yang dimenangi oleh pihak lawan
Walaupun cuma naib juara, mereka tetap diraikan oleh coaches dan management team. Small party sebelum berehat untuk summer.
Haha this is funny!
Yang ni pun menyibuk jugak
Semoga Mount Nod Jets lebih berjaya di season akan datang.
No comments:
Post a Comment