Tuesday, 13 January 2015

Tahun Baru 2015 & Birthday Danish

Sekejap je masa berlalu dan masuk tahun baru, 2015. Bulan Mac akan datang masuk tahun ketiga kami di bumi ratu...Sedar tak sedar masa untuk mengutip pengalaman di perantauan dan semakin berkurang. Nampaknya kena plan betul-betul apa nak buat dan beli dalam kesempatan yang ada ni.

Sebelum cuti dulu, kat sekolah masing-masing buat kalendar 2015 bertemakan empat musim...


Kalendar Danish


Kalendar Aiman


Minggu ni dah masuk minggu kedua anak-anak kembali ke sekolah setelah tamat winter holiday. Semasa cuti, ada la buat lawatan ke beberapa tempat...kalau ada masa & kerajinan boleh buat coretan di episod akan datang.

Birthday pertama di tahun baru 2015 ialah birthday Danish@Nash yang ke 7 tahun. Birthday dia sebenarnya hari ni, 13 Januari tapi oleh kerana hari Ahad baru ni ada acara sembang2 Mama dan dua orang kawan sambil makan-makan jadi Mama buatkan birthday cake Nash sekali. Celebrate awal sikit. Boleh la Nash potong kek dengan kawan-kawan dia juga. Kalau tak manjang potong kek pagi-pagi sebelum pergi sekolah. Ala mama buat kek coklat simple2 aje....Tapi kek coklat memang kegemaran diorang.




 Nash dengan adik-beradik dan kawan Malaysian.

Untuk Nash, oleh kerana dah menginjak ke usia 7 tahun Mama & Papa dah mula kena bertegas tentang solat. Dah tak boleh tinggal solat lagi. Mama & Papa sentiasa doakan Nash jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.

Tahun baru 2015 bermula dengan baik setakat ini. Loan application Mr. Hubby untuk apartment di Bandar Baru Bangi & Bandar Sri Putra diluluskan. 8 Januari pula Mr. Hubby lulus dalam ujian memandu di sini untuk dapatkan UK Driving Licence. Alhamdulillah, ku panjatkan syukur kepadamu Ya Allah....

No comments:

Post a Comment